Stanza Mahabbah

We are Family :)

Showing posts with label Karya Kreatif. Show all posts
Showing posts with label Karya Kreatif. Show all posts

Cerpen : Dari Puncak Ingin ke Angkasa ( Part 4 - Akhir)


Nafas di tarik dalam dan panjang. Lalu dihembus lemah. Terselit sedikit rasa kecewa dipenghujung nafasnya.

“Aku sebenarnya nak jadi ustaz bukan doktor.” Cetus Bahar dengan nada yang cukup mendatar. Terkejut – terdiam. Awang jadi berfikir sejenak. Sudah agak terlambat kalau sekarang baru mahu berpatah balik untuk masuk ke bidang pengajian Islam. Lagi pun, apa yang difahami, ilmu perubatan tidak jauh dari  agama.

“Bahar, kedudukan ilmu perubatan disisi Islam sangat tinggi… bahkan Imam Syafie pun mengakui kepentingan ilmu perubatan.”

“Kau masih boleh jadi ustaz. Semua orang berpeluang mendalami ilmu agama. Tak semestinya kena jadi pelajar pengajian dulu baru boleh sampaikan agama.”

“Apa pun ana nak tanya anta. Sebab apa sebenarnya anta nak jadi ustaz?”

“Nak bimbing masyarakat. Bila ada ilmu agama, kita tahu halal haram dan  kita boleh bawa orang ke jalan yang benar.”

“Doktor pun ada potensi tu…  tapi dengan syarat kena belajar juga la. Ana akui,pelajar medic ilmu agama dia biasa-biasa je sebab kita tak betul-betul mendalami ilmu agama.”

“Ana tertarik hari tu… dengan kelas Madrasah Alquran dan Sains yang Khairul Anuar sampaikan. Dia bagi satu ayat, sampai sekarang ana masih terfikir.”

“ayat 41: 53. Surah Fusshilat, ayat 53. Menarik ayat tu.” Bahar mengangguk berkali-kali. Dia juga hadir kelas tersebut.

“Dengan integrasi Sains dan Quran, kita lebih memahami Islam. Kita biasa dengar kehebatan Allah melalui ceramah-ceramah agama tetapi dengan sains perkara itu kita nampak jelas. Apabila belajar Anatomy, Physiology, Histology, sebutlah apa saja… semuanya kalau kita pandang dengan mata hati… tambah iman beb. Haha…”, Awang berusaha menerangkan dengan bersungguh-sungguh. Apa yang dialami Bahar, pernah dia alami juga sebelum ini tetapi mujurlah dia telah pun menemukan reason yang kukuh untuk terus berada dalam jalan perubatan ini.

Betapa berjayanya musuh-musuh islam menerapkan sekularisma sehinggakan orang yang belajar agama sekalipun kadangkala ada yang terjerat. Memisahkan sains dari agama. Seolah ilmu sains bercanggah habis dengan alquran. Satu perkara yang perlu dipegang ialah AlQuran adalah benar. Dan sains akan menepati apa yang Al-Quran nyatakan. Jika bercanggah, bermakna ilmu sains yang manusia miliki sebenarnya masih belum dapat membuktikan apa yang dikatakan alquran. Al-Quran mendahului ilmu sains manusia.

“Jangan mengalah Bahar. Semua kekeliruan ini sebenarnya mahu mengajak kita melihat kembali tujuan kita berada di dalam bidang ini.  Ana  masih ingat lagi pesanan anta dulu. Tahun lepas.” Bahar hanya diam mendengar. Agaknya dia sedang memikirkan kata-kata kawannya.

“Kalau ada keberkatan dalam hidup ini, insya Allah segalanya beres. Hati pun sentiasa tenang”, pesanan Bahar  di ulangnya kembali. Bahar tersenyum kelat.
“Cuba enta cari keberkatan dalam bidang perubatan ini. Hehe.” Ujar Awang seolah menyindir temannya.
“Betapa berkatnya hidup kita, bila orang miskin, orang susah dapat kesihatan yang baik sebab rawatan, sebab nasihat kesihatan yang kita berikan.” Bahar masih berdiam diri. Dia hanya mampu tersengih.
“Haa… main-main la dengan Awang. Dan dah kena ceramah tu. Percayalah, dalam batch kita, ramai lagi yang mempunyai minat selain ilmu perubatan. Tapi diorang stay je dengan medic.”

