Stanza Mahabbah

We are Family :)

Showing posts with label Rakan Huffaz. Show all posts
Showing posts with label Rakan Huffaz. Show all posts

SM Hajj



Montazah, 18 April 2014 – Program Ibadah Rakan Huffaz kembali lagi. Jika tahun lalu kita didedahkan dengan amali ibadah sembelihan. Tahun ini pula Rakan Huffaz mengadakan program “SM Hajj” iaitu ibadah rukun islam yang ke lima iaitu ibadah haji. Program amali ibadah haji dan umrah ini diadakan pada hari Jumaat  di Taman Montazah, Iskandariah.

        Sekitar jam 11 pagi, ahli-ahli SM terutamanya akhawat mula tiba di pintu masuk utama taman Montazah dan disambut oleh ajk Rakan Huffaz. Para ikhwah dan ajk RH telah tiba lebih awal untuk membakar ayam dan menyusun atur kawasan program.  Kebanyakan ahli datang dengan menaiki kemudahan tramco kerana lebih mudah dan murah.  Taman Montazah turut dipenuhi oleh orang-orang arab tempatan yang datang beriadah dan berkelah. Tambahan pula musim bunga yang berkunjung tiba menambah keindahan  taman dengan bunga-bunga yang berwarna-warni.

       Alhamdulillah program kali ini turut mendapat sambutan oleh ahli SM. Walaupun ada beberapa orang yang tiba lewat kerana sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain, mereka tetap menghadirkan diri untuk memberikan sokongan dan meraikan program. Setelah diberikan taklimat oleh ajk RH tentang perjalanan program, para ikhwah mula bergerak ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Jumaat. Manakala akhawat diberi ruang untuk menunaikan solat Zohor berjemaah dan makan tengah hari. Kudapan yang disediakan ialah nasi goreng bersama ayam bakar yang dimasak oleh ajk-ajk RH sendiri. Pada pukul satu petang, giliran ikhwah pula untuk makan tengah hari sebaik sahaja mereka selesai menunaikan solat Jumaat.



       Slot yang pertama iaitu “Ada Apa Dengan Haji” bermula pada pukul  2.15 petang. Slot ini adalah penerangan teori yang berkaitan dengan haji dan juga umrah. Sesi ini disampaikan oleh Ustaz Najmi bin Yasak yang merupakan pelajar jurusan syariah Universiti Al-Azhar . Beliau sudah pun mempunyai pengalaman berada di tanah suci Mekah dan Madinah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah bersama keluarganya pada tahun lepas. Turut hadir bersama beliau dua ustazah yang juga merupakan pelajar Universiti Al-Azhar cawangan Mandaroh, Iskandariah. Sesi soalan dibuka kepada ahli SM yang mempunyai sebarang soalan atau kemusykilan sebelum diteruskan ke slot amali.

       Setelah satu jam, program diteruskan dengan sesi amali. Slot ini dinamakan “Perjalanan Haji Bermula”. Pada mulanya sesi praktikal ini dirancang untuk dilakukan secara berasingan ikhwah dan akhawat. Tetapi apabila tibanya waktu petang, kawasan  taman semakin dipenuhi pengunjung menyebabkan kekurangan ruang. Oleh itu, praktikal haji ini dilakukan oleh seorang pelajar ikhwah dan disaksikan oleh ikhwah akhawat yang lain. Sesi amali ini turut menunjukkan contoh cara pemakaian ihram bagi lelaki.



       Seterusnya, sebaik sahaja selesai melakukan praktikal haji, ahli-ahli SM bergerak ke masjid untuk menunaikan solat Asar dan berehat selama satu jam setengah. Masing-masing mengisi masa yang terluang dengan bergambar dan makan. Angin laut Mediterranean yang nyaman sungguh menenangkan terutamanya  pada waktu petang. Badan yang letih terasa segar walaupun program bermula sejak dari tengah hari lagi yang mana cahaya matahari agak terik ketika itu sehinggalah pada waktu petang.

