Stanza Mahabbah

We are Family :)

Merah Sang Juara!

.Pada 24 April 2015 yang lalu, Pihak Perubatan Cawangan Iskandariah telah mengadakan Alexandria Sport Carnival (ALESCA) yang melibatkan semua pelajar perubatan dan pergigian. Stanza Mahabbah pada tahun ini telah memilih warna merah sebagai warna tema pasukan SM melambangkan semangat membara ahli Stanza Mahabbah. Walaupun pelbagai cabaran dan ujian yang dihadapi oleh para atlet Stanza Mahabbah sepanjang ALESCA berlangsung, berbekalkan semangat para peserta dan sokongan yang begitu padu oleh ahli Stanza Mahabbah sendiri, sukan yang diadakan selama dua minggu ini dapat ditamatkan dengan jayanya oleh para atlet.



Pada 10 Mei 2015, tibalah masa yang ditunggu tunggu, iaitu acara penutup ALESCA seterusnya pengumuman penerima piala pusingan ALESCA bagi batch terbaik. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Akmal Afif dan diteruskan dengan alunan Asma Ul-Husna, nyanyian lagu negara Mesir, lagu Negaraku dan lagu rasmi PERUBATAN yang dinyanyikan dengan penuh semangat oleh para penonton yang hadir.  Upacara penutup temasya ini telah disempurnakan oleh Prof Dr Hala Maklad.




Alhamdulillah berkat usaha kerja keras para atlet dan penyokong SM, Stanza Mahabbah berjaya mungutip 5 pingat emas, 10 pingat perak dan 7 pingat gangsa sekaligus melayakkan SM muncul sebagai juara ALESCA tahun ini dengan kutipan mata sebanyak 155, meninggalkan  Phylox dua mata dibelakang.




Tahniah diucapkan kepada semua para atlet SM. Tidak lupa jugak kepada semua ahli Stanza Mahabbah yang tidak penat bersorak memberi sokongan kepada atlet kita. Semoga acara sebegini dapat mengeratkan ukhwah antara ahli dan semua warga Iskandariah.







BIRTHDAY SHOUT OUT! [MAY]

Patience and wisdom are two elements
to live a happy and prosperous life.
On this special month of yours,
May Allah bless you with these two elements
that are essential for a joyful life.

Birthday is beginning of a new year of your life.
May Allah sends his angles to care and guide you
in the coming years ahead.


Happy birthday!



Fiqhdentology [Part 2]


3.  Apakah hukum bleaching atau whitening.

-           Islam adalah agama yang sangat utamakan kebersihan
-           kebersihan dan kesucian (thaharah) membezakan antara muslim dan penganut agama lain.
- Nabi SAW banyak mengajar sunnah kebersihan antaranya penjagaan kebersihan gigi dengan bersiwak.



………………………………………………………………………………………………………………………………………
Pengertian siwak :

1. Alat yaitu kayu/ranting yang digunakan untuk menggosok mulut guna membersihkannya dari kotoran.
2. Perbuatan yaitu menggosok gigi dengan kayu siwak atau semisalnya ( seperti kain, berus gigi )  untuk menghilangkan warna kuning yang menempel pada gigi dan menghilangkan kotoran, sehingga mulut menjadi bersih dan diperoleh pahala dengannya (Kitab Fathul Baari - Syarah Sahih Bukhari )
        

cara siwak nabi

1. Niat dan doa.
2. Menggunakan 3 jari.
Meletakkan jari kelingking dan ibu jari dibawah siwak, sedangkan jari manis, jari tengah, dan jari telunjuk diletakkan di atas siwak.
3. Mulakan dari tengah, lalu ke arah kanan (atas dan bawah) lalu ke kiri (atas dan bawah) dalam pergerakan seperti angka 8  mengiring ( atau angka infinity )
4. Ulang sebanyak 3 kali.
………………………………………………………………………………………………………………………………………

-  hukum bleaching dan whitening :  harus (dibolehkan) boleh menjadi sunat jika dilakukan sebagai langakah menjaga kebersihan dan pencegahan.

