‘One Picture Thousands Words’ Competition!



Terma Dan Syarat Pertandingan ‘One Picture Thousands Words’
1. Pertandingan ini di buka kepada semua warga PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI)
2. Pertandingan ini dibuka dari 18hb Februari 2012 hingga 9 Mac 2012 (Tahun 1,2 & 3) dan
  21hb Februari hingga 16 Mac 2012. (Tahun 4,5 & 6)
3. Setiap gambar dan video haruslah menyampaikan mesej tema (pilih salah satu),gunakan
kekreatifan anda sebaik mungkin untuk mengolah tema-tema di bawah:
1)    “Be my friends forever,will you”
2)    “Bersyukur hidupku begini”
3)    World:If we see through our heart
4)    Malaysian Style!
5)    Turning day of my life
6)    Anger and Frust
7)    Peace..Gaza Strip..The Untold Story
8)    Theatre of life
9)    Senyum
10) You have got my heart (Ukhwah)
11) Salam.
4. Hasil karya mestilah tidak menyalahi tatasusila, sensitiviti dan syariat Islam.
5. “Setiap gambar mestilah asli dan hak milik persendirian.”
6. Dua kategori dipertandingkan GAMBAR dan VIDEO.Bebas menggunakan kamera digital/kompak,DSLR, handset dan SLR.
 7. “Gambar penyertaan adalah maksimum 2 keping gambar daripada mana-mana
tema/kategori dan hanya satu yang akan dipilih jika menang.”
 8. Editing hanya dibenarkan pada saturation, color enhancement, sharpness. Sebarang manipulasi tidak dibenarkan.
Pendedahan   berganda (Double Exposure) yang telah digabungkan untuk menghasilkan satu “Range Tinggi Dinamik” (HDR)
imej tidak akan diterima.Untuk gambar sahaja.
9. Setiap penyertaan akan dinilai 50% undian (di Fanpage PCI) dan 50% dari pihak juri
pertandingan.
10. Contoh-contoh video seperti dokumentari, filem pendek, Vlog, dan lain-lain.Video tersebut
mestilah mempunyai durasi dari 5 minit hingga 10 minit sahaja.
11. Anda dikehendaki dan digalakkan mempromosi foto anda kepada rakan-rakan facebook
yang lain untuk mendapat undian LIKE terbanyak di fanpage PCI sahaja.
12. Undian dikira pada bilangan ‘like’ pada foto anda tetapi kena click pada butang ‘like’ di page
pertandingan sebelum undian ke foto pilihan.
13. Keputusan pertandingan adalah muktamad.Sebarang rayuan tidak akan di layan.
14. “Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya terdapat perlanggaran hak cipta
seperti mengambil gambar orang lain dan sebagainya.”
15. Pihak penganjur mempunyai hak, mengikut budi bicara dan peserta bersetuju bahawa
pihak penganjur boleh menggunakan semua nama, foto, dan maklumat penyertaan
peserta/dan pemegang tanpa perlu mendapatkan apa-apa persetujuan atau tanpa apa-apa
bayaran kepada peserta atau untuk tujuan publisiti, pengiklanan dagangan atau promosi
dalam apa-apa media.
16. Pihak Penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak
betul atau tidak tepat yang telah dihantar oleh pihak peserta dan tidak boleh
dipertanggujawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan,
kecatatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi kegagalan litar komunikasi, kemusnahan,
virus dan sebagainya.
17. Hantarkan butir-butir berikut semasa pendaftaran:
1) Nama
2) Tahun Pengajian
3) Nombor Telefon
4) Model Kamera
5) Tema yang dipilih
6) Caption Gambar(tidak melebihi 50 patah perkataan)
18. Karya boleh dihantar kepada:
1) Irhamni Rahman bin Zubir ( starirz@yahoo.com )
2) Syahidah Hanani binti Khalid ( conanzlover92@yahoo.com )

0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.