       Program diteruskan dengan penyampaian hadiah penghargaan kepada ustaz dan ustazah tanda terima kasih atas perkongsian  mereka. SM Hajj diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama semua ahli SM yang hadir sebagai kenangan. Semoga semua yang hadir mendapat ilmu dan manfaat sebaiknya daripada program yang diadakan.


[آل عمران: 97] وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
Maksudnya : "Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam". Al Imran: 97.
      
    InsyaAllah moga kita semua mendapat peluang dan rezeki untuk melakukan ibadah haji di kota suci Mekah, sekurang-kurangnya sekali. Sesungguhnya menjadi pelajar perubatan bukanlah  menjadi alasan untuk kita bermalas-malasan atau mengelak daripada mempelajari ilmu agama dan cara-cara beribadah yang betul. Segala peluang yang ada seharusnya direbut untuk dipraktikkan dalam kehidupan sebagai seorang muslim.










SMARTies~ Stanza Mahabbah Akhawat Reviving Ties

SMARTies     

 


ASRAMA MARA, 11 JANUARI 2014 – Program pertama Rakan Huffaz pada semester ini telah berjaya diadakan bersama akhawat Stanza Mahabbah di asrama MARA pada 11 Januari 2014 bersamaan 9 Rabiul Awwal 1435. Program kali ini dinamakan SMARTies yang bermaksud ‘Stanza Mahabbah Akhwat Reviving Ties’. Matlamat program ini adalah untuk memperkukuhkan ukhuwah sesama akhawat disamping menerapkan ilmu Al-Quran.

Kehadiran ahli bermula dari jam 6 petang sehingga masuknya waktu solat Isya’. Alhamdulillah kehadiran ahli pada malam program sangat menggalakkan dan lebih daripada yang dijangkakan oleh pihak penganjur. Majlis dimulakan dengan solat Isya’ berjemaah di sutuh asrama MARA. Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan Al-Mulk beramai-ramai. Sebelum menjamu selera, sebuah video selingan mengenai kepentingan mempelajari dan menghayati Al-Quran telah ditayangkan. 


Solat Isyak berjemaah

Menu utamanya ialah nasi goreng dan ayam BBQ yang mana disediakan oleh pihak penganjur, manakala hidangan-hidangan yang lain seperti buah-buahan, air, salad dan pencuci mulut dibawa oleh kumpulan-kumpulan halaqah. Sebaik sahaja selesai makan malam, Timbalan Ketua Rakan Huffaz, Nik Rabiatuttayyibiyyah binti Nik Mohd Yusoff, tampil menyampaikan ucapan dan harapannya dalam kelancaran dan keberkatan program Rakan Huffaz yang sedang dan bakal diadakan.

Buah oren disusun rapat seperti rapatnya ukhuwah antara ahli~ :)
Aktiviti dan permainan pada malam itu telah disusun rapi oleh AJK Rakan Huffaz. Permainan yang pertama berkaitan tentang hukum-hukum tajwid yang terdapat dalam surat An-Nazi’at manakala permainan yang kedua menguji ingatan para ahli dalam menghafal beberapa potong ayat dalam surat tersebut. Sebelum permainan yang berikutnya, majlis terpaksa bertukar tempat ke bilik 2 aras 4 asrama MARA kerana hujan. Permainan seterusnya dinamakan ‘don quizzate’ yang mana segalanya berkaitan dengan Rasulullah SAW. Dan yang terakhir adalah “Kotak Musik Tazkirah”. Kumpulan halaqah yang terpilih akan diberi masa 3 minit untuk memberi tazkirah ringkas.

"Akhawat seperti tidak sabar untuk mendengar soalan dari pihak penganjur"

Akhir sekali, sebelum program tamat, telah diadakan acara penyampaian hadiah kepada tiga kumpulan halaqah yang berjaya mendapat markah yang tertinggi. Tempat ketiga dan kedua diberikan kepada kumpulan Balqis dan Aisyah, manakala johan program SMARTies yang mendapat piala pusingan adalah kumpulan Fatimah. Sekitar jam 9 malam majlis bersurai dan akhawat mula beransur pulang. Walaupun terdapat sedikit kesulitan dari segi cuaca, Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan meriah. 