 “pencegahan lebih baik daripada mengubati “ (pepatah arab)

4. Hukum Laminated Veneer.


- Tidak boleh dilakukan jika tiada keperluan atau tidak darurat (mendesak).
- Boleh dilakukan jika keperluan darurat (mendesak).
- Tidak boleh melakukan prosedur laminated veneer walaupun kepada orang kafir atas hadith larangan mengubah ciptaan Allah ( laknat kepada keduanya sang pembuat dan yang diminta buat)

5. Hukum2 berkaitan ibadah.

a. Solat ketika rawatan/pembedahan yang memakan masa yang lama

- Usahakan dahulu mencari doktor atau nurse untuk mengganti sebentar sementara kita solat.
- Boleh dijama’kan solat jika tiada yang boleh mengganti dan pembedahan pula berisiko tinggi. ( kematian dsbnya)

b. memakai bracers ketika mandi junub.

- Sah mandi junub. Tidak perlu membuka bracers.
- Antara syarat sah mandi junub adalah meratakan air ke seluruh anggota badan luaran.
- Anggota dalaman , termasuk dalaman mulut tidak dikira anggota wajib.

c. Menanggalkan crown atau implant pada jenazah.

- Jenazah perlu dihormati. Tidak boleh menanggalkan implant tanpa keperluan kerana akan menyakiti tubuh jenazah.
- jika membabitkan hak orang lain, maka hukumnya WAJIB

contoh:
1. menanggalkan gigi emas kerana ia termasuk harta warisan kepada waris si mati.
2. Harta yang dicuri dari orang lain. Perlu dipulangkan kepada tuannya.

penggunaan gigi emas / salutan emas
 




- hukum asal adalah haram bagi lelaki untuk memakai atau berhias dengan emas.
- hukum menjadi boleh jika diguna sebagai anggota gantian ( darurat  )
- Dalil keharusan :  qiyas pada sahabat yang terpotong hidung ketika perang di zaman nabi, lalu diganti dengan hidung perak. Oleh kerana terdapat permasalahan pada hidung perak, maka diganti hidung emas. Lebih durable dan highly resistant with low side effect.

d. mencabut gigi dalam keadaan ihram



- tidak batal ihram.
- tidak termasuk larangan ihram

e. mencabut gigi ketika puasa.


- sah dan tidak batal puasa. Bukan perkara yang membatalkan puasa.
- juga bagi yang tertelan air semasa melakukan rawatan, tidak batal puasa jika tertelan tanpa sengaja.

Fiqhdentology [Part 1]



1.Apakah adab dan etika profesionalisme dalam bidang pergigian?

-           Walaupun pelajar dentist sentiasa terikat dengan requirement silibus, dahulukan chief complaint pesakit.
-           Setelah selesai rawatan utama, baru selesaikan requirement silibus dengan izin pesakit.
-           Menjaga aurat diri dan pesakit semasa rawatan. 
-           menjaga adab ikhtilat (pergaulan silang jantina) – walaupun ada konsep desensitization dalam rawatan.
-           Memerhatikan soal locum di klinik swasta. Hukum dan requirement


Ikhtilat

- Hukum asal ikhtilat adalah tidak boleh.
- Dibolehkan dalam keadaan tertentu sahaja seperti rawatan dan belajar. (keperluan darurat)
- Jangan terlampau bermudah soal ikhtilat, juga jangan terlampau ketat.

“ Luaskan (hukum) pada keadaan yang terlalu sempit/menekan dan sempitkan/bataskan pula jika keadaan terlalu luas” (kaedah usul fiqh).

- Jika perlu berikhtilat, cukuplah sekadar yang diperlukan

“ (keadaan) darurat itu diambil cukup sekadarnya” (kaedah usul fiqh)

- Tidak bertabarruj ( bersolek dan berwangian melampau demi patient.
contoh : Jika mempunyai bau badan, cukup memakai wangian sekadar untuk menutup bau badan.

Lokum (part time ) di klinik swasta

- Pelajar pergigian masih belum mendapat pengiktirafan bertugas dari kementerian kesihatan.
- Salah dari sudut undang-undang. Lokum cuma boleh dilakukan oleh doktor yang diikitiraf dan sah.
- Gaji bertugas diterima dalam keadaan tiada pengiktirafan. Melanggar etika .
- kekurangan pengalaman boleh membawa mudharat kepada pesakit.
- Seeloknya lakukan attachment dengan prinsip ‘ to learn not to earn’.