“Kita masih lagi ada dua kertas. Forensic dan Ophthalmology. Keputusan kita selalunya biasa-biasakan. Cukup makan je kata orang. Nak dapat anugerah International Undergraduate Medical Program pun lambat lagi la kan? ”

“Jom, kita menyerlah jauh dari yang biasa… .”. Awang kelihatan bersemangat sekali.
“Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi, segalanya kan pasti terbukti nanti”

“Kita semua mesti berjuang… To Be a Great Doctor- ada gema rasanya bila sebut perkataan ni”




***

Hampir sejam lebih,  mereka makan dan berbual-bual di Restoran Taverna. Dalam perjalanan menuju kedai Jus buah-buahan mereka terserempak kakak Awang berdekatan Mahattah Raml. Dia dalam perjalanan balik ke asrama bersama kawan-kawannya. Mushrif kelihatan ada di depan.

“Macam mana exam, ok ke?” Hajar Nasuha bertanya perihal adiknya, Awang.
“Okay. Alhamdulillah. Miyah miyah insyallah. Optimis.” Awang menjawab ceria.

“Dari mana ni? Datang tafaquh tak malam ni ?”

“Dari puncak ingin ke angkasa… haha. Mesti la kami pergi tafaquh Kak Hajar. Itu kan sumber pengisian agama mingguan yang kita ada kat sini.”

“Kami nak jadi doktor ustaz kak Hajar. Doktor ummah.” Hajar Nasuha tergelak kecil melihat gelagat adiknya. Nakal orangnya.

Tiba-tiba telefon bimbit berdering dari kocek seluar. Awang mengangkat panggilan telefon.

“Assalamualaikum, ya ada apa Zainuddin ? ”

“Waalaikumussalam. Ya Awang. Ni… Anta free tak hari rabu ni? Selepas exam Forensic. Ana nak ajak pergi Zaqazig.”

“Zaqazig? Jauh tu. Macam free lagi. Ada apa kat Zaqazig?”

“Ada urusan penting sikit. Tolong temankan ana boleh?”

“Hmm… boleh kot.”

-Tamat-
Awang Hassan
15 Jamadil Awwal 1436H
6 Mac 2015
Iskandariah,Mesir.




Cerpen : Dari Puncak Ingin ke Angkasa (Part 3)

  
“Eh, buat apa korang kumpul dan tulis semula soalan-soalan exam tadi tu? Kan dah lepas exam tu.” Baihaqy bertanya serius. Imran mengangkat dua keningnya. Double jerk.

“Begini Bai… Prof Dr. Muhaya ada pesan dalam buku dia, How To Become a Good and Successful Medical Student.” Imran pula bernada serius untuk berkongsi sesuatu. Baihaqy, Safwan dan Awang kelihatan ternanti-nanti untuk mendengar kata-kata seterusnya. Sambil menanti makanan tengahhari siap, mereka cuba berbincang tentang soalan peperiksaan tadi.

“Prof kata, kita kena buat analysis of incorrect answers. Kita kena kenalpasti bentuk apa soalan yang kita jawab salah tu dan kita kena tulis sebab kenapa kita salah jawab soalan tu. Contohnya, tersalah faham ayat atau kita tak pernah baca pun part tu. Supaya apa… ? ” Bahasa rojak sememangnya tidak dapat dipisahkan oleh pelajar perubatan. Mesti ada sahaja kalimah bahasa Inggeris di dalam perbualan harian mereka. Sengaja Imran meninggalkan persoalan di akhir perkongsiannya itu agar teman-temannya mengikuti perbualan itu secara aktif. Orang kata, kalau bercakap dalam kumpulan, jangan hanya kita yang bercakap. Rangsanglah ahli kumpulan kita untuk memberi pandangan dan idea mereka juga.

“Supaya kita ingat our mistake and we will learn something very precious from the mistake.” Safwan segera memberi respon. Dia juga tidak mahu ketinggalan dalam perbualan tengahhari itu. Imran menggangguk-ngangguk mendengar jawapan Safwan.

“Betul juga tu. Our mistakes are part of our experiences. Betul ke? Haha”, Awang menambah selamba.

***

Selepas tafaquh ‘Qawanin Baitul Muslim di Sutuh Asrama MARA pada malam itu, terus Awang mengajak teman baiknya Bahar untuk ke Restoran Taverna.  Ketika ditahun tiga dahulu, Bahar lah yang banyak membantu tetapi sekarang Bahar seperti kurang bermotivasi. Ada masalah yang tidak mahu dikongsikan dengan Awang. Tetapi, teman yang rapat boleh membaca keadaan temannya melalui perlakuan dan gaya percakapan walaupun cuba disembunyikan.

“Bahar,  okey tak exam tadi?”

“Ntah la. Macam tak lulus je rasanya. Tak mampu nak jawab soalan dari doktor. Doktor tanya ana what are diagnostic criteria of Chronic Myeloid Leukemia patient? Ternganga la jawabnya. ”

“Tenang… Biasa lah tu. Mungkin expectation kita pada exam sebelum ni rendah sangat. Sampaikan kita berusaha dan target pun rendah je.”