Kumpulan Fatimah telah menjadi JUARA. Tahniah!!

Ikhwah Halaqah League - 11 Januari 2014 -


Ikhwah Halaqah League

Pada 11 Januari 2014, Rakan Huffaz(RH) telah menganjurkan satu program untuk ikhwah Stanza Mahabbah (SM) iaitu “Ikhwah Halaqah League”. Alhamdulillah, dengan semangat ukhuwwah yang tersemat di setiap hati ahli SM, program ini telah disertai oleh hampir semua para ikhwah SM iaitu seramai lebih 80 orang. Program ini merupakan satu program yang berbentuk perlawanan futsal secara liga antara halaqah tadarrus al-Quran yang bertempat di Kuliah Zira’ah, Iskandariah. Program ini juga dijadikan sebagai pembuka tirai program tadarrus al-Quran Rakan Huffaz untuk sesi 2013/2014.

Untuk pengetahuan, pengarah RH iaitu saudara Ahmad Baihaqy,  telah menamakan setiap halaqah tadarrus berdasarkan nama sahabat-sahabat rasulullah seperti Abu Ubaidah al-Jarrah, Umar al-Khattab, Usamah bin Zaid dan lain-lain. Hal ini kerana, pengarah RH ingin setiap ahli halaqah mencontohi dan mengamalkan sifat mahmudah yang ada dalam diri sahabat-sahabat rasulullah.

Program ini dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah. Setelah itu, semua ahli diminta untuk memanaskan badan dan bersiap sedia untuk bermain. Semua ahli SM juga diminta untuk berkumpul mengikut halaqah masing-masing yang secara keseluruhannya terdiri daripada 12 halaqah. Untuk pengetahuan liga kali ini telah menggunakan sistem “kalah mati” disebabkan masa yang tidak mencukupi.

"Semua nampak bersemangat!!"
Apabila wisel pertama dibunyikan maka bermulah perlawanan futsal secara rasminya. Satu persatu halaqah terkeluar dan akhirnya hanya tinggal dua halaqah yang layak ke peringkat akhir iaitu Halaqah Abu Bakar as-Siddiq dan Halaqah Saad b. Abi Waqqas. Dalam perlawanan akhir tersebut, kedua-dua kumpulan telah memberi tentangan yang sangat hebat di antara satu sama lain. Serangan demi serangan telah dilakukan oleh kedua-dua halaqah. Sorakan yang sangat hebat diberikan kepada kedua-dua halaqah. Sorak-menyorak dan laungan takbir yang padu telah menyemarakkan lagi suasana perlawanan tersebut. Hasil daripada usaha yang gigih dan taktik yang berkesan, halaqah Abu Bakar as-Siddiq telah memenangi pertandingan akhir ini dan berakhir dengan keputusan 4-2 sekaligus merangkul gelaran juara dalam pertandingan futsal untuk program kali ini.

Program diteruskan lagi dengan upacara penyampaian piala pusingan dan hamper kepada naqib halaqah Abu Bakar as-Siddiq iaitu saudara Syed Hamimi Firdaus. Setelah upacara pemberian piala dan hamper, maka tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh semua ikhwah iaitu jamuan makan. Setiap ahli halaqah dijamu dengan pizza dan pasta goreng yang dibuat sendiri oleh Team Memasak Nur Islam. Setelah usai jamuan, sedikit ucapan ringkas diberikan oleh pengarah RH. Sejurus selepas itu, acara bergambar bersama ahli halaqah telah diadakan sebagai tanda ingatan dan ukhwah yang tidak pernah padam di dalam diri setiap ahli SM. Program ini ditutup dengan doa.

