Stanza Mahabbah

We are Family :)

Showing posts with label Program dan Aktiviti Batch 2011/2017. Show all posts
Showing posts with label Program dan Aktiviti Batch 2011/2017. Show all posts

SM Hajj



Montazah, 18 April 2014 – Program Ibadah Rakan Huffaz kembali lagi. Jika tahun lalu kita didedahkan dengan amali ibadah sembelihan. Tahun ini pula Rakan Huffaz mengadakan program “SM Hajj” iaitu ibadah rukun islam yang ke lima iaitu ibadah haji. Program amali ibadah haji dan umrah ini diadakan pada hari Jumaat  di Taman Montazah, Iskandariah.

        Sekitar jam 11 pagi, ahli-ahli SM terutamanya akhawat mula tiba di pintu masuk utama taman Montazah dan disambut oleh ajk Rakan Huffaz. Para ikhwah dan ajk RH telah tiba lebih awal untuk membakar ayam dan menyusun atur kawasan program.  Kebanyakan ahli datang dengan menaiki kemudahan tramco kerana lebih mudah dan murah.  Taman Montazah turut dipenuhi oleh orang-orang arab tempatan yang datang beriadah dan berkelah. Tambahan pula musim bunga yang berkunjung tiba menambah keindahan  taman dengan bunga-bunga yang berwarna-warni.

       Alhamdulillah program kali ini turut mendapat sambutan oleh ahli SM. Walaupun ada beberapa orang yang tiba lewat kerana sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain, mereka tetap menghadirkan diri untuk memberikan sokongan dan meraikan program. Setelah diberikan taklimat oleh ajk RH tentang perjalanan program, para ikhwah mula bergerak ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Jumaat. Manakala akhawat diberi ruang untuk menunaikan solat Zohor berjemaah dan makan tengah hari. Kudapan yang disediakan ialah nasi goreng bersama ayam bakar yang dimasak oleh ajk-ajk RH sendiri. Pada pukul satu petang, giliran ikhwah pula untuk makan tengah hari sebaik sahaja mereka selesai menunaikan solat Jumaat.



       Slot yang pertama iaitu “Ada Apa Dengan Haji” bermula pada pukul  2.15 petang. Slot ini adalah penerangan teori yang berkaitan dengan haji dan juga umrah. Sesi ini disampaikan oleh Ustaz Najmi bin Yasak yang merupakan pelajar jurusan syariah Universiti Al-Azhar . Beliau sudah pun mempunyai pengalaman berada di tanah suci Mekah dan Madinah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah bersama keluarganya pada tahun lepas. Turut hadir bersama beliau dua ustazah yang juga merupakan pelajar Universiti Al-Azhar cawangan Mandaroh, Iskandariah. Sesi soalan dibuka kepada ahli SM yang mempunyai sebarang soalan atau kemusykilan sebelum diteruskan ke slot amali.

       Setelah satu jam, program diteruskan dengan sesi amali. Slot ini dinamakan “Perjalanan Haji Bermula”. Pada mulanya sesi praktikal ini dirancang untuk dilakukan secara berasingan ikhwah dan akhawat. Tetapi apabila tibanya waktu petang, kawasan  taman semakin dipenuhi pengunjung menyebabkan kekurangan ruang. Oleh itu, praktikal haji ini dilakukan oleh seorang pelajar ikhwah dan disaksikan oleh ikhwah akhawat yang lain. Sesi amali ini turut menunjukkan contoh cara pemakaian ihram bagi lelaki.



       Seterusnya, sebaik sahaja selesai melakukan praktikal haji, ahli-ahli SM bergerak ke masjid untuk menunaikan solat Asar dan berehat selama satu jam setengah. Masing-masing mengisi masa yang terluang dengan bergambar dan makan. Angin laut Mediterranean yang nyaman sungguh menenangkan terutamanya  pada waktu petang. Badan yang letih terasa segar walaupun program bermula sejak dari tengah hari lagi yang mana cahaya matahari agak terik ketika itu sehinggalah pada waktu petang.

       Program diteruskan dengan penyampaian hadiah penghargaan kepada ustaz dan ustazah tanda terima kasih atas perkongsian  mereka. SM Hajj diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama semua ahli SM yang hadir sebagai kenangan. Semoga semua yang hadir mendapat ilmu dan manfaat sebaiknya daripada program yang diadakan.


[آل عمران: 97] وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
Maksudnya : "Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam". Al Imran: 97.
      
    InsyaAllah moga kita semua mendapat peluang dan rezeki untuk melakukan ibadah haji di kota suci Mekah, sekurang-kurangnya sekali. Sesungguhnya menjadi pelajar perubatan bukanlah  menjadi alasan untuk kita bermalas-malasan atau mengelak daripada mempelajari ilmu agama dan cara-cara beribadah yang betul. Segala peluang yang ada seharusnya direbut untuk dipraktikkan dalam kehidupan sebagai seorang muslim.










