Stanza Mahabbah

We are Family :)

Cerpen : Sang Penjaga Wahyu { Akhir }

V




Yaaa  ayyuhal muzzammil… Qumillaila illa qalila…” Ahyad mengulang ayat satu dan dua surah Al-Muzammil. Biar pun dua ayat sahaja yang di ulang baca pada hari ini namun dia yakin. Langkah kecil adalah permulaan untuk semua perkara yang besar.


“Tuk! Tuk! Tuk!” Daun pintu bilik ditolak lembut. Tanpa di izinkan masuk, Fadhlullah terus ‘menceroboh’ masuk ke bilik Ahyad. Temannya terpana. Ahyad teruskan mengulang tanpa memandang Fadhlullah di sebelahnya.


“Nak double degree sorang-sorang ke? Mana pergi nilai persahabatan selama ini? ” Fadhlullah berkias bicara. Ingin diluahkan sejujurnya  mahu menghafal bersama Ahyad secara terus rasa seperti tidak macho pula. Maka sindiran yang menjadi bahasanya tika ini. Ahyad berpaling memerhati wajah Fadhlullah. Cuba mencari keikhlasan di balik persoalan itu.


“Sahabat tidak akan memaksa sesuatu yang tidak disukai sahabatnya. Betul bukan?” Persoalan dibalas persoalan. Fadhlullah terdiam tetapi dia belum berganjak. Kesombongannya jika diteruskan hanya membawa rugi. Temannya yang baik sebegini jika dilepas pergi hanya membuah sesal. Dia juga tekad hari ini.


“Benar. Jadi seharusnya apabila seorang sahabat sudah sedar dan ingin menyahut ajakan kebenaran bahkan jiwanya sudah mulai suka kepada kebenaran maka seorang sahabat mesti memimpin temannya. Tidak boleh dia membiarkan temannya itu terkapai-kapai mencari cahaya. Ahyad kan?” Entah mengapa, dia berasa seperti sedang melakonkan watak pemuda insaf pula. Dengan ayat sastera gred dua! Biarkan. Biarlah hatinya berbicara dengan penuh murni hari ini.


‘Ahyad, ajaklah aku bersama kau untuk kali keduanya. Aku ingin menempuhi jalan ini bersamamu sahabat.’ Monolog hatinya tulus.  Matanya bersinar cahaya. Mengharapkan kasih seorang sahabat masih berbaki di lubuk hati. Fadhlullah sebenarnya telah insaf dek rasa bersalah kepada Ahyad.








“Kalau seorang sahabat sudah menyatakan sudi dan rela untuk bersama di jalan kebenaran dan kebaikan, apa hak aku nak menghalangnya?”


“Jadi kau masih membuka peluang untuk aku menghafal bersama kau, Ahyad?” Fadhlullah bertanyakan lagi untuk kepastian.


“Peluang sentiasa ada untuk berbuat baik dan kembali kepada kebenaran. Selagi nyawa tidak di ambil Tuhan. Maka siapa aku untuk menutup pintu kebaikan untuk kau?”


‘Alhamdulillah, segala puji ya Allah. Kau makbulkan doaku tempoh hari. Aku tidak tahu apa yang mengetuk pintu hatinya. Cukuplah sekadar dia datang kepadaku dan menyatakan kesudiannya untuk menghafal. Walaupun itu bukan kewajipan umat ini.’ Ahyad memuji dan memuja Tuhan yang Maha Berkuasa.



“Maafkan aku Ahyad. Kerna menolak ajakan tempoh hari.”



“Oh, tak mengapa. Biasa la tu. Dalam berkawan kalau tak saling memaafkan, persahabatan takkan kekal. Mungkin salah cara aku ajak kau menghafal kot.”

“Ada ke patut aku memaksa kau hafal Quran. Sedangkan benda ni bukan wajib kan.” Ahyad seperti menyalahkan diri. Fadhlullah tersenyum gembira.

Hari berganti hari. Bulan demi bulan. Dari tahun empat sampailah sudah ke tahun enam. Majlis graduasi berlangsung dengan baik. Baitul muslim pun sudah terbina. Zaman Housemanship ditempuhi dengan sabar dan tabah. Masa berlalu dan Fadhlullah sentiasa mengulang hafazannya malah menambah hafazan baru setiap hari. Cita-citanya ingin menjadi Sang Doktor Penjaga Wahyu. Sepuluh tahun telah berlalu. Dia berhasrat ingin menamatkan hafazan sebelum hembusan terakhir.

*** 







VI


Abi! Abi! Mak Cik Musirrah jatuh!” Muzammil menunjuk ke jihat bertentangan. Tangan ayahnya dilepaskan seraya berlari ke arah jirannya yang berusia 87 tahun itu. Anak kecil itu punya sensitiviti membantu yang sangat tinggi. Fadhlullah kembali sedar sepenuhnya dari kenangan lalu. Segera dia berlari ke  arah yang sama sambil membimbing Mudatsir.


“Mak Cik okey tak?” Tanggungjawab sebagai pegawai perubatan segera menguasai jiwanya. Memberi khidmat kesihatan bukan hanya ditempat bekerja. Berkhidmat untuk masyarakat adalah sepenuh masa selagi masih terdaya.


“Okey insyallah. Tapi rasa sakit kat tulang pinggung belah kiri ni.” Mak Cik Musirrah mengurut pinggul disebelah kiri. Sebagai pakar Orthopaedic, Fadhlullah pantas mengesyaki sesuatu.

“Neck femur fracture boleh jadi ni. Sangat common berlaku apabila orang tua rebah. Mari saya bawa Mak Cik ke hospital, kita buat X-ray.”



-         Tamat -




Bahar
Syaaban 1436 H
10 Jun 2015

Syatby, Alex.

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.