Stanza Mahabbah

We are Family :)

Showing posts with label Unit Sukan dan Aktiviti Luar. Show all posts
Showing posts with label Unit Sukan dan Aktiviti Luar. Show all posts

SMART : Jaulah Fayoum



               Gelaran Ardul Anbiyak buat bumi Mesir ini tidak asing lagi dalam kalangan penduduk di muka bumi ini. Hal ini kerana ianya kaya dengan tempat bersejarah dan tapak peninggalan zaman-zaman nabi terdahulu. Oleh itu, pada 4 Mac 2014, pihak OB batch SM telah menganjurkan satu program SMART untuk ahli-ahli SM iaitu jaulah ke Fayoum. Kota Fayoum ini terkenal dengan kawasan tanamannya yang subur dan padang pasir yang luas. Untuk program kali ini, ada 4 tempat menarik yang telah dilawati iaitu Tasik Qorun, Istana Qorun, air terjun Wadi el Rayyan dan kincir air Nabi Yusuf A.S.

      Objektif program ini diadakan adalah untuk melawat tempat-tempat bersejarah di Mesir dan untuk merapatkan ukhuwah di antara ahli-ahli SM. Bas lawatan dijangka bertolak pada dinihari seawal jam 5.30 pagi. Oleh itu semua ahli diminta untuk berkumpul di asrama MARA seawal yang mungkin agar tiada sebarang kesulitan berlaku. Perjalanan memerlukan kira-kira 4 jam untuk tiba di Fayoum. Ketika dalam perjalanan, semua ahli telah dijamu dengan spaghetti goreng dan ayam goreng sebagai santapan sarapan pagi.

      Setelah tiba di Fayoum, tempat pertama yang dilawati ialah Tasik Qorun. Tasik Qorun ini merupakan tasik air masin yang luas. Tasik ini menceritakan tentang Qorun yang ditenggelamkan bersama hartanya oleh Allah kerana keingkaran Qorun dalam membayar zakat dan kekufurannya terhadap Allah. Program diteruskan dengan tempat lawatan yang seterusnya iaitu Istana Qorun. Istana Qorun ini merupakan tempat kediaman Qorun yang dibina dalam bentuk 6 tingkat. Namun sekarang hanya 2 tingkat teratas dapat dilihat kerana tingkat istana yang selebihnya telah tenggelam jauh ke dalam padang pasir.



       Selepas itu, program diteruskan lagi dengan melawat air terjun Wadi el Rayyan. Air terjun ini merupakan air terjun terbesar di Negara Mesir dan salah satu oasis yang ada di Fayoum. Makanan tengah hari disediakan dan semua ahli SM diminta untuk makan tengah hari di sini dan bersiap-siap untuk solat. Nasi goreng dan sambal daging menjadi menu untuk makanan tengah hari. Setelah usai solat dan makan, semua ahli menuju ke air terjun Wadi el Rayyan dan bergambar sesama mereka. Selepas itu, semua ahli telah dibawa ke destinasi jaulah yang terakhir iaitu kincir air Nabi Yusuf A.S. Kincir Air di kota Fayoum ini merupakan satu-satunya kincir air yang terdapat di negara Mesir. Tujuan kincir air ini dibina adalah untuk mengalirkan air ke kawasan pertanian sehingga ianya menjadi subur. Difahamkan bahawa kawasan pertanian disini merupakan yang tertua di dunia. Kincir air ini juga digunakan untuk mengolah gandum untuk dijadikan sebagai sumber makanan.

      Di sini juga semua ahli SM telah membeli cenderahati dan bertukar cenderahati sesama mereka sebagai tanda persahabatan. Dengan berakhirnya lawatan ke kincir air Nabi Yusuf A.S, maka berakhirlah program Jaulah ke kota Fayoum ini. Bas lawatan telah singgah sebentar di kawasan perhentian untuk memberi masa kepada semua ahli untuk makan malam, solat dan sesi fotografi. Menu makan malam yang disediakan ialah nasi lemak dan ayam goreng. Setelah usai makan dan solat, sesi fotografi telah diadakan bersama ahli-ahli SM sebagai tanda ukhuwah. Selepas itu, semua ahli tiba di kota Iskandariah dan beransur pulang ke kediaman masing-masing. Diharap agar semua ahli SM dapat mengambil ibrah daripada jaulah ini supaya dapat memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih baik dan dikasihi Allah S.W.T.