STEP UP



Pada 25 Mac 2014, biro akademik Stanza Mahabbah telah menganjurkan satu program iaitu “Step Up” yang bertempat di sutuh asrama MARA. Program ini mendapat inspirasi daripada program SM yang terdahulu iaitu “Glow With Flow”. Bertemakan “from Zero to Hero” SM akademik pada kali ini mensasarkan agar keyakinan diri ahli-ahli SM dapat ditingkatkan kepada tahap yang maksimum dan potensi diri ahli-ahli dapat ditonjolkan dalam apa jua aspek sekalipun. Antara aktiviti yang diadakan dalam program ini ialah solat berjemaah, pengisian daripada senior-senior dan sedikit jamuan.
Program yang bermula pada pukul 6 petang ini dimulai dengan solat maghrib secara berjemaah di sutuh asrama MARA. Semester 6 merupakan semester yang terakhir sebelum ahli-ahli SM melalui dunia klinikal kursus perubatan. Oleh sebab  itu, debaran dapat dirasai oleh ahli-ahli SM dan ahli-ahli berharap agar perjalanan di semester 6 ini dapat dipermudahkan oleh Allah SWT agar semuanya berjalan dengan lancar. Ahli-ahli SM juga berharap agar kesemuanya dapat masuk ke dunia klinikal bersama-sama tanpa ada yang mengulang tahun. Oleh itu, solat hajat secara berjemaah telah diadakan sejurus selepas solat maghrib. Selain daripada itu, solat hajat juga diadakan bersempena dengan tragedi pesawat MH370 yang hilang. Misteri kehilangan pesawat MH370 yang masih belum terungkai sehingga kini ini jelas bahawa pada akhirnya kita perlu kembali Allah, memohon kepadaNya agar pesawat ini dikembalikan. Pelbagai cara telah dilalukan dan banyak negara telah mengerah tenaga untuk mencari pesawat ini namun ianya masih belum dapat dijumpai. Walaupun Perdana Menteri Malaysia telah memberi kenyataan rasmi bahawa pesawat tersebut berakhir di Lautan Hindi, namun semua ahli SM tidak pernah putus berharap bahawa pesawat ini masih boleh dijumpai selagi ianya belum dapat dikesan.  Oleh itu, sebingkas doa buat pesawat MH370 juga diselitkan bersama semester 6 di dalam solat hajat masing-masing. 



Seusai solat hajat, program diteruskan dengan perkongsian daripada senior. Akan tetapi, aturcara program tersebut terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh kesilapan teknikal yang berlaku. Walaupun telah berlaku ralat, semangat ahli-ahli SM tetap teguh dan tidak patah untuk meneruskan program ini. Sambil menunggu ralat tersebut selesai diperbetulkan, ahli-ahli SM diminta untuk menikmati jamuan makan malam terlebih dahulu. Ahli-ahli SM telah dihidangkan dengan nasi kosong berserta ayam sambal. Seusai makan malam, program diteruskan dengan perkongsian daripada senior-senior tahun 4. Nasihat dan dorongan oleh senior-senior ini amat diperlukan oleh ahli-ahli SM supaya semester 6 ini dapat dilalui dengan lebih mudah. Antara pengisian yang diberikan ialah berkenaan dengan tips-tips untuk menjawab soalan exam semester 6 dan cara-cara yang berkesan untuk menempuhi cabaran yang hadir sepanjang melalui semester 6 ini. Seperti yang kita tahu, modul GIT di dalam semestar 6 ini merupakan antara modul yang “killer” disebabkan inputnya yang banyak. Oleh itu, modul GIT ini telah menjadi tajuk yang hangat dikongsikan oleh senior-senior kepada ahli-ahli SM ketika itu. Segala perkongsian yang diberi oleh senior-senior telah menyebabkan minda ahli-ahli SM tepu dengan info-info yang berguna. Seusai aturcara tersebut, maka berakhirlah program “Step Up” ini. 
Diharap dengan berakhirnya program ini, semua ahli dapat memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik dan dapat menempuh semester 6 ini dengan lebih mudah. Diharap juga agar semua ahli dapat lebih merajinkan diri dalam menuntut ilmu supaya kualiti akademik ahli-ahli dapat dipertingkatkan dan sasaran batch SM setiap semester iaitu “Zero Repeaters” dapat direalisasikan. Menurut kata Imam Syafie, “Bila kamu tidak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan”.

SMART : Jaulah Fayoum



               Gelaran Ardul Anbiyak buat bumi Mesir ini tidak asing lagi dalam kalangan penduduk di muka bumi ini. Hal ini kerana ianya kaya dengan tempat bersejarah dan tapak peninggalan zaman-zaman nabi terdahulu. Oleh itu, pada 4 Mac 2014, pihak OB batch SM telah menganjurkan satu program SMART untuk ahli-ahli SM iaitu jaulah ke Fayoum. Kota Fayoum ini terkenal dengan kawasan tanamannya yang subur dan padang pasir yang luas. Untuk program kali ini, ada 4 tempat menarik yang telah dilawati iaitu Tasik Qorun, Istana Qorun, air terjun Wadi el Rayyan dan kincir air Nabi Yusuf A.S.

      Objektif program ini diadakan adalah untuk melawat tempat-tempat bersejarah di Mesir dan untuk merapatkan ukhuwah di antara ahli-ahli SM. Bas lawatan dijangka bertolak pada dinihari seawal jam 5.30 pagi. Oleh itu semua ahli diminta untuk berkumpul di asrama MARA seawal yang mungkin agar tiada sebarang kesulitan berlaku. Perjalanan memerlukan kira-kira 4 jam untuk tiba di Fayoum. Ketika dalam perjalanan, semua ahli telah dijamu dengan spaghetti goreng dan ayam goreng sebagai santapan sarapan pagi.

      Setelah tiba di Fayoum, tempat pertama yang dilawati ialah Tasik Qorun. Tasik Qorun ini merupakan tasik air masin yang luas. Tasik ini menceritakan tentang Qorun yang ditenggelamkan bersama hartanya oleh Allah kerana keingkaran Qorun dalam membayar zakat dan kekufurannya terhadap Allah. Program diteruskan dengan tempat lawatan yang seterusnya iaitu Istana Qorun. Istana Qorun ini merupakan tempat kediaman Qorun yang dibina dalam bentuk 6 tingkat. Namun sekarang hanya 2 tingkat teratas dapat dilihat kerana tingkat istana yang selebihnya telah tenggelam jauh ke dalam padang pasir.



