Memandangkan terdapat ramai antara kita yang menghidap demam dan juga kurang sihat (sehingga tarikh ini, sudah 3 orang ikhwah yang dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan ).
Jadi sila ambil perhatian tentang beberapa perkara yang berikut.
1) Musim sejuk hampir tiba 'peak'nya. Jadi dinasihati semua untuk memakai pakaian yang bersesuaian. Baju lengan pendek dan nipis amatlah tidak digalakkan. Perlu diingati, suhu sejuk tidak menentu buat masa ini disebabkan hujan yang kerap. Oleh itu, amatlah diharapkan agar semua tidak memandang remeh tentang perubahan suhu ini.
2) Musim sejuk membuat kita sentiasa lapar. Oleh itu, diminta semua agar berhati-hati dalam pemilihan makanan.
3) Sila ambil perhatian tentang perjagaan kebersihan seluruhnya untuk megelakkan penyebaran penyakit.
4) Jika boleh, kurangkan kekerapan mandi kita. Hal ini kerana, terlampau banyak 'contact' dengan air pada musim sejuk ini, boleh meningkatkan risiko demam.
SEKIAN,TERIMA KASIH.
~Harap maklum, amal~
0 Ideas:
Post a Comment