"Piala pusingan yang telah dimenangi oleh halaqah Abu Bakar as-Siddiq"
Merujuk kepada hadis sahih riwayat Abu Daud, Rasulallah SAW bersabda, maksudnya, "Aku menjamin sebuah rumah di bawah Syurga bagi orang yang meninggalkan pertengkaran meskipun ia benar. Dan sebuah rumah di tengah Syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dalam gurauan. Dan sebuah rumah di Syurga tertinggi bagi orang yang berakhlak mulia”. Oleh itu, diharap program ini dapat menguatkan lagi tautan ukhwah dan dapat menanamkan nilai-nilai murni di setiap ahli SM supaya menjadi seorang yang berakhlak mulia dan tinggi darjatnya di sisi Allah SWT, insyaAllah.

"Sebahagian daripada ahli Team Memasak Nur Islam"

"jumpa lagi di liqa' yang akan datang! :) "

"Ni datang nak main ke atau datang bergambar ni :P"

"sedapnya makan :)"
"sedikit ucapan dari AJK Sukan dan Aktiviti Luar"


"Hebat!!'

Rakan Huffaz - "Al-Quran Huwal Hal"


Rakan Huffaz kini kembali lagi :)

Program Halaqah kini datang lagi dengan nafas baru...

Apa itu Al-Quran?
Belum lancar membaca Al-Quran?
Hukum Tajwid dan Makhraj?
Dan banyak lagi persoalan yang berlegar dalam benak fikiran anda?

Jangan malu, jangan segan..
Kami bersedia membantu anda(kami)..

Tadarus Al-Quran bersama Rakan Huffaz

"Al-Quran Huwal Hal"

*****

Berikut merupakan nama bagi halaqah Ikhwah :











*****

Berikut merupakan nama bagi halaqah Akhawat :












*****

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud : Daripada Ibnu Umar r.a berkata “Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.

Sebarang permasalahan ataupun pertanyaan boleh dirujuk kepada Rakan Huffaz.
Membangun Bersama Islam.

Qur’an – The Centripetal Force

Life has always been a mystery for me; it is an enigma perhaps no one can solve. But one thing that I’ve been able to discern from my life is that the Qur’an keeps your life in order. The longer and the further you go away from it, the greater the chance of your life going out of control. The Qur’an is that very centripetal force that prevents us from delving into total chaos.

And I say that out of experience. Time and time again, someone was trying to teach me a lesson; someone was telling me beware. And time and time again, I tried to keep my heart shut to any advice. I was warned several times, and I still ignored. I was told by my conscience to keep reading and understanding the Qur’an, but I was too busy to believe it was such a big priority.

Ever since my dad passed away, everything completely changed. All my relationships and friendships became superficial – or perhaps I became too cynical to call them any better. Trying to struggle in this world and fighting out your way all alone is something that supposedly makes hero. It made me a monster.

If there was anything that consoled me during my hardest of times, it was the Qur’an. It gave life to a despairing heart – literally. When I look back at how I managed to keep calm during the first few months after I lost my dad, I realize it was nothing more than my closeness to the Qur’an and understanding through it that this life is temporary.


But then this world overpowered me – I wanted to be successful and make lots of money so that I could keep my family happy – a family that had no son to do the job. I started pushing people away, becoming irritated at the slightest of disturbances. I thought being rude to people was justified given my predicament. It wasn’t. I left reading the Qur’an as I became too busy in my studies and other work. I started leaving my prayers for the first time in my life.

Reality set in when I realized how lonely I’d become. I had no one to rely on to. This paved the way for despair – there was a time when I asked Allah to just take my life, since I found nothing in this life worth living for. But I couldn’t die; I had done so many bad deeds that I had to make up for. Life soon became a torture, I cannot even explain to myself.

As I write this article, I see the Qur’an right next to me waiting for me to open it. How many times has Allah (swt) explained in the Qur’an that everything will perish, except His Majesty? How many times has Allah (swt) told us not to get too much attached to this world because it is a mirage that only disappoints you if you try to make it your final destination? How many times has Allah (swt) spoken directly to my heart and told me to come back to the friend who never leaves? What in the world would make me realize that the reason for my sadness is not the tragedy of life itself, but my abandonment of the Qur’an?