       Selepas itu, program diteruskan lagi dengan melawat air terjun Wadi el Rayyan. Air terjun ini merupakan air terjun terbesar di Negara Mesir dan salah satu oasis yang ada di Fayoum. Makanan tengah hari disediakan dan semua ahli SM diminta untuk makan tengah hari di sini dan bersiap-siap untuk solat. Nasi goreng dan sambal daging menjadi menu untuk makanan tengah hari. Setelah usai solat dan makan, semua ahli menuju ke air terjun Wadi el Rayyan dan bergambar sesama mereka. Selepas itu, semua ahli telah dibawa ke destinasi jaulah yang terakhir iaitu kincir air Nabi Yusuf A.S. Kincir Air di kota Fayoum ini merupakan satu-satunya kincir air yang terdapat di negara Mesir. Tujuan kincir air ini dibina adalah untuk mengalirkan air ke kawasan pertanian sehingga ianya menjadi subur. Difahamkan bahawa kawasan pertanian disini merupakan yang tertua di dunia. Kincir air ini juga digunakan untuk mengolah gandum untuk dijadikan sebagai sumber makanan.

      Di sini juga semua ahli SM telah membeli cenderahati dan bertukar cenderahati sesama mereka sebagai tanda persahabatan. Dengan berakhirnya lawatan ke kincir air Nabi Yusuf A.S, maka berakhirlah program Jaulah ke kota Fayoum ini. Bas lawatan telah singgah sebentar di kawasan perhentian untuk memberi masa kepada semua ahli untuk makan malam, solat dan sesi fotografi. Menu makan malam yang disediakan ialah nasi lemak dan ayam goreng. Setelah usai makan dan solat, sesi fotografi telah diadakan bersama ahli-ahli SM sebagai tanda ukhuwah. Selepas itu, semua ahli tiba di kota Iskandariah dan beransur pulang ke kediaman masing-masing. Diharap agar semua ahli SM dapat mengambil ibrah daripada jaulah ini supaya dapat memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih baik dan dikasihi Allah S.W.T.



SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN SOLAT HAJAT PERDANA

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN SOLAT HAJAT PERDANA


Pada 18 Januari 2014, Stanza Mahabbah telah mengadakan satu program untuk semua ahli Stanza Mahabbah (SM) iaitu “Maulidur Rasul dan Solat Hajat Perdana” yang bertempat di Pusat Konvesyen, Universiti Iskandariah. Program ini telah diadakan sebagai langkah persediaan untuk peperiksaan akhir semester kelima batch SM dan juga sempena meraikan hari kelahiran rasul junjungan kita iaitu Nabi Muhammad SAW. Program ini juga diselit dengan slot watikah pelantikan Organisasi Batch (OB) SM untuk sesi 2013/2014.


Program dimulakan dengan solat Maghrib dan solat Hajat secara berjemaah. Selepas selesai solat, program diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Batch SM yang baru iaitu saudara Thahir dan diikuti dengan pengisian tentang sirah nabi Muhammad dan ucapan perasmian oleh Pengarah MARA Timur Tengah, Ustaz Ahmad Sofi b. Abdullah. Kemudian, program ini diceriakan lagi dengan tayangan video yang berkisar tentang memori tahun 2012/2103 SM. Video kenangan ahli SM yang berlatarkan lagu “A Thousand Years” nyanyian Christina Perri ini telah berjaya menyentuh hati semua ahli SM. Kehangatan perasaan yang bergejolak di dalam jiwa ahli SM ini telah menunjukkan betapa kuatnya tautan ukhuwwah yang telah terjalin di antara ahli-ahli SM selama ini. Setelah itu, program diteruskan lagi dengan upacara pemberian cenderahati kepada Ustaz Sofi dan diteruskan dengan alunan selawat ke atas junjungan nabi Muhammad secara beramai-ramai yang diketuai oleh saudara Aiman Razali.



Penyampaian cenderahati kepada Ustaz Sofi.

Program diteruskan lagi dengan tazkirah daripada saudara Amar Sofwan berkenaan kempen “Anti-Meniru” bersempena dengan peperiksaan yang bakal menjelang dan sedikit ucapan oleh Saudari Nur Amalina tentang“Kepentingan Berorganisasi”. Setelah usai ucapan, program telah diteruskan dengan majlis watikah pelantikan Organisasi Batch (OB) SM untuk sesi 2013/2014 dan Kalam Taujihat (arahan gerak kerja) daripada saudara Thahir.

 Kemudian, program ini diteruskan lagi dengan acara penyerahan Anugerah Mahasiswa Mahasiswi proaktif dan dedikasi yang telah dimenangi oleh saudara Shafiq Firdaus, Nazreen, Zainurul Ikram, saudari Raihan Izzati, Ayu Adora dan Nadia Razali. Untuk pengetahuan, anugerah ini adalah untuk menghargai mereka yang banyak menyumbang dalam aktiviti batch. Sesi fotografi bersama ahli-ahli SM dan jamuan makan malam iaitu Nasi Kerabu yang disediakan oleh Team Memasak Nur Islam telah mengakhiri program pada malam itu. Mengikut pepatah melayu, “Tak kenal maka tak cinta”,maka diharap semua ahli dapat meluangkan lagi masa untuk lebih mengenali Rasulallah kita, memperbanyakkan amalan sunnah dan menjadikan Rasulallah itu sebagai Qudwah Hasanah supaya kita dpt menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang.

tazkirah dari Amar Sofwan


Merujuk hadis riwayat Muslim dari Abû Hurairah, ertinya: "Barangsiapa berselawat untukku sekali, nescaya Allah berselawat untuknya sepuluh kali.". Diharap semua ahli dpt memperbanyakkan lagi selawat dalam kehidupan seharian kita agar kita dapat menjadi manusia yang dikasihi Allah SWT.


sesi fotografi.