Dari kacamata syarak :
sekiranya perlu dilakukan, perlu mematuhi beberapa syarat
1. Diawasi tenaga pakar
2. Jika prosedur perlu dilakukan kita, maka peratusan keberjayaan tinggi . supaya tak mudharatkan pesakit.
3. Pesakit sendiri yang memerlukan rawatan dan atas izin mereka.
4. Bertujuan syarak.


2.Apakah yang dimaksudkan dengan konsep mengubah ciptaan Allah dari sudut estetik dan pembedahan dalam bidang pergigian ?




“Allah melaknat wanita-wanita yang mentato dirinya atau meminta ditatokan, yang mencukur bulu alisnya atau meminta dicukurkan, yang mengikir giginya supaya kelihatan indah dan mengubah ciptaan Allah…..(sehingga akhir hadis) –BUKHARI DAN MUSLIM.

-           Hadith di atas adalah antara dalil larangan  (HARAM)  mengubah ciptaan Allah. (pelbagai hadith lagi yang mempunyai maksud yang serupa )
-           Larangan juga termasuk untuk kaum lelaki.
-           Hukum haram jika bertujuan hanya untuk menambah nilai estetika atau kosmetik.
-           Hukum menjadi harus ( boleh ) jika dalam keadaan darurat atau membuang mudharat berdasarkan konsep

“ darurat ( keperluan mendesak ) membolehkan melakukan perkara2 yang dilarang (sebelumnya) “

contoh keadaan darurat (mendesak) :
1. menganggu aktiviti mengunyah,
2. terdedah kepada jangkitan .
3. kena mengena dengan kesihatan tubuh badan.

Birthday Shout Out! [APRIL]


HAPPY BIRTHDAY FRIENDS! 

Wishing you all the great things in life, hope this day will bring an extra share of all that makes you happiest. ^_^ 
Be happy because today is the day you were brought into this world to be a blessing and inspiration to the people around you! :)






Madrasah al-Quran wal Ulum [28 Mac 2015]

1. Tujuan mengetahui perkara berkaitan alam semesta:

- Meyakini akan kewujudan Allahu taala
Bukti kewujudan Tuhan bukanlah ketika matahari tidak terbit pada esok hari atau peristiwa-peristiwa aneh tetapi bukti kewujudan Tuhan ialah apabila matahari terbit pada esok hari.
- Al-Quran menitikberatkan tentang pengkajian alam semesta kerana Allahu taala menjadi alam ini dengan benar.

- Al-Quran mempunyai panduan tentang subjek saintifik, tetapi ia bukanlah buku teks untuk sains. Jika tidak, maka Quran ini akan menjadi sebuah kitab yang sangat panjang dan sangat susah untuk khatam. Al-Quran telah dikompakkan kerana ia diturunkan oleh Allahu taala, Pencipta alam ini. Dia faham setiap ciptaannya. Bak kata Albert Einstein, if you could not simplify it, you don't understand it enough.

- Ibn Mas'ud kata Quran mempunyai maklumat tentang setiap genap aspek, tetapi kita tak mampu melihat kesemuanya.

- Al-Quran ini menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami. Daripada orang biasa sehingga profesor, ulama besar dalam tafsir.

- Alam ini dapat dikaji dan diketahui rahsianya kerana penciptaan mereka itu benar.

- Alam ini juga dipanggil sebagai macroscopic Quran. Al-Quran al-takwini

- Alam ini umpama sebuah muzium besar, dan setiap muzium mempunyai pamplet panduan. Al-Quranlah pamplet bagi muzium alam ini.

- Al-Quran menyatakan alam ini mendatangkan manfaat dan kebaikan jika dipelajari tetapi jika kajian untuk mendekatkan diri kita dengan Allah. Memahami dengan lebih dalam sifat-sifat Allah.

- Tidaklah diterima ilmu sains itu jika tidak memberikan kesan-kesan apa-apa terhadap akidah kita, dan apatah lagi menjauhkan lagi kita kepada Allah.

- Tahap kecemerlangan tamadun bukanlah diukur dengan tingginya bangunan, hebatnya keilmuan. Namun ketamadunan diukur dengan tahap akhlak dan rohani tamadun itu.