EURO 2012 : Perlawanan Futsal Batch

SENARAI NAMA PASUKAN DAN WARNA PAKAIAN


1) SPAIN (DI MARIA) MERAH
2) PORTUGAL (HILMAN) PUTIH
3) ITALY (BAIHAQI) BIRU
4) UKRAINE (SYAFIQ RAMLI) KUNING
5) ENGLAND (FAIZ AFIQ) PUTIH
6) HOLLAND (HAKIM) OREN
7) GERMAN (HASIF) HIJAU
8) FRANCE (AJK BATCH) HITAM

JADUAL PERLAWANAN FUTSAL BATCH FIRST YEAR SEMPENA EURO 2012


HARI PERTAMA

TARIKH : 8 JUNE 2012 (JUMAAT)
TEMPAT: KULIYATUL ZIRA’AH
MASA : 9 MLM – 12 MLM

1) SPA vs POR
2) UKR vs ITA
3) ENG vs HOL
4) GER vs FRA
5) SPA vs UKR
6) POR vs ITA
7) ENG vs GER
8) HOL vs FRA
9) SPA vs ITA
10) POR vs UKR
11) ENG vs FRA
12) HOL vs GER
13) SPA vs ENG
14) POR vs HOL

HARI KEDUA

TARIKH : 11 JUNE 2012 (ISNIN)
TEMPAT : KULIYATUL ZIRA’AH
MASA : 9 MLM – 12 MLM

1) UKR vs GER
2) ITA vs FRA
3) SPAIN vs HOL
4) POR vs GER
5) UKR vs FRA
6) ITA vs ENG
7) SPA vs GER
8) POR vs FRA
9) UKR vs ENG
10) ITA vs HOL
11) SPA vs FRA
12) POR vs ENG
13) UKR vs HOL
14) ITA vs GER

HARI KETIGA


TARIKH : 14 JUNE 2012 (KHAMIS)
TEMPAT : KULIYATUL TIGARAH
MASA : 9 MLM – 12 MLM

1) SPA vs POR
2) UKR vs ITA
3) ENG vs HOL
4) GER vs FRA
5) SPA vs UKR
6) POR vs ITA
7) ENG vs GER
8) HOL vs FRA
9) SPA vs ITA
10) POR vs UKR
11) ENG vs FRA
12) HOL vs GER
13) SPA vs ENG
14) POR vs HOL

HARI KEEMPAT

TARIKH : 17 JUNE 2012 (AHAD)
TEMPAT : KULIYATUL TIGARAH
MASA : 9 MLM – 12 MLM

1) UKR vs GER
2) ITA vs FRA
3) SPAIN vs HOL
4) POR vs GER
5) UKR vs FRA
6) ITA vs ENG
7) SPA vs GER
8) POR vs FRA
9) UKR vs ENG
10) ITA vs HOL
11) SPA vs FRA
12) POR vs ENG
13) UKR vs HOL
14) ITA vs GER

Kpd pasukan yg layak ke peringkat seterusnya,anda dmnta mnghadirkan diri pd:

TARIKH : 19 JUNE 2012 (SELASA)
TEMPAT : KULIYATUL ZIRA’AH
MASA : 9 MLM – 11 MLM



BUTIR PERMAINAN



  • Permainan akan berlansung selama 5 minit di sparuh masa pertama dan 5 minit di separuh masa yg kedua
  • Pusingan pertama dan kedua akn bermain secara liga, kesemua 8 pasukan dlm satu group yg sama
  • Di akhir kiraan pusingan kedua, 4 pasukan teratas akan diundi semula utk peringkat semi final
  • Diharap semua peserta dpt mngikut etika berpakaian yg baik (menutup aurat)
  • Diminta utk semua peserta tiba awal
  • Keputusan pngadil adalah muktamad
  • Sebarang pergaduhan tdak dbenarkan
  • Percakapan serta tgkah laku ketika permainan hndaklah djaga
  • Tidak dbenarkan melakukan sliding tackle di dalam permainan



p/s : akhir kata,selamat maju jaya!! :)

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.