SPECTRA DE SOLACE


1st Year Batch Presents...

It's coming...soon.





 
            Date     : June 21st, 2012
            Venue  : Taj Mahal Restaurant


Insya-Allah, we will be holding this event to commemorate our triumphs during our first year as medical students. Let's strengthen our bonds, share the feeling of success, and give appreciation to those who had been contributing to our community... This night will be a moment of treasure, more valuable as the time passes, as the sand of time drops, as the seasons changing. Let's be a part of it...   Will You?

  • All Malaysians and Egyptians in the International Program are invited.
  • Those who are interested, register your name with your SRs... You know who they are, right?
  • Participation is compulsory to MARA students and YOU are greatly invited.
  • Pay for Your seat and what You eat only, plus LE 3... That makes it LE95... true story!
  • Not participating?... Don't mind that You'll regret afterwards... Trust me, I'm a Doctor.
  • Further information will be updated... 
               

Akademik : Glow with Flow

Perkongsian secara bertulis daripada senior2 awesome kita :
                          
                                     


1) Secara kasar, apakah yang akan dipelajari oleh para pelajar Tahun 1 di dalam modul ini? 

Empat subjek yang diketengahkan dalam module blood ialah Physiology(majority) diikuti Histology, Biochemistry dan Anatomy. 

2) Daripada skala 1 hingga 5 (paling sukar kepada paling mudah), apakah nombor yang sesuai untuk modul ini? 

Mungkin 3. 
Sebenarnya, it depends on individu itu sendiri. How they adapt with the topics and their interest on the subjects.Module ini tidak setebal yg lain, jadi kita boleh rumuskan modul ini lebih ringan. Apapun, adik-adik should mindset modul ini dan juga every incoming modules senang dan menarik. InsyaAllah,akan dipermudahkan. 

3) Menurut pandangan abang atau kakak yang lebih senior, apakah amalan menurut Islam dan cara belajar yang mesti diamalkan oleh seseorang yang ingin cemerlang di dalam modul ini? 

Sebenarnya, adik-adik mungkin lebih mengetahui jawapan untuk soalan ini. Even dalam facebook, blog, internet, dan seniors selalu share tentang perkara ini...

Generally, antara yang boleh saya share ialah 7 tips mumtaz dari al-Quran... (Surah Al-Mu’minun ayat 1-11) 

1) Keyakinan,kepercayaan dan keimanan kepada Allah SWT. [23:1] 

2) Focus. Bersungguh-sungguh sepenuh hati [23:2] 

3) Priority. Mengutamakan apa yang utama. [23:3] 

4) Prihatin sesama kita. [23:4] 

5) Menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. [23:5] 

6) Jujur dan amanah [23.8] 

7) Memelihara solat. [23:9] 

Adik-adik bolehlah baca surah ini dan cuba fahami tafsiran surat cinta Allah kepada kita ini. Memang rasa macam benda-benda common je, tapi yang common inilah yang kita susah nak laksanakan.The main point yang saya hendak share ialah, walaupun ada beribu-ribu,berjuta-juta tips mumtaz, tapi kalau kita tidak praktikkan, memang tiada gunanya. 

Jadi, jomlah kita sama-sama BERAMAL dengan tips ini dan yang lain-lain juga!! Tak mampu buat semua sekaligus, tapi at least try slow2 tapi usahlah bertangguh..jom,jom... 

4) Perlukah ada kaedah belajar yang spesifik dan berkesan untuk modul ini? Jika ada, nyatakan kaedah tersebut. Sebagai contoh, mungkin perlu diperbanyakkan nota bergambar atau belajar daripada video tutorial atau mungkin ‘study group’. Bagaimana? 

Untuk module blood, adik-adik boleh praktikkan untuk buat table for comparison..InsyaAllah sangat berguna. 

Sebagai contoh: 

i. Ada beberapa jenis leukocytes..kadang-kadang terconfuse juga dari segi life span, normal normal count. 

ii. Difference between 5 types of immunoglobulin 

iii. Type of anaemia 

iv. Difference between lymphoid organs( spleen,thymus,etc) 

Study group juga boleh di organized. Tak semua point dalam lectures kita boleh grab, jd peting untuk share apa yang masing-masing dapat. Among kawan-kawan kita sebenarnya ada yang pandai buat analogy atau buat cerita based on certain topics...so, kita dapat menghafal dengan lebih mudah,InsyaAllah. 

5) Seperti yang kita ketahui, bagi Module 4: Musculoskeletal System, buku karya Dr. Ayman Khanfour adalah sangat membantu dan telah banyak memudahkan para pelajar untuk lebih menguasai modul tersebut. Bagaimana pula untuk modul ini? Apakah buku-buku tambahan; sama ada buku nota atau latihan yang ingin dicadangkan abang dan kakak? 

Honestly, for this module tiada penggunaan buku tambahan kerana InsyaAllah buku module ini lebih mudah difahami..Tapi, kalau adik-adik ada buku-buku extra yang boleh membantu pemahaman, itu adalah lagi baik. 

6) Sekiranya ada di antara kami yang gemar membuat latihan, buku atau sumber yang mana satukah paling sesuai dan efektif menurut kalian? 

Past year questions amatlah membantu..biasakan diri dengan format dan cara presentation of questions. Biasanya soalan past years lebih kurang sama dan akan diulang-ulang for incoming years. 

7) Selain itu, bagi sesetengah modul, bahan-bahan bantu belajar (seperti tulang contohnya) adalah sangat diperlukan untuk lebih menguasai modul tersebut. Bagaimana pula untuk modul ini? 