- Sains dalam dunia Islam bermula dari kurun ke-2 sehingga kurun ke-10 hijrah. Hampir 800 tahun. Berbeza dengan kegiatan sains dalam dunia barat. Hanya bermula ketika zaman Galileo, kira-kira 400 tahun dahulu. Kita tidak tahu apakah keadaanya selepas ini.

- Apakah kesan jika mempelajari sains dan mengasingkan soal akidah dan ketuhanan? Lihatlah tamadun barat sekarang. Kebejatan sosial, akhlak, teknologi pemusnah. Adakah ini tujuan alam diciptakan?

- Sains bukanlah bertujuan untuk membenarkan al-Quran, kerana al-Quran memang sendirinya benar dan tidak memerlukan sains untuk dibenarkan. Contohnya teori Bing Bang. Ada disebutkan di dalam al-Quran.

- Tidak sah iman orang yang bertaklid buta. Iman yang sahih perlu kepada pemikiran sehingga yakin.


2. Suruhan Allah untuk menjadi manusia yang sentiasa berfikir dan mengambil tahu.

- Ayat berkaitan hukam-hakam tidak lebih 300, tetapi ayat menyuruh manusia mengkaji alam lebih 700.

- Ayat pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Bacalah. Baca di sini boleh juga bermaksud perhatikan, kajian. Dengan nama Tuhan, maksudnya kajian itu mesti dengan nama Allah dan menjadi salah satu ibadah kepada Allah.

- Umat Islam sekarang mempunyai masalah inferiority complex. Setiap penemuan baru dalam dunia sains pasti nak dikaitkan dengan ayat al-Quran, menyatakan benda itu telah lama diperkatakan dalam Islam. Kalau dah ada dalam al-Quran, sepatutnya umat Islam yang mesti jumpa penemuan itu dahulu.

3. Fakta tentang langit:

1. Atmosfera bumi
- Lapisan


5 lapisan. Troposphere, stratosphere, mesosphere, thermosphere, exosphere.
- Kuantiti
78% nitrogen
21% oxygen
0.9% argon
0.04% carbon dioxide
- Sejarah atmosfera bumi

Atmosfera bumi adalah suatu rahmat dari Allah. Mempunyai bekalan oksigen yang tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak.
Perbezaan dengan bulan. Tiada atmosfera. Kesannya?



Fungsi atmosfera:
- Sebagai perlindungan daripada UV ray dari matahari
- Perlindungan daripada meteor jatuh ke bumi
- Pencahayaan. Langit biru kerana atmosfera bumi
- Mengekalkan suhu optimum. Perubahan suhu tidak mendadak antara musim sejuk dan panas, antara siang dan malam. Antara terik dan bayang-bayang.

Planet marikh, jiran sebelah kita.


2. Bulan
Saiz: Sebesar benua afrika tambah semenanjung tanah arab.
Jarak daripada bumi: 384,000 KM
1.26 saat kelajuan cahaya.



Fungsi bulan:
Pengiraan hari. Mudah bagi sesiapa mengetahui tarikh dengan hanya melihat fasa bulan. Bulan purnama, separuh bulan. Jika menggunakan kalendar matahari, susah dan perlu ada tulisan kalendar.



3. Matahari dan sistem solar.
Keluasan matahari: 12,000 kali bumi
Volume matahari: 1.3 juta kali bumi
Berat: 333,000 kali bumi
Jarak dari bumi: 8 min 19 saat kelajuan cahaya. 150,000,000 km.
Warna matahari: Putih.
Suhu permukaan: 5.5k Celcius

Fungsi matahari:
- Minyak, petroleum
- Makanan makhluk melata di bumi kecuali bakteria di dalam dasar laut. Geothermal energy.
- Oxygen, melalui fotosintesis
- Suhu bumi yang optimum untuk kehidupan. Tak sejuk sangat, tak panas sangat.
- Menunjukkan tarikh tahunan.



