Stanza Mahabbah

We are Family :)

Showing posts with label Ketua Batch. Show all posts
Showing posts with label Ketua Batch. Show all posts

[EXAM AKU DATANG] Kalam Taujihat Ketua Batch Sempena Peperiksaan.



Assalamualaikum w.b.t,

Segala puji bagi Allah SWT pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW , ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat r.a , tabi’ tabiin serta tidak lupa juga kepada mahasiswa dan mahasiswi warga Stanza Mahabbah yang dirahmati Allah sekalian.

Mahasiswa mahasiswi sekalian,

Seperti yang kita sedia maklum, peperiksaan bagi semester ke-5 bakal menjelma tidak lama lagi. Justeru, saya mewakili Organisasi Batch Stanza Mahabbah sesi 2013/2014 untuk memanjatkan doa dan iltizam yang tinggi kepada Allah S.W.T agar seluruh warga Stanza Mahabbah dapat menempuh peperiksaan ini dengan penuh ketenangan dan mencapai kejayaan yang cemerlang insya-Allah.

Peperiksaan merupakan satu medan kita semua untuk menguji sejauh mana pemahaman kita berkenaan ilmu yang telah kita pelajari. Walaupun banyak persepsi dan pandangan kita terhadap peperiksaan yang saban semester kita hadapi, namun ia tetap juga satu wasilah atau medium kita menyalurkan tahap kefahaman kita dalam subjek yang telah diambil.

Walaubagaimanapun ,terdapat segelintir pihak yang sering mengambil remeh dan sambil lewa bila diperkatakan soal peperiksaan ini. Ada yang berkata, “alah, buat pe nak exam-exam..al-ilmu fi sudur, wa laisa fil kutub la…tak exam pon memang aku dah cerdik pon”. Ada juga yang sering kedengaran berkata, “kalau tak lulus exam pon kite boleh berjuang kan?.. perjuangan tu luas skopnye syeikh..jangan jumud..”. Tak kurang juga yang berkata, “ana tak nak dicop exam-oriented..bersungguh time exam je.. ”Memanglah, kita tidak mahu digelar seorang yang exam oriented, dengan hanya menumpukan perhatian kepada peperiksaan semata, tetapi penghayatan kepada ilmu yang dipelajari itu langsung tiada. Namun, tidak bermakna sekiranya kita mahu menolak sesuatu keadaan, kita perlu gagal dalam menghadapi keadaan tersebut. Sebaliknya kita perlu menggunakannya, supaya suatu masa nanti kita akan mampu mengubahnya.

Mengulas perilaku sebahagian pelajar apabila tibanya musim peperiksaan ini, suka untuk disebutkan soal sikap sesetengah daripada kita yang hanya berubah sikap daripada yang tidak baik ke arah yang lebih positif, apabila menjelang musim peperiksaan ini sahaja. Katanya, bila dah masuk musim ini, semua perkara perlu dijaga keberkatannya. Solatnya, pergaulannya, percakapannya dan sebagainya. Tetapi, malangnya, sesudah tamatnya musim peperiksaan itu, segala perubahan positif itu lenyap dihembus angin lembut lautan Mediterranian ini, seolah-olah,baginya, untuk mencari keberkatan Allah dalam perbuatan itu cuma bermusim. Moga-moga, dengan hadirnya musim peperiksaan kali ini, kita sama-sama dapat berazam untuk menjadi yang terbaik, di samping menjadikannya sebagai platform, turning-point atau kick-start untuk kita berubah dan membetulkan segala kekhilafan dan kesalahan yang telah kita lakukan dalam hidup kita selama ini.

Study Smart atau Study Hard?. Buat sahabat sekalian, bila tiba musim imtihan, kebijaksaan anda adalah diutamakan. Anda gunakan kebijaksaan anda merancang, menilai, mentafsir dan kemahiran berfikir dengan sebaiknya. Belajar itu untuk membina daya fikir ke arah melahirkan generasi intelektual.

Akhir kalam, ingatlah sahabat-sahabat semua bahawa setiap kejayaan memerlukan pengorbanan, setiap pengorbanan memerlukan keikhlasan dan setiap keikhlasan yang tidak bercampur dengan perkara kebatilan akan membuahkan kejayaan yang hakiki.

Salam Imtihan utk semua. Kejayaan pasti milik anda insyaAllah.

MOHAMAD THAHIR BIN MOHAMAD ZIN
Ketua Batch Stanza Mahabbah Sesi 2014

Survey : Concept of Beauty

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah.

Ikhwah dan Akhawat yang dirahmati Allah sekalian.

Abang-abang dan kakak-kakak tahun Enam ingin meminta jasa baik kita,pelajar Medic Tahun Satu (tidak termasuk sahabat/sahabiah Dentistry dan Pharmacy[untuk mengecilkan skop bancian assignment]) untuk mengisi satu borang survey yang mana survey ini dijalankan untuk membantu menyiapkan assignment mereka yang sedang posting di plastic surgery.

Tajuk assignment mereka pada kali ini adalah Concept of Beauty.

Sahabat/sahabiah bolehlah [baca: harus atau wajib(terserah,asalkan isi)] membantu dengan membuka document ini :



Diharapkan ikhwah dan akhawat sekalian dapat mengisi sebelum ataupun pada 13 Mei ini untuk memudahkan kerja abang-abang dan kakak-kakak kita.Semoga bantuan kita dikira sebagai ganjaran di akhirat kelak.

Together we be Ahsan wa Muhsin.
Sebarang pertanyaan bolehlah dirujuk pada ketua batch.

Jazakumullahu khairan khathira.
Wasalam.

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.