Cerpen : Dari Puncak Ingin ke Angkasa ( Part 4 - Akhir)


Nafas di tarik dalam dan panjang. Lalu dihembus lemah. Terselit sedikit rasa kecewa dipenghujung nafasnya.

“Aku sebenarnya nak jadi ustaz bukan doktor.” Cetus Bahar dengan nada yang cukup mendatar. Terkejut – terdiam. Awang jadi berfikir sejenak. Sudah agak terlambat kalau sekarang baru mahu berpatah balik untuk masuk ke bidang pengajian Islam. Lagi pun, apa yang difahami, ilmu perubatan tidak jauh dari  agama.

“Bahar, kedudukan ilmu perubatan disisi Islam sangat tinggi… bahkan Imam Syafie pun mengakui kepentingan ilmu perubatan.”

“Kau masih boleh jadi ustaz. Semua orang berpeluang mendalami ilmu agama. Tak semestinya kena jadi pelajar pengajian dulu baru boleh sampaikan agama.”

“Apa pun ana nak tanya anta. Sebab apa sebenarnya anta nak jadi ustaz?”

“Nak bimbing masyarakat. Bila ada ilmu agama, kita tahu halal haram dan  kita boleh bawa orang ke jalan yang benar.”

“Doktor pun ada potensi tu…  tapi dengan syarat kena belajar juga la. Ana akui,pelajar medic ilmu agama dia biasa-biasa je sebab kita tak betul-betul mendalami ilmu agama.”

“Ana tertarik hari tu… dengan kelas Madrasah Alquran dan Sains yang Khairul Anuar sampaikan. Dia bagi satu ayat, sampai sekarang ana masih terfikir.”

“ayat 41: 53. Surah Fusshilat, ayat 53. Menarik ayat tu.” Bahar mengangguk berkali-kali. Dia juga hadir kelas tersebut.

“Dengan integrasi Sains dan Quran, kita lebih memahami Islam. Kita biasa dengar kehebatan Allah melalui ceramah-ceramah agama tetapi dengan sains perkara itu kita nampak jelas. Apabila belajar Anatomy, Physiology, Histology, sebutlah apa saja… semuanya kalau kita pandang dengan mata hati… tambah iman beb. Haha…”, Awang berusaha menerangkan dengan bersungguh-sungguh. Apa yang dialami Bahar, pernah dia alami juga sebelum ini tetapi mujurlah dia telah pun menemukan reason yang kukuh untuk terus berada dalam jalan perubatan ini.

Betapa berjayanya musuh-musuh islam menerapkan sekularisma sehinggakan orang yang belajar agama sekalipun kadangkala ada yang terjerat. Memisahkan sains dari agama. Seolah ilmu sains bercanggah habis dengan alquran. Satu perkara yang perlu dipegang ialah AlQuran adalah benar. Dan sains akan menepati apa yang Al-Quran nyatakan. Jika bercanggah, bermakna ilmu sains yang manusia miliki sebenarnya masih belum dapat membuktikan apa yang dikatakan alquran. Al-Quran mendahului ilmu sains manusia.

“Jangan mengalah Bahar. Semua kekeliruan ini sebenarnya mahu mengajak kita melihat kembali tujuan kita berada di dalam bidang ini.  Ana  masih ingat lagi pesanan anta dulu. Tahun lepas.” Bahar hanya diam mendengar. Agaknya dia sedang memikirkan kata-kata kawannya.

“Kalau ada keberkatan dalam hidup ini, insya Allah segalanya beres. Hati pun sentiasa tenang”, pesanan Bahar  di ulangnya kembali. Bahar tersenyum kelat.
“Cuba enta cari keberkatan dalam bidang perubatan ini. Hehe.” Ujar Awang seolah menyindir temannya.
“Betapa berkatnya hidup kita, bila orang miskin, orang susah dapat kesihatan yang baik sebab rawatan, sebab nasihat kesihatan yang kita berikan.” Bahar masih berdiam diri. Dia hanya mampu tersengih.
“Haa… main-main la dengan Awang. Dan dah kena ceramah tu. Percayalah, dalam batch kita, ramai lagi yang mempunyai minat selain ilmu perubatan. Tapi diorang stay je dengan medic.”

“Kita masih lagi ada dua kertas. Forensic dan Ophthalmology. Keputusan kita selalunya biasa-biasakan. Cukup makan je kata orang. Nak dapat anugerah International Undergraduate Medical Program pun lambat lagi la kan?

“Jom, kita menyerlah jauh dari yang biasa… .”. Awang kelihatan bersemangat sekali.
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi, segalanya kan pasti terbukti nanti”

“Kita semua mesti berjuang… To Be a Great Doctor- ada gema rasanya bila sebut perkataan ni”




***

Hampir sejam lebih,  mereka makan dan berbual-bual di Restoran Taverna. Dalam perjalanan menuju kedai Jus buah-buahan mereka terserempak kakak Awang berdekatan Mahattah Raml. Dia dalam perjalanan balik ke asrama bersama kawan-kawannya. Mushrif kelihatan ada di depan.

“Macam mana exam, ok ke?” Hajar Nasuha bertanya perihal adiknya, Awang.
“Okay. Alhamdulillah. Miyah miyah insyallah. Optimis.” Awang menjawab ceria.

“Dari mana ni? Datang tafaquh tak malam ni ?”

“Dari puncak ingin ke angkasa… haha. Mesti la kami pergi tafaquh Kak Hajar. Itu kan sumber pengisian agama mingguan yang kita ada kat sini.”

“Kami nak jadi doktor ustaz kak Hajar. Doktor ummah.” Hajar Nasuha tergelak kecil melihat gelagat adiknya. Nakal orangnya.

Tiba-tiba telefon bimbit berdering dari kocek seluar. Awang mengangkat panggilan telefon.

“Assalamualaikum, ya ada apa Zainuddin ? ”

“Waalaikumussalam. Ya Awang. Ni… Anta free tak hari rabu ni? Selepas exam Forensic. Ana nak ajak pergi Zaqazig.”

“Zaqazig? Jauh tu. Macam free lagi. Ada apa kat Zaqazig?”

“Ada urusan penting sikit. Tolong temankan ana boleh?”

“Hmm… boleh kot.”

-Tamat-
Awang Hassan
15 Jamadil Awwal 1436H
6 Mac 2015
Iskandariah,Mesir.




0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.