Stanza Mahabbah

We are Family :)

Artikel: Nyamuk Oh Nyamuk


Bismillah

pernahkah saudara melalui keadaan sebegini.?

Pada satu malam yang sunyi lagi dingin,
kelihatan manusia di sekeliling kita sudahpun memejamkan mata, hanyut dalam mimpi masing-masing. Pelbagai ragam manusia tidur dapat kita saksikan. Ada yang berbolak balik mengubah posisi tidur. Ada yang berdengkur. Tidak kurang juga ada yang mengigau dan menyebut nama seseorang berulang kali tanpa dia sedari.  =)

Dengan badan yang letih, kita pun bersiap-siap untuk tidur setelah semalaman menghadap buku.
jam loceng dikunci, doa dibaca dan kemudian tanpa membuang masa kita terus merebahkan badan atas tilam yang empuk. Mata dipejam. Bilik yang hanya sebentar  tadi disimbahi cahaya lampu jalan dari luar,kini  mula bertukar gelap.

senyap…
tenang…
tiba-tiba..

datang satu bunyi yang sangat menjengkelkan. Bunyi yang boleh membuat sesiapa sahaja tidak senang duduk, apatah lagi tidur. Cepat-cepat kita menekap bantal ke muka. Tapi entah kenapa, bunyi tersebut masih bermain-main di telinga kita. Kita mendengus geram dan mula merungut.

Ya Allah,..
Encik nyamuk sudah memulakan operasinya !
[credits]

Belum sempat kita memasuki fasa deep sleep sudah pun diganggu .
pantang dicabar. Musuh menyerang maka kita membalas !
Maka, bermulalah kita mengeluarkan kesemua jurus – jurus yang tersimpan rapi sebelum ini. Buah-buah silat dibuka, tangan dihayun pantas seperti  seni wing chun di dalam filem Ip Man, kaki menyepak keras ala-ala tae kwon do, penglihatan dan pendengaran menjadi peka seperti ninja kampung daun, refleks badan meningkat seperti sifu kungfu ,  dan banyak lagi seni berbahaya yang digunakan untuk menghadapi musuh.
[credits]

Kita ingin menang,
Supaya tidur tenang,

hmmm,,
pasti situasi ini pernah berlaku pada saudara. Betul?

saudara, cuba kita perhatikan sebuah hadith Rasulullah yang boleh dikaitkan dengan situasi sebentar tadi.

لَوْ كَانَتِ الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللهِ جَنَاحَ بَعُوْضَةٍ مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ
“Seandainya dunia punya nilai di sisi Allah walau hanya menyamai nilai sebelah sayap nyamuk, niscaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir seteguk airpun.
(HR. At-Tirmidzi no. 2320)

Lihatlah saudara, penilaian Allah terhadap dunia ini. Dunia ini tidak setanding pun dengan seekor nyamuk di sisi Allah. Dunia tempat di mana kita merasakan di sinilah puncak keseronokan, kebahagiaan dan tumpuan kita hakikatnya adalah sangat kecil nilainya .

[credits]


Seharian kita menumpukan sepenuh perhatian untuk mencari  dunia tapi sayangnya dalam masa yang sama kita mengabaikan akhirat yang sangat tinggi nilainya.
Running men, League Of Legends, deretan movies, update twitter dan facebook, bermesra silang jantina yang tidak sah, semua ini dilakukan dengan harapan bahawa kebahagiaan dan keseronokan menunggu. Saudara, kebahagiaan sebegitu yang dicari hakikatnya adalah sangat rendah nilainya dan tidak kekal.

Adakah saudara terlupa bahawa kebahagiaan yang kekal di akhirat  menunggu kita ?. Akhirat disediakan bagi mereka yang lebih mengutamakannya  dari dunia ini.
kita mengharapkan kesenangan akhirat tapi tidak bertindak menjurus ke arah itu.
Tanya semula diri kita.
di manakah posisi kita dalam menunaikan solat berjemaah ?
di manakah posisi kita dalam pembacaan Al-Quran setiap hari ?
di manakah posisi kita dalam mengerjakan ibadah fardhu dan sunat?
di manakah posisi kita dalam meletakkan kecintaan kepada akhirat berbanding dunia?

saudara,
aplikasikanlah kefahaman ini dengan situasi sebentar tadi agar apa yang berlaku (gangguan nyamuk) tidak berlalu dengan sia-sia. Kita mencari hikmah pada setiap apa yang berlaku.
umpamakan nyamuk itu dengan dunia. (begitulah rendahnya nilai dunia ini.)
maka setiap kali kita membunuh nyamuk tersebut, secara langsung kita boleh bermuhasabah

“bahawa saudara sebenarnya telah membunuh dunia ini berkali- kali ! “


Maka adakah saudara masih ingin membiarkan diri dibelenggu dunia?



111
universitas iskandariah

Bukan mata,tapi hati.


Hujan masih belum berhenti. Setiap kali ada sahaja yang Allah mahu tunjuk dengan aku, pasti mutiara dari langit itu turun. Ya, bunyi klise! Dramatik, entah kenapa.

-----
"Awak, nanti minta tolong bagitahu pemandu bas yang pak cik ini mahu turun di Pantai Dalam ya."

Payung dikatup. Tongkat setia di tangan kanan. Aku terpegun dari tepi. Gadis yang dititip pesan, angguk-angguk tanda faham. Gadis yang pimpin Pak Cik dari Stesen LRT itu senyum manis. Gadis biasa-biasa, tidak berhijab labuh. Tapi hatinya luar biasa, sifat mahmudah serba-serbi penuh. Kagum!

------
"Pak Cik, bas dekat depan sana. Kita jalan sedikit ya, saya bawa."
-----
"Dah sampai depan pintu nak?"
"Belum Pak Cik, sikit je lagi."
-----
"Ok, Pak Cik kena angkat kaki sedikit. Ini pintu bas."
Tangan Pak Cik sudah aku halakan pada pintu bas.
"Payung Pak Cik saya pegangkan, Pak Cik naik dahulu."
"Terima kasih, nak. Terima kasih."

Aku senyum, penat tahan sebak. Kadang-kadang orang yang cukup deria pun kelat lidah mahu ungkap 'terima kasih'.

-----
[bukan mata, tapi hati. ehsan]

Apa kau tidak cemburu teman? Kelak di akhirat, tentu sahaja hisab Pak Cik di al-Mizan diringankan. Satu nikmat dunianya telah ditarik. Kita yang sempurna deria lihat ini, perlu jawab semua dengan Allah. Jaga pandangan atau tidak? Tengok perkara lagha atau tidak?  Berapa kali guna mata untuk baca Al-Quran? Berapa kali mata keluar tangis kerana takut Allah?


Schedule : 8th Module


Assalamualaikum wbt.

alhamdulillah kembali semula kita ke sesi kuliah di semester 3..semoga semua bersedia menduduki tahun 2 dengan mental dan fizikal yang cergas..aminn..:)

Pengumuman jadual untuk sesi pertama bagi semester 3. Sahabat-sahabat boleh merujuk gambar di bawah ataupun terus download di sini : 3rd Semester Schedules

Jadual BARU Minggu 4 & 5 boleh scroll bawah.





Jadual terbaru (1 Nov-11 Nov 2012)
















Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.