Pada hemat saya, module ini more kepada facts and theoretical understanding. Jadi setakat ini tiada cadangan untuk extra bahan.maalish..

8) Apakah bahagian-bahagian di dalam modul ini yang merupakan killer part dan frequently ask question yang patut diberikan tumpuan lebih menurut pandangan kalian? 

i. Haemopoiesis 

-boleh juga buat comparison table. 

ii. Haem biosynthesis 

-ingat pathway by heart sbb dlm essay agak popular soalan ini 

iii. Clotting pathway 

iv. Rh factor 

v. Anatomy(lymph node) 

vi. Thymic blood barrier. 

Even simple topics pun boleh jadi challenging kalau kita tidak faham elok-elok. Kita boleh ditanya tentang indirect questions.Sebagai contoh: 

-discuss about polymeric immunoglobulin..(soalan essay tahun kami) 

Dalam module, tiada statement yang mention tentang polymeric immunoglobulin..jadi, kita kena fikir mendalam sikit. Jawapannya IgM kut... 

Semua topics PENTING..sbb kita tak tahu which topic yang akan jadi killer questions for incoming exams. 

9) Sepanjang menempuhi modul ini, apakah tindakan-tindakan yang patut kami hindari atau mungkin kesalahan-kesalahan para senior yang mesti kami jauhi? 

i. Jangan expect soalan senang sangat dan elakkan relax sangat for this module even bukunya nipis. 

ii. Baca TBL dan ILA. 

-every exam, batch kami mesti akan tanya SR sama ada ILA dan TBL masuk exam ke tak. Tapi, basically memang perlu baca. Even untuk exam module-module akan datang. soalan TBL memang agak common in MCQ and even wujud for ESSAYS!!. Tapi ada jugak exam yang TBL tidak ditanya, tapi kes ini rare..jadi, for the sake of not losing marks, bacalah TBL dan ILA. 

iii. Lupa tajuk besar. 

-masalah ini agak common. Memang point-point sesuatu tajuk dihafal dengan bahagianya, tapi masalah bila dalam exam,terlupa those points bawah which tajuk.. 

Moral of the story, hadam tajuk elok elok bersama-sama points sekali. 

iv. Kalau tidak berapa faham tentang sesuatu tajuk, tanyalah doctor tanpa rasa segannya. jangan tunggu last minute atau time nak exam essay untuk memahaminya..more time will be consumed.nak menghafal lagi. so, jom be closed to your doctors.. 

v. E-learning 

-saya tak sure whether adik-adik ada e-learning atau tidak. Masa zaman kitorang ada e-learning( tajuk vitamin K rasanya). Tajuk ini sama sekali tidak diajar oleh doctors. Seingat saya prof ada mention masa hari orientation sahaja. Jadi, ramailah yang tidak baca e-learning ini. Dan akhirnya, dalam exam MCQ ada soalan berkaitan tajuk ini..so,jadikanlah teladan.. 

vi. The wrong mindset tentang ‘apa yang ada di dalam module, itu sahajalah yang akan ditanya dalam exam’ 

-time batch kami, ada lectures tentang anatomy of lymph nodes in detail. Tapi tajuk ini tak wujud dalam module. Jadi, ingatkan tidak akan masuk exam.akhirnya, topic ini dimasukkan ke dalam exam dengan banyaknya. 

vii. Manfaatkan waktu praktikal yang panjang. 

-ada sebabnya kenapa doctor buat praktikal period for 2 hours, even kadang-kadang tak sampai ½ hour belajar practical. Gunakan masa yang ada untuk betul-betul fahamkan dan hafal point yang dibelajar. Biasanya dari pengalaman, waktu praktikal yang paling seronok sebab boleh balik awal..jadi, jom sama-sama stay during practical hours to learn more and more and more. 

10) Bergerak kepada Practical Exam, apakah langkah-langkah yang patut kami ambil semasa kelas praktikal atau semasa study leave agar persediaan kami bertambah mantap? 

Buat study group untuk bincang points yang dah belajar dengan kawan-kawan.Especially for anatomy. Different doctors cerita tentang different points, bila buat study groups, boleh point out any extra info by doctors. 

i. HISTOLOGY 

-study file histo and slide elok-elok. 
-compare kan lecture notes dengan photos and slides dalam praktikal so that boleh bagi lebih gambaran. 
-tengok slide banyak kali. 
-biasanya soalan histo direct( apa yang written dalam file dan slide sahaja) 

ii. ANATOMY 

-perhatikan part organ elok-elok..biasakan tengok banyak cadaver berlainan sebab organ-organ tersebut tak sebijik sama dan ada variation among person. 
-adik-adik amatlah digalakkan untuk baca the lecture notes for anatomy practical..(make it compulsory). Sbb soalan yang ditanya tidak direct seperti histo..contohnya spleen, bacalah the whole anatomy about spleen in module books even prof tak mention point itu time practical. 
-for practical,please read the whole lecture notes of anatomy.for example: lymph node tidak diajar di dalam practical sebab lymph node tidak evident on cadaver.but, dalam exam practical ada ditanya tentang lymphatic duct and lymph node of lower limb.jd, sama-samalah kita BEWARE. 

iii. PHYSIOLOGY 

-hafal by heart all the values.eg:hematocrit.... 
-jangan takut nak cucuk dan ambik blood kawan sendiri..be brave,ok.. 

