Pencuri Bersiri Berjaya Diberkas

Sezostress Street,28 Mei – Seorang pencuri lelaki arab warga tempatan berjaya diberkas oleh sekumpulan mahasiswa Tahun 1 dalam satu  kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 pagi tadi di Asrama MARA.Kejadian yang berlaku  hasil tindakan berani mahasiswa terbabit berjaya menyelamatkan barang-barang mereka daripada dicuri.
Menurut salah seorang mahasiswa,pencuri tersebut terlebih dahulu ke Tingkat 1  kemudiannya naik ke Tingkat 2 apabila teserempak dengan salah seorang rakannya.Pada ketika itu,kebanyakkan mereka masih lagi tidur dan tidak sedar akan kehadiran pencuri terbabit.
Nasib malang pencuri apabila mahasiswa yang terserempak dengannya naik ke tingkat 2 dan ternampak dia sedang berada dalam salah satu bilik.Mahasiswa terbabit nekad mengejutkan rakan-rakannya yang sedang tidur dan merancang untuk menangkap pencuri terbabit.Hal ini turut dilaporkan kepada pekerja kafe asrama dan pegawai MARA yang berada di tingkat bawah.
Katanya lagi,ini adalah kali ketiga berturut-turut pencuri terbabit menyelinap ke asrama pada waktu awal pagi,kali pertama ialah pada hari sabtu,26 Mei yang telah menyebabkan kehilangan telefon bimbit,kad atm serta dompet duit,manakala kali kedua pada hari ahad 27 Mei,pencuri terbabit menyamar sebagai pekerja bagi membetulkan internet.
Akhirnya hasil kerjasama antara mahasiswa tahun 1,pekerja kafe asrama dan pegawai MARA,pencuri tadi berjaya diberkas dan dibawa ke balai polis yang berhampiran.Beberapa telefon bimbit serta kad atm yang dicuri  berjaya dipulangkan kembali.

0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.