23 April 2012 - Warga Asrama MARA dikejutkan
dengan berita kematian pakcik kepada saudara Shawal, yang telah kembali ke
rahmatullah pada petang semalam waktu Malaysia. Al-Fatihah buat arwah. Kami
berharap saudara Shawal dan keluarga bersabar dan redha menerima ketetapan
tersebut.
Setiap
yang bernyawa itu pasti akan merasai kematian... )Ali
‘Imran : 185)
Dan kita
akan kembali...
Menjadi seorang doktor bukanlah bererti menentukan hidup
mati seseorang sebaliknya hanya berikhtiar sebaik mungkin. Yang memberikan kesembuhan
itu Allah, manakala kita (insyaAllah), alatan, dan ubatan hanyalah antara jalan untuk sembuh.
Sekadar satu jalan |
Namun begitu, apabila sampai masanya, kita semua tetap akan
kembali, kembali untuk dipertanggungjawabkan atas semua yang telah kita lakukan
di sini.
This path may be difficult but the final destination is certain |
Oleh itu, marilah kita sama-sama merenung, menilai, dan
memperbaiki diri dan berharap apabila saat itu tiba, kita bersedia. Dan
bersedialah! Kerana pasti kita akan kembali...
Dan bagi
tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan); maka apabila
datang ajalnya,
tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan
tidak dapat pula
mereka didahulukan
(Al-A’raf : 34)
0 Ideas:
Post a Comment