11) Apakah pula nasihat abang dan kakak tentang tindakan yang sewajarnya ketika Practical Exam sedang berjalan? 


i. Elakkan kekalutan dan ke’nervous’ an. Selawat banyak-banyak dan baca Surah Alam Nasyrah untuk mengurangkan gementar. 
ii. Bila masuk lab, plan dan perhatikan elok-elok arrow pergerakan supaya tak tersilap tempat bila ‘SHIFT’ nanti. 
iii. Jadi ,masuklah awal sedikit ke dalam lab supaya boleh perhatikan arrows yang ditampal dan set terus dalam kepala route yang akan dilalui. 
iv. INGAT lah untuk tulis nama dan id number. Dan start jawab dengan nombor yang ditampal kat meja.. 
v. Sekiranya rasa tak clear tentang sesuatu soalan, atau apabila tengok microscope, slide tak jelas, usahlah segan-segan untuk tanya doctors. InsyaAllah, doctors akan bantu kita. 

12) Seterusnya, untuk cemerlang di dalam Essay khas untuk modul ini, apakah yang harus kami lakukan? 

i. Doctor selau pesan untuk buat dalam bentuk points. Senang untuk diperiksa dan supaya prof tak miss any contents. 
ii. Cuba untuk tulis dengan kemas. 
iii. Kalau soalan yang describe,explain dan yang sewaktu dengannya, ceritalah isi adik-adik dengan detail.doctor pernah cakap, “awak tahu jawapannya, tapi awak tak tulis dengan lengkap dalam essay”..ada setengah point kita rasa remeh atau tak penting, berkemungkinan point tu ada mrkah juga..jadi, anggap lah prof tidak tahu anything, dan explain lah dengan detail. 
iv. Practice jawab soalan essay past year dan jugak soalan student arab..InsyaAllah, they’ll help a lot. 
v. In order untuk memudahkan jawab essay, fahamkan points sebelum menghafal..hafal semata-mata remains in memory not asa long as kalau kita faham dan hafal sekali. kalau faham, InsyaAllah lebih memudahkan . 


13) Akhir sekali, apakah nasihat dan harapan kakak dan abang agar kami juga mampu mumtaz seperti kalian? 

i. Focus dalam lecture 
-point dalam module lebih mudah difahami dengan explaination by doctors.dan apa yang di explain mungkin adalah extra info dan tiada di dalam buku. 
ii. Revise every lectures by that day..(IMPORTANT!!!) 
iii. Even kalau tak sempat untuk revise,at least, tahu dan cuba faham apa sebenarnya yang dibelajar..so that boleh relate dengan next lectures dan supaya tak ketinggalan. 
iv. Semoga adik-adik dapat perform better daripada batch kitorang.. 
v. Score lah dengan sebaik-baiknya untuk module ini sebab ianya lebih ringan berbanding module lain seperti Musculoskeletal. Module ini boleh dijadikan booster untuk overall marks,InsyaAllah. 
vi. Last sekali, (ingatan bersama).. 

Adik-adik, 

- Ilmu yang kita dapat ini milik Allah, minda kita milik Allah, jasad kita yang berusaha juga milik Allah, soalan exam juga diilhamkan oleh Allah kepada doctors, hidup kita sebagai doctors nanti(InsyaAllah) juga milik Allah..semuanya milik dan kuasa Allah..jadi, mohonlah kepadaNya, dan iringilah setiap usaha kita dengan tawakal kepadaNya.. 

‘Dan kepunyaan Allah-lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah kepada-Nya. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan. 

[Surah Huud:123] 

p/s : TERIMA KASIH ABANG-ABANG dan KAKAK-KAKAK!

Karya Kreatif : Majalah Batch Alexandrian 1117



Susulan majalah batch yang bakal diterbitkan, pihak kami menyediakan satu slot khas untuk mengabadikan karya-karya kreatif anda di dalam majalah tersebut. Justeru, sesiapa yang berminat sila perhatikan perkara-perkara berikut :

1. Karya kreatif terbuka kepada pelbagai kategori seperti cerpen, karikatur, tazkirah, komik pendek dan sebagainya.

2. Sekiranya cerpen, atau yang sewaktu dengannya, hendaklah tidak melebihi 2 mukasurat dengan saiz font 12 (Times News Roman)

3. Sekiranya berbentuk lukisan seperti kartun, hendaklah dilukis jelas, terang dan nyata menggunakan pen berdakwat HITAM

4. Karya anda diterima selagi ianya KREATIF, BERFAEDAH, dan TIDAK MENYENTUH SENSITIVITI mana-mana pihak.

5. Karya anda juga hendaklah ORIGINAL.

6. Sekiranya bilangan karya yang diterima melebihi kapasiti yang ditetapkan, pihak kami akan memilih karya-karya bertuah untuk dimuatkan ke dalam majalah, selebihnya akan disiarkan di dalam blog batch.

7. Sila hantarkan karya anda kepada :

Juga boleh dihantar di sini: Document

Selewat-lewatnya pada 18 Mei ini berserta Nama dan No. Telefon anda.

Penglibatan anda amat kami hargai. Rebutlah peluang keemasan ini untuk menyampaikan agama Allah!

Nota kaki: Boleh dihantar dalam bentuk softcopy ataupun hardcopy

Selamat berkarya!

Schedule : Module 4 Revision Class




Anatomy revision 
[Tuesday 10/4/2012]
From 4-6 p.m 
In Lecture hall  4
Group A,B and C

Anatomy revision 
[Thursday 12/4/2012 ]
From 9-11 a.m 
In Lecture hall  5
Group A,B and C
we love revision class :)

CS League : Hidup Ini Perjuangan

14 Mac, Sezostress - Satu pertandingan 'Counter Strike' telah dianjurkan oleh Unit Penerbitan dan Penerangan (UPP) 11/17 bertempat di tingkat 3 Asrama MARA. 