4. Galaksi bima sakti
- Segala bintang-bintang yang kita nampak di langit, hanyalah tompok kecil daripada galaksi kita.
- Bintang paling dekat sejauh 17 tahun kelajuan cahaya. Jika menggunakan teknologi roket sedia ada, 80k tahun.
- Anggaran planet dalam galaksi ini: 100+ billion
- Diameter galaksi bima sakti ialah dalam lebih kurang 100k tahun kelajuan cahaya.

Jumlah bintang: 200-400 billion
Jarak matahari dengan pusat tengah: 27k tahun cahaya.



5. Dan seterusnya.
Setakat ini, Hubble mengesan dalam anggaran 100 billion galaksi.

Ingat tujuan kita mempelajari ilmu ini.

Oleh: Dr Ikhwan Zubir
Perubatan Tahun 5

Laporan Aktiviti: Solat Hajat & Iftar Jamaie

Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. (iaitu) orang yang khusyu’ dalam solatnya”  
Al Mukminun 23;1-2

Isnin, 23 Februari 2015 ; Telah diadakan program Iftar Jamaie dan solat hajat perdana untuk warga Stanza Mahabbah yang bertempat di sutuh banguna MARA. Program iftar jamaie ini diadakan bertujuan mengeratkan ukhwah sesama ahli Stanza Mahabbah di samping sebagai langkah persedian bagi semua ahli SM untuk menghadapi peperiksaan semester ke tujuh tahun ini.

Program bermula pada jam 5 petang dengan menyambut kehadiran ahli SM. Diteruskan dengan iftar jamaie dan solat maghrib yang diimamkan oleh saudara Syed Hamimi Firdaus. Majlis diteruskan dengan solat jenazah ghaib untuk arwah ayah saudari Nur ‘Alanna, Azham bin Arshad. Moga ayah saudari ‘Alanna ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.

Al Fatihah.

“inna lillahi wa inna ilaihi raji un, sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan dikembalikan”
Al Baqarah 2;156


Seterusnya, solat hajat yang diimamkan saudara Baihaqi. Solat hajat khusus buat sahabat kita saudara Ashraf Jay dan saudari Raihan Izzati. Moga Allah kurniakan kesihatan dan ketabahan buat mereka. Solat hajat ini juga diadakan untuk semua warga SM yang bakal menduduki peperiksaan semester 7 yang akan bermula pada 4 mac 2015.

“Apa pun yang akan terjadi, ingatlah bahawa ketika kau tak punyai siapa siapa selain Allah, Allah itu sudah lebih dari cukup”
–Hamka-


Seusai solat hajat, majlis diteruskan dengan sedikit perkongsian ilmiah tentang cara dan tips untuk ‘study’ oleh saudara Hisyam Yusoff, senior perubatan tahun akhir Alex. Semoga apa yang disampaikan oleh beliau sedikit sebanyak dapat membantu dan dapat menaikkan semangat warga SM supaya lebih bersedia bagi menghadapi peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Perkongsian oleh senior, saudara Hisyam Yusoff

Program diteruskan dengan pemberian cenderahati buat saudara Hisyam Yussof yang disampaikan oleh Ketua bacth stanza mahabbah sudara Abby Rahman dan juga penyampaian hadiah untuk para pemenang pertandingan cuti cuti SM (#cuticutiSM) yang telah diadakan semasa winter break lepas. Untuk pertandingan cuti cuti SM ikhwah, tempat pertama dimenangi oleh Mohd Zul Faiz Zulkfli dan tempat kedua oleh Ahmad Mahyiddin Shariff. Untuk akhwat, tempat pertama telah dimenangi oleh saudari Nurul Atiqa Askan dan tempat kedua saudari Nurul Azhani Azhar. 


Pemenang tempat pertama (Ikhwah) ; Mohd Zul Faiz Zulkifli



Tempat kedua (Ikhwah) ; Ahmad Mahyiddin Shariff



Tempat pertama (Akhwat) ; Nurul Atiqa Askan



Tempat kedua (Akhwat) ; Nurul Azhani Azhar



Akhir sekali, semoga ukhwah yang terjalin sesama ahli SM akan terus erat sampai bila bila. Dan selamat menduduki peperiksaan semester 7 untuk semua. Teruskan usaha, tajdid niat dan selamat maju jaya !

“dan hanya kepada Tuhanlah hendaknya, engkau berharap”
                                     As Syarh 94;8   




Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.