“Lau samah. Antum a’iz eh?(Maafkan saya, apa yang kalian mahu makan?)”,seorang lelaki arab  pelayan restoran datang mengambil pesanan makanan. Senyuman di ukir pada wajahnya.

“Ana a’iz basmati rubu’ firakh.(Saya nak nasi basmati dengan suku ayam bakar) Anta nak makan apa Bahar? Cakap je, ana belanja malam ni.”

“Ana a’iz basmati thowuk.(Saya nak nasi basmati dengan ayam thowuk)”, Lelaki arab itu menggangguk-ngangguk sambil menulis pesanan pelanggan. Dia mengucapkan terima kasih lalu berlalu pergi.

“Jom kita sambung balik apa yang kita sembang tadi. Begini, ada seorang motivater dalam satu klip video, dia cakap macam ni…” Awang menelan liur. Riak wajahnya bersungguh-sungguh sambil tangan kiri sudah terangkat membuat gaya seorang pemidato yang cuba memukau khalayak pendengar.

“ I found that… most people fail in live not because they aim too high. Most people fail in live because they did just like I did for so many years.  They aim too low and  they  didn’t believe themselves.

“Kita kena percaya pada kebolehan diri kita.” Kata-kata Awang mati disitu sahaja apabila melihat Bahar hanya mencebikkan mulutnya.

“Tak, bukan sebab ana tak percaya pada kebolehan diri. Tapi sebenarnya, ana rasa macam hilang minat la nak jadi doktor.” Terluah jua akhirnya apa yang membelenggu jiwanya selama beberapa bulan ini.

“Ingat lagi tahun lepas?” Mata  Awang berkelip beberapa kali. Terkejut. Tak sangka. Rupanya masih banyak yang dia tidak tahu tentang sahabat baiknya itu.

“Masa anta cakap kat ana; “Ada gaya macam ustaz la kau ni. Kenapa selepas SPM dulu kau tak ambil ustaz je, Bahar ? Ambil Usuluddin ke atau Syariah Islamiah ke ?

Bersambung….




Cerpen : Dari Puncak Ingin ke Angkasa (Part 2)

Kertas nota Chest Pain di tangan kanannya dilupakan seketika. Tramco terus bergerak menuju ke arah Mansyiah. Fikirannya teringat pada suatu peristiwa yang masih segar dalam ingatannya. Peristiwa yang masih menjadi persoalan hidupnya. Dia terus membiarkan diri terbenam dalam samudera memori lalu buat seketika.

Awang berada di barisan paling akhir, sebelah kanan dewan. Pada malam itu dia mengenakan baju sejuk hitam kuning kegemarannya.  Di pentas dewan, seorang penceramah jemputan dalam Kursus Asas Kepimpinan sedang bersemangat memberi pidato di hadapan puluhan Ahli JawatanKuasa Badan Dakwah sekolahnya. Penceramah yang masih lagi muda itu merupakan seorang mudir sekolah agama rakyat di negeri Serambi Mekkah. Awang tekun mendengar sambil menyalin kata-kata yang dirasakan mutiara-mutiara yang bernilai harganya. Tiba-tiba penceramah menuding jari telunjuk ke  arahnya.

“Ya, kamu yang berbaju sejuk hitam kuning tu. Dengar ni, saya nak kata…”

“Nanti, apabila habis alam sekolah menengah… kamu pergilah menuntut dengan Tok-Tok Guru besar. Belajar kitab-kitab besar…”, Kata-katanya  bagaikan  masih terngiang-ngiang pada cuping telinga.

‘Kenapa lah ya agaknya… ustaz tu cakap macam tu? Ke sebab dia saja-saja nak buat contoh kat orang lain? Mungkin itu teknik dia untuk menarik perhatian pendengar pidatonya kot? Mungkin lah kan. Sapa tahu… Atau sebenarnya ada potensi besar yang belum aku bongkarkan dari hidup aku? Potensi apa? Aku ni pelajar perubatan. Bilalah ada masa nak jumpa Tok-Tok Guru besar.’ Awang membebel seorang diri. Tramco berhenti berdekatan Masjid Ibrahim, lalu Awang terus turun dan menuju ke dewan peperiksaan. Dewan kuliah Satu, Pusat Konvensyen Universiti Iskandariah.
                                                                                                            ***
Sebelum melangkah masuk ke dewan kuliah satu, Awang membaca basmalah dan selawat. Lalu dia membisikkan pada dirinya;

“I want to be a great doctor!” Matanya dipejam rapat. Tangan kirinya menggenggam penumbuk dan di angkat penuh bersemangat. Kalimah yang menggambarkan impiannya cuba diserap masuk ke segenap anggota tubuhnya.