Pertandingan tersebut bermula pada pukul 9.00 malam. Pertandingan yang julung kali diadakan tersebut mendapat sambutan hangat pelajar-pelajar ikhwah. Sebanyak 6 skuad telah yang terdiri daripada 5 orang anggota menggalas tugas tersebut dengan jayanya. 

Pertandingan tersebut dianjurkan bertujuan mempamerkan kekuatan skuad masing-masing yang dibina atas kerjasama dan taktikal yang berjaya. Jelas sekali, ia mewujudkan satu kefahaman yang jitu antara anggota skuad. Ia juga memperkukuh ukhuwah sesama peserta, penonton dan juga pihak penganjur. 

Pertandingan tersebut bermula dengan peringkat kumpulan, seterusnya separuh akhir dan akhir. Pertembungan epik di peringkat akhir adalah antara skuad yang diterajui oleh Hariz Kamaruddin dan skuad Ashraf Jay yang akhirnya memihak kepada skuad Hariz Kamaruddin. 


Hidup itu perjuangan... 

Sesungguhnya hidup itu perjuangan. Bukan setakat di medan maya yang hanya simbolik dan untuk mendapat keseronokan. Bahkan, bermulanya perjuangan kita semenjak lahirnya kita ke dunia dan 'time limit'nya hanya apabila kita meninggalkan dunia ini. Kita perlu jelas dengan hakikat perjuangan ini. Bukan berpanjikan label 'counter-terrorist' mahupun 'terrorist' tetapi berlabelkan seorang muslim berperisaikan iman bersenjatakan ilmu. 

Dan medan perjuangan kita luas, bukan sekadar kawasan tertutup yang terhad tetapi 'real life'. Tiada lagi butang 'restart', tidak bermakna istilah 'cheat' dan lain-lain. Perjuangan ini melibatkan kita semata, dengan apa yang dikurniakan Allah iaitu nikmatnya, dan kelebihan-kelebihan tertentu masing-masing. Oleh itu, fikirkanlah! Bagaimanakah perjalanan 'game' kehidupan kita? 

Adakan bertepatan dengan 'aim'nya ataupun tidak...?

Forum : Supermen vs. Superwomen


Sezostrees, 19 Mac 2012 - Bertempat di Tingkat 3 Bangunan MARA telah berlangsungnya forum perdana yang bertajuk XX vs. XY.  Melihat situasi remaja zaman sekarang yang sangat membimbangkan pihak unit Pembangunan Insan Batch dibantu PERUBATAN Cawangan Iskandariah telah mengambil keputusan untuk membincangkan perihal aurat dan ikhtilat pada program LIFE kali ke-4. Alhamdulillah, berkat usaha yang berterusan AJKT program dan yang paling penting redha daripada Allah, program ini mendapat sambutan hangat daripada ahli batch tahun 1 11/12.


Sekitar jam 6.00 p.m Asrama MARA sudah mula dibanjiri peserta program yang tidak sabar menanti program bermula.  Tepat pada pukul 7.00 malam, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Omar Nuruddin bin Zakaria. Majlis ini telah dipengerusikan oleh saudara Mohammad Syafiq bin Ramli. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan ketua Batch Tahun 1 11/12 , Amar Sofwan bin Mohamad Shiham. Saudara Amar sempat  berpesan kepada para peserta dengan menyertakan dua buah hadis.





Majlis diteruskan dengan acara yang dinanti-nantikan oleh semua peserta iaitu forum perdana. Forum ini membentangkan kertas kerja yang bertajuk aurat dan ikhtilat yang telah disediakan oleh Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohd Fadzil. Antara ahli panel yang terlibat dalam forum ini ialah Dr. Farhan bin Mahmud, Ustazah Nurul Bazilah binti Hussin dan Dr. Nor Saadah binti Zaini manakala moderatornya pula adalah saudara Shawal Izwan Danial bin Syawaluddin. Pelbagai perkara yang dibincangkan oleh ahli panel antaranya tuntutan menutup aurat, batasan aurat lelaki dan perempuan, pemakaian dalam Islam dan pergaulan.



       Selesai forum, majlis disambung dengan sesi soal jawab antara peserta dengan ahli panel. Majlis kali ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada ahli panel dan jamuan ringan. Semoga program ini bermanfaat kepada semua peserta dan ilmu  yang diperoleh daripada program ini dapat dipraktikkan serta disebarkan. Diharapkan juga program ini berjaya mencapai tujuan pelaksanaannya. 

Emergency First Aid Course for Malaysians

This is regarding the "Emergency 1st aid course specialized for Malysians" which is gonna be held in Alexandria University.

Organizer : International Center for Cultural Services
Address : 8 el ghorfaa el togareyah street ,org morad el togary ,giza (floor 12,office 11)

At the end of the course the student will be able to :

1. Make CPR

2. Deal with most common emergencies like ( poisonong - health hazards like snakestings and scrpion stings,sun stroke,burning,bleeding,electric shock )

3. Give all types of injections and make cannulation and measure vital signs

4. Do stitches

5. Make afracture cast and bandage

The topics included in the course:

1) CPR : ( 2 and half hours lecture ) details :

-Illustration about how to deal with emergency case
-Personal characters of first aider
-Illustration to hoe to do CPR
** practical : each student will practice CPR indvidually on a human model

2) Selective emergencies : ( 2 and half hours lecture ) details :

-include diffrent types of the most common emergencies that may face us in life like ( poisonong - health hazards like snake stings and scrpion stings - sun stroke - burning - bleeding -electric shock )
** no practical in this lecture

3) Injections,cannulation and vital signs ( 2 and half hours lecture ) details :
-Illustration to all types of injections ( intra musclar -intra venous - intra dermal )
-Illustration on how to measure vital signs
* doctor will explain on volunteers who to make acannula
* practical : students will be divided in very small groups and doctor will make cannula in front of each group
all students will practice other types of injections on models

