Passsport dan Visa

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah semua dah dapat semula passport masing2.

Kepada yang ada sedikit masalah, sila ambil perhatian.

1. Mana2 yang visanya masih belum siap (visa baru seperti gambar di bawah, page kanan ), antum masih boleh travel ke luar negara dan kembali semula ke mesir kerana visa ini hanyalah validity keberadaan kita di dalam mesir.

2. Visa baru ini hanya visa pelancong yang mana akan expired pada bulan 4 (ada yang bulan 3). ini bermakna kita boleh duduk di mesir sebangai pelancong sehingga tarikh mati visa tersebut selagi mana kita tidak keluar dari mesir. Apabila kita keluar dari mesir, secara automatiknya visa tersebut akan mati walaupun belum sampai tarikh mati visa yang ditetapkan.

3. Kepada sesiapa yang hendak kembali semula ke mesir (dari luar negara) selepas habis cuti, antum akan terima visa pelancong directly di airport. Cuma, visa tersebut dalam tempoh masa yang singkat. Jadi jangan risau jika visa pelancong yang dibuat oleh universiti sebelum ini mati (rujuk gambar atas) atau visa antum tidak sempat disiapkan universiti sebab antum ada visa baru (walaupun tempohnya singkat). Ini procedure biasa. Kalau kita melawat mana2 negara pun, kita akan dapat visa pelancong sementara setibanya di airport.

4. Kepada mana2 student yang visanya tidak disiapkan universiti, kemungkinan antum akan dikenakan denda di airport. (minta maaf atas segala kesulitan). pihak universiti tidak sempat untuk menyiapkan semua visa kerana mereka juga menguruskan visa dan passport tahun2 lain selain tahun satu. Memang kebiasaan tiap2 tahun urusan visa tahun satu memakan masa dan rumit. wallahu a'lam

5. ini adalah urutan pembaharuan visa kita .
-awal kedatangan kita dengan visa yang disiapkan di Malaysia
-kemudian di convert kepada visa pelancong di sini (valid untuk 3 bulan)- rujuk gambar atas
-kemudian baru diconvert kepada visa student (valid untuk setahun)

6. Jadi selepas musim cuti, minta kerjasama semua student untuk serahkan semula passport masing2 secepat mungkin (kerana ada student yang datang semula dengan visa pelancong yang singkat - rujuk point nombor 3 ) untuk urusan membuat visa student. Jika cepat diserahkan , insyaAllah denda untuk tamat tempoh visa boleh dielakkan.

7. Sila sediakan dokumen2 berikut sewaktu penyerahan semula passport:



    1) Salinan muka depan passport (2 keping)- gambar
                                           
              2) Salinan visa awal kedatangan ke mesir- first visa antum (2 keping )
              3)Salinan cop kedatangan ke mesir ( 2 keping) - gambar-                                                                           

                                        
          4) Salinan visa pelancong yang baru. (rujuk gambar pertama)
          5) Gambar ukuran passport sekeping (ikut saiz kedai arab pun diterima =.= )
          6)  bayaran 105 LE

Sebarang pertanyaan, boleh rujuk

Fawwaz (01111599332)
Hidayah (01110074427)

Akhir kata,

selamat bercuti kepada semua ikhwah dan akhawat.
semoga selepas cuti kita datang dengan azam yang baru. !

*dan juga keputusan exam yang bagus (AMIIIN ! )
insyaAllah
wassalam.

0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.