“It’s possible. It’s possible. It’s possible.  Yes, I can do this!” Dia mengulang-ulang kalimah motivasi yang di pinjamnya dari video Great Motivational Speech For Succes, I Can Do It.

***

“Okay students. Now, time to put down your pens. And we will start collecting your papers sheet”, Peperiksaan End of Round Internal Medicine tahun empat akhirnya tamat. Usai menyerahkan kertas jawapan MCQ, Awang tertunduk rapat ke mejanya. Bertawakkal sesudah berusaha. Lantas berdoa dengan penuh kerendahan hati. Ya, manusia selalu begini. Apabila menghadapi kesukaran dan kesusahan dalam kehidupan, barulah mahu ingat pada Sang Pencipta. Kerana sebenarnya manusia mengerti bahawa tiada yang lebih berkuasa melainkan DIA tetapi ramai manusia sombong untuk mengakui kelemahan mereka.

‘Ya Allah, permudahkanlah urusan kami di dunia mahupun akhirat.’
‘Ya Allah, kurniakanlah kejayaan kepada kami…. Di dunia dan di akhirat.’
‘Wa sollahu ‘alaihi wasallam. Walhamdulillahi rabbil ‘alamin. Aameen’

Awang mengusap telapak tangan ke wajahnya. Perjuangan belum berakhir. Langkah pejuang mesti diteruskan. Esok peperiksaan klinikal Internal Medicine pula bakal dihadapinya. Awang menyusun langkah menuruti teman-teman yang lain ke Kafe Seri Putra di Bangunan Asrama Mara.

Bersambung …


Cerpen : Dari Puncak Ingin ke Angkasa (Part 1)


Awang membuka computer riba disebelahnya. Buku kuliah Internal Medicine ditutup seketika. Jemarinya berlari-lari di atas papan kekunci computer riba kesayangannya.

“Awang, tulis apa tu kat laptop, bukan ke sekarang ni fatrah imtihan ke? ” Farouq bertanya jujur.
“Nak bagi reward sikit kat diri sendiri.” Selamba sahaja jawapan Awang.

“Reward apanya ni? Exam kan baru nak mula. Result  pun lagi lah tak tahu bila akan keluar. Reward untuk apa ni?”

“Ni kat mana dapat ilmu reward ni?” Farouq masih kehairanan dengan jawapan Awang. Persoalan terus berlegar di ruang fikiran.

“La… kan baru semalam kita dengar Abang Hisyam Yusoff bagi Talk. Kat sutuh MARA. Takkan dah tak ingat kot?”

“Abang Hisyam pesan, kita kena kenalpasti perkara yang mengganggu pelajaran kita. Lepas dah kenalpasti tu, jadikan ia sebagai reward atau ganjaran untuk kita selepas kita dah study. Faham?”

“Contoh macam ni la mudah, Farouq habis baca tiga tajuk dalam buku internal medicine ni pastu bagilah ganjaran kepada diri seperti makan makanan kegemaran kita kea tau buat apa yang kita suka buat.” Panjang lebar pula Awang menerangkan sistem ganjaran dalam menelaah pelajaran kepada teman serumahnya.

“Ooo… gitu. Kiranya kalau Awang ni, reward selepas dah baca buku ialah menulis la kan?” Farouq mengiya-iyakan sesuatu. Kepalanya  mengangguk-ngangguk perlahan.

“Tepat sekali. Bagus anta ni Farouq. Mudah faham. Patut la ambil perubatan.” Awang tergelak kecil. Gembira dapat menyakat temannya. Ya, dalam musim menghadapi peperiksaan kita bukan hanya tidak boleh stress, malah menurut Abang Hisyam, kita juga jangan stress kan orang lain. Bahkan, cubalah berusaha untuk mengukir seulas senyuman di wajah teman-teman kita. Menelaah dalam keadaan gembira tentu kualitinya lebih baik dari belajar dengan tekanan.

“Ish, anta ni Awang. Ada-ada saja nak mengusik ana. Anta nak Nescafe panas? Ana nak buatkan.”
“Wah bagus betul ahli rumah ana ni. Boleh… buatkan Nescafe yang terbaik punya ya. ” Awang begitu riang sekali.

Waktu rehat yang diperuntukkan untuk memberi reward kepada diri tidaklah terlalu lama. Sekadar lima hingga 10 minit cukuplah. Perkara ini sangat penting untuk memastikan momentum seseorang dalam menelaah pelajaran. Kalau tiada rehat, kita akan senang untuk terhenti ditengah jalan kerana kepenatan.

“Hait!” Farouq meniru gaya orang Jepun menerima arahan.

“Arigato gozaimasu!” Awang pun tak mahu mengalah. Dia juga mahu berbahasa Jepun.


Bersambung…

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.