Because no matter how hard we try for the pursuit of happiness, the only thing that will give us so is its true source.

“Only in remembrance of Allah (swt) will your heart find peace.” (Qur’an 13:28)

Perhaps before falling in to despair, we should think if we have tried all doors. Because maybe, the only door we have not tried is the one that was there right in front of our eyes all the time.

The Walking Quran


“Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”

Kata-kata di atas merupakan petikan daripada khutbah terakhir Rasulullah S.A.W. Dan masih, ingatan baginda tetap pada umat-umatnya. Kasih yang tidak pernah luntur padam. Hatta sampai akhir nafas baginda sekalipun baginda masih mengenangkan umatnya.

Manual Kehidupan

”Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu dan telah Kusempurnakan nikmatKu kepadamu serta telah Kuridhai Islam sebagai agamamu” 
(Al-Maa’idah : 3)

Kerna cinta, baginda tinggalkan pedoman buat umat-umatnya sebagai panduan. Manual yang syumul sebagaimana luas cakupan Islam merangkumi seluruh aspek dalam belantara kehidupan. Sebagaimana pentingnya oksigen untuk seorang manusia, begitulah juga pentingnya Al-Quran dalam kehidupan manusia.
"If the earth needs the Sun for its light, then the heart should crave for light too, that is from the Quran." 

Tapi apakah kita benar-benar memahami instructions yang telah digariskan?

Analogi

 A man sees a woodcutter furiously trying to cut down a tree with an obviously dull saw. So he asks :

"Hey, why don't you stop for a minute and sharpen your saw? Your work would go much faster!."

The woodcutter replies :

"Stop and sharpen my saw? I don't have time for that! Look at all these trees I have to cut down!"

*****

Lihat diri kita.
Muhasabah.

Apakah wujud persamaan antara kita dan tukang kayu di atas?

Kita semua tahu betapa pentingnya Al-Quran yakni manifestasi kasih dan sayang Allah dan Rasulnya buat kita. Tetapi kenapa kita tidak berusaha memahaminya dengan baik? Kenapa kita tidak berusaha untuk membaca Al-Quran untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik?

Sibuk?
Banyak buku medic nak kena baca?


Jangan tipu diri sendiri.

Berapa ramai antara kita yang lebih halwa pada telinganya mendengar lagu-lagu memuja manusia; wanita misalannya ketika mengulangkaji nota-nota kuliah berbanding mendengar kalam suci Al-Quran. Tenang kata mereka. Sedangkan sudah Allah nyatakan dalam firmannya :

“..hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” [ ar-ra'd: 28 ]

Berapa ramai antara kita yang lebih seronok marathon movie anime dan sebagainya semasa cuti (hatta ketika study leave sekalipun) namun berbagai alasan diberi untuk membaca Al-Quran? 

Sampai bila kita masih terus mahu memotong pokok dengan gergaji yang tumpul?

Generasi Al-Quran

Iqra'.
Bacalah dengan nama TuhanMu yang menciptakan.

Baginda Rasulullah tidak meninggalkan harta yang banyak, bangunan yang tinggi dan tanah luas yang subur   kepada para sahabat. Malah baginda tidak meninggalkan mushaf Al-Quran buat para sahabat, tetapi Al-Quran itu Rasulullah tanam dalam hati para sahabat. Dibentuk  dan diacu mengikut acuan Al-Quran.

Manusia yang hidupnya selari dengan Al-Quran dan Sunnah akan merasakan betapa Al-Quran laksana payung besar yang melindungi mereka dalam banyak keadaan. Al-Quran itu merupakan Syifa' (penawar), Rahmat (rahmat), Nur (cahaya) dan  Hidayah (petunjuk) buat semua.

Sebagai penutup, hamba kongsikan video di bawah. Penerangan dan penjelasan yang baik daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang AL-Quran. The beauty of Quran.

Ayuh!
Be The Walking Quran.

InsyaAllah.




Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.