Stanza Mahabbah

We are Family :)

Showing posts with label Aktiviti bulanan batch. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti bulanan batch. Show all posts

Birthday Shout-Out! [JUNE]






Birthday Shout-out! [MAY]


    Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT kita telah berjaya menempuh fasa peperiksaan 'End of Module' baru-baru ini. Oleh itu, masih belum terlambat sekiranya pihak kami ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat sahabat SM-ian yang menyambut kelahiran pada bulan ini.

  Dengan ini, kami mendoakan semoga antum semua dihiasi dan dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, umur yang bermanfaat, ilmu yang berguna, rezeki yang halal, jodoh yang membahagiakan dan hidup yang dirahmati Allah di dunia dan di akhirat. Semoga dengan amalan-amalan yang mulia ini dapat menjadi bekalan di akhirat kelak. InsyaAllah.


Birthday Shout-out! [APRIL]


Sanah helwah buat sahabat SM-ians sekalian yang bakal menyambut kelahiran pada bulan April ni. Ayuh sama-sama kita lihat siapakah gerangannya! :D


   Semoga dengan pertambahan usia, amalan dan ibadah juga bertambah seiring dengan peningkatan prestasi dan taqwa kepada Allah. Semoga setiap perbuatan yang dilakukan dilimpahi dengan berkat. Amin~

STEP UP



Pada 25 Mac 2014, biro akademik Stanza Mahabbah telah menganjurkan satu program iaitu “Step Up” yang bertempat di sutuh asrama MARA. Program ini mendapat inspirasi daripada program SM yang terdahulu iaitu “Glow With Flow”. Bertemakan “from Zero to Hero” SM akademik pada kali ini mensasarkan agar keyakinan diri ahli-ahli SM dapat ditingkatkan kepada tahap yang maksimum dan potensi diri ahli-ahli dapat ditonjolkan dalam apa jua aspek sekalipun. Antara aktiviti yang diadakan dalam program ini ialah solat berjemaah, pengisian daripada senior-senior dan sedikit jamuan.
Program yang bermula pada pukul 6 petang ini dimulai dengan solat maghrib secara berjemaah di sutuh asrama MARA. Semester 6 merupakan semester yang terakhir sebelum ahli-ahli SM melalui dunia klinikal kursus perubatan. Oleh sebab  itu, debaran dapat dirasai oleh ahli-ahli SM dan ahli-ahli berharap agar perjalanan di semester 6 ini dapat dipermudahkan oleh Allah SWT agar semuanya berjalan dengan lancar. Ahli-ahli SM juga berharap agar kesemuanya dapat masuk ke dunia klinikal bersama-sama tanpa ada yang mengulang tahun. Oleh itu, solat hajat secara berjemaah telah diadakan sejurus selepas solat maghrib. Selain daripada itu, solat hajat juga diadakan bersempena dengan tragedi pesawat MH370 yang hilang. Misteri kehilangan pesawat MH370 yang masih belum terungkai sehingga kini ini jelas bahawa pada akhirnya kita perlu kembali Allah, memohon kepadaNya agar pesawat ini dikembalikan. Pelbagai cara telah dilalukan dan banyak negara telah mengerah tenaga untuk mencari pesawat ini namun ianya masih belum dapat dijumpai. Walaupun Perdana Menteri Malaysia telah memberi kenyataan rasmi bahawa pesawat tersebut berakhir di Lautan Hindi, namun semua ahli SM tidak pernah putus berharap bahawa pesawat ini masih boleh dijumpai selagi ianya belum dapat dikesan.  Oleh itu, sebingkas doa buat pesawat MH370 juga diselitkan bersama semester 6 di dalam solat hajat masing-masing. 



Seusai solat hajat, program diteruskan dengan perkongsian daripada senior. Akan tetapi, aturcara program tersebut terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh kesilapan teknikal yang berlaku. Walaupun telah berlaku ralat, semangat ahli-ahli SM tetap teguh dan tidak patah untuk meneruskan program ini. Sambil menunggu ralat tersebut selesai diperbetulkan, ahli-ahli SM diminta untuk menikmati jamuan makan malam terlebih dahulu. Ahli-ahli SM telah dihidangkan dengan nasi kosong berserta ayam sambal. Seusai makan malam, program diteruskan dengan perkongsian daripada senior-senior tahun 4. Nasihat dan dorongan oleh senior-senior ini amat diperlukan oleh ahli-ahli SM supaya semester 6 ini dapat dilalui dengan lebih mudah. Antara pengisian yang diberikan ialah berkenaan dengan tips-tips untuk menjawab soalan exam semester 6 dan cara-cara yang berkesan untuk menempuhi cabaran yang hadir sepanjang melalui semester 6 ini. Seperti yang kita tahu, modul GIT di dalam semestar 6 ini merupakan antara modul yang “killer” disebabkan inputnya yang banyak. Oleh itu, modul GIT ini telah menjadi tajuk yang hangat dikongsikan oleh senior-senior kepada ahli-ahli SM ketika itu. Segala perkongsian yang diberi oleh senior-senior telah menyebabkan minda ahli-ahli SM tepu dengan info-info yang berguna. Seusai aturcara tersebut, maka berakhirlah program “Step Up” ini. 
Diharap dengan berakhirnya program ini, semua ahli dapat memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik dan dapat menempuh semester 6 ini dengan lebih mudah. Diharap juga agar semua ahli dapat lebih merajinkan diri dalam menuntut ilmu supaya kualiti akademik ahli-ahli dapat dipertingkatkan dan sasaran batch SM setiap semester iaitu “Zero Repeaters” dapat direalisasikan. Menurut kata Imam Syafie, “Bila kamu tidak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan”.

Birthday Shout-out! [JAN] [FEB] [MARCH]


   Kadang-kadang kita terlalu gembira sehingga kita alpa bahawa hidup ini hanyalah persinggahan yang seketika sebelum meneruskan perjalanan ke alam yang seterusnya. Mungkin dengan hari lahir dapat mengingatkan kita tentang perjalanan hidup yang masih jauh untuk menemui Ilahi. Apakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di bumi ini....? Ayuh kita sejenak merenungkannya.. 

خيركم من طال عمره وحسن علمه
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Al-Hakim dari Jabir RA, "Sebaik-baik kamu ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya".

  Oleh itu, pihak SM ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat sahabat-sahabat yang telah meninggalkan angka 20 dengan ucapan semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, umur yang bermanfaat, ilmu yang berguna serta hidup yang dirahmati Allah di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah.





"In the journey of your life, may your joys double and your success triple, may your sorrows halve and your failure disappear. Wishing you a stress free life. Happy Birthday!"


Ya Allah,
semakin jauh langkah umurku meniti hari,
kupohon hidayahMu,
moga dihari lahirku ini,
Kau berkatilah umurku
dan izinkan aku semakin dekat dengan redhaMu














Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.