4) Stitches : ( 3 hours lecture ) details :

 -Illustration to types of stitches - threads - and how to do stitches on data show
*practical : students will be divided in very small groups then the doctor will explain practically on models
types of stitches then every group will have amodel to practice on it

5) Fracture : ( 2 and half hour lecture ) details :
*Illustration on how to deal with fracture emergency
*Practical doctor will show all students who to make bands and casts on a volunteer

Course is fully supplied with equipments the students will need for practical like :

1- For CPR a human model to practice CPR on it.
2- Injections equipments for ( IM - IV - intradermal ) plastic ball models for ( IM and Intra dermal ) human arm model for cannulation and intravenous injection
3 - Stethoscope and Sphygmomanometer for measuring vital signs
4- All stitches equipments like : leather models to stitche on and needle holders and needles and stitching threads
5- For fractures we supply bandages and casts time lines suggested for the course

The course will be for 4 Fridays.So it will be going for four weeks:

Starting by first friday in April ( 6 / 4 / 2012 )- 2 lectures
Friday ( 13 / 4 / 2012 ) – 1 lecture
Friday ( 20 / 4 /2012 ) – 1 lecture
Friday ( 27 / 4 / 2012 ) – 1 lecture

For registeration we need these items from each student :

1 . full name of the student
2 . phone number
3. 150 L.E ( cost of the course )
4 . copy of the passport
5. copy of the carnet of the college
6. two personal photos ( small photos like those of the passport )

This is the link for the event of the course : http://www.facebook.com/events/406049916087677/?ref=ts

This course is specialized for malysians.No egyptians are allowed to it and all lectures will be in English.The same course has been held at Cairo University and it was agreat success

-Eman alashkar-4th year student of Kasr el einy medical school,Cairo University


Majlis Ramah Mesra Bersama Kerajaan Negeri Kelantan



Dato Hj Ahmad bin Yaakob
10 MAC, Iskandariah - Delegasi yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Dato Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato Hj Ahmad Bin Yaakob  tiba tepat pada pukul 3 petang untuk bersama-sama dalam majlis ramah mesra anak-anak Kelantan yang menuntut di Iskandariah. Lawatan rasmi selama tiga hari ke Mesir dimulai di Kaherah dan berakhir di Iskandariah.

     Lawatan ini juga disertai Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, YB Dato Hj Mohd Amar Nik Abdullah, Pengarah Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN), Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), Pegawai Kewangan negeri dan lain-lain. Anak-anak Kelantan yang terdiri daripada Pelajar Sains Kesihatan dan Aliran Islam tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama dalam majlis  ini termasuklah pelajar-pelajar tahun satu.

      Lawatan kerja ini antara lain untuk memantau keadaan penuntut Kelantan yang berada di Mesir serta meninjau persiapan perasmian Wisma Sultan Muhammad Ke IV di Kaherah. Dalam ucapan YAB Dato Timbalan Menteri, beliau menyeru agar anak-anak Kelantan dapat menyesuaikan diri sebaik-baiknya di negara orang dan sentiasa cakna tentang isu-isu yang timbul di tanah air. Beliau juga menyentuh hal-hal semasa yang sedang berlaku di Malaysia.

     Seusai ucapan YAB Dato Ahmad Yaakob, majlis diteruskan dengan sesi soal jawab. Para Pelajar  mengambil  peluang ini untuk bertanya kepada delegasi tentang isu-isu yang berkaitan dengan mereka khususnya dan global amnya. Antara isu-isu yang dibangkitkan ialah soal zakat dan bantuan pelajaran. Selain itu, isu fail dan pemusatan pusat pengajian Universiti Al Azhar turut dibangkitkan.


     Setelah sesi soal  jawab selesai ,maka majlis ramah mesra berakhir. Para hadirin dan delegasi bergambar sebagai tanda kenangan dan ingatan .

Delegasi bersama para mahasiswa dan mahasiswi.

Oleh AND 

Winter Roadshow: 3D Doctors







Assalamualaikum w.b.t  dan Salam Imtihan




PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH
EXAM FEVER CAMPAIGN

Mempersembahkan
"Motivational Talk : 3D Doctors" & "Majlis Apresiasi Graduan"
Tarikh : 8 Februari 2012 (Rabu)
Masa : 6.15 pm
Tempat : Masrah Iskandariah
1) Motivational Talk : 3D Doctors

"Sharing Moments with Dr. Harmy Yusoff "

Apa itu 3D Doctors?

3D Doctors (Doktor Tiga Dimensi). 

✔ Gambaran kehidupan sebagai seorang doktor dari segala dimensi dan segenap aspek. 
✔ Pendedahan menyeluruh mengenai seluruh aspek kehidupan sebagai seorang doktor (kehidupan bekerjaya, bekeluarga, bepersatuan dll) 
✔ Arah tuju kerjaya seorang doktor (mahasiswa-->housemanship-->medical officer-->specialist)
✔ Cabaran dan realiti sebenar kehidupan seorang doktor.

Ingin menyelami erti maksud kehidupan doktor yang sebenar?
Ingin mengetahui bagaimana mampu menjadi seorang doktor yang kompeten dan berjaya?
Segala persoalan bakal terjawab.  


2) Majlis Apresiasi Graduan 2012

✔  Meraikan kejayaan graduan mahasiswa Malaysia Universiti Iskandariah (batch 2005-2011)
✔ Slot khas 'Sharing Moments' dan Sesi Soal Jawab bersama graduan Iskandariah.


-MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN MAJLIS ILMU INI-

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.