Bismillah,
Assalamualaikum wbt.
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:
وَمَنْ سَلَكَ طَرِيْقًايَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا,سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيْقًا إِلَى الجَنَّةِ
Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke Syurga.” (H.R Muslim)
Alhamdulillah.Analisis peperiksaan Semester 2 dan Repeaters yang ditunggu-tunggu telah pun dilengkapkan. Dalam analisis kali ini, kami akan memaparkan jadual dan carta untuk peperiksaan Semester 2 yang merangkumi Modul 4,5,6 dan 7, serta Human Rights yang tidak menyumbang markah dalam pointer semester.
Analisis Keseluruhan Semester 2 Sesi 2011/1012
Berikut adalah analisis secara keseluruhan (for Malaysian students only):
Berikut pula adalah markah/gred pelajar mengikut modul :
Berikut pula adalah jadual untuk para pelajar yang tidak berjaya mencapai gred minimun untuk lulus. Jadual pertama diklasifikasikan mengikut jantina dan jadual kedua berdasarkan tajaan. Jumlah keseluruhan tidak menggambarkan bilangan pelajar yang gagal kerana ada juga pelajar yang gagal lebih dari satu kertas.
Carta di bawah membahagikan para pelajar yang gagal mengikut section. Section 2 dan 6 mencatatkan bilangan pelajar gagal yang paling sedikit,manakala section 5 mencatatkan bilangan pelajar gagal yang tertinggi.
Carta di bawah anda ini menunjukkan bilangan pelajar menurut gred untuk modul-modul semester 2:
Dan berikut adalah carta-carta terperinci setiap modul:
Sahabat semua pasti tertanya-tanya,siapa pula dalam kalangan kita yang berjaya meletakkan diri dalam kalangan mereka yang cemerlang untuk Semester 2 yang lalu? Adakah wajah-wajah yang sama seperti semester 1 atau ada pencabar-pencabar baru yang mula menunjukkan potensi dan taring masing-masing?
Ayuh!
Kita mulakan dengan mereka yang berjaya mendapat
markah tertinggi untuk setiap modul;
module 4: Puteri Nurul Syifa bt Othman & Mohamad Thahir bin Mohamad Zain
module 5: Andi Nurehan Adibah bt Rahim & Mohamad Imran bin Yusof
module 6: Nur Amalia Alani bt Che Baharom & Mohamad Fikri bin Mohd Hayati
module 7: Nur Wal Affa binti Aziz & Muhammad Syafiq bin Tohit
Bagaimana pula dengan Ranking Semester 2? Berikut adalah TOP 10 yang tersenarai mengikut markah keseluruhan Sem 2:
1.Puteri Nurul Syifa bt Othman
2.Mohamad Fikri b Mohd Hayati
3.Nur Amalia Alani Che Baharum
4.Noor Aisyah bt Jamian
5.Ahmad Hilman bin Harun
6.Mohamad Imran bin Yusof
7.Mohamad Thahir bin Mohamad Zain
8.Anith Fatihah binti Fakhrurazi
9.Faizatul Hanis binti Baharuddin
10.Muhammad Hasif bin Yusof
Dan sekarang,
mengumumkan 10 TERATAS untuk Tahun 1 mengikut CGPA, mereka adalah:
1) PUTERI NURUL SYIFA BT OTHMAN
2) MOHAMAD FIKRI B MOHD HAYATI
3) AHMAD HILMAN B HARUN
4) MOHAMAD THAHIR B MOHAMAD ZAIN
5) NOOR AISYAH BT JAMIAN
6) MUHAMMAD HASIF B YUSOF
7) NUR AMALIA ALANI BT CHE BAHARUM
8) ANITH FATIHAH BT FAKHRURAZI
9) MOHAMAD IMRAN B YUSOF
10) NUR ASHEKIN BT MOHAMMED SUHAIMI
Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya. Semoga kejayaan kalian menjadi pendorong dan pemangkin semangat rakan-rakan yang lain untuk berusaha lebih gigih demi mencapai kecemerlangan akademik yang
awesome, ameen inshaAllah!
Maka kita telah tamat dengan analisis ringkas Sem 2
(malas nak tulis panjang-panjang, korang bukan nak baca sangat kan.haha).
Mari beralih pula ke analisis Repeaters.
Analisis Repeaters Tahun 1 2011/2012
Jumlah pelajar yang gagal sekurang-kurangnya satu kertas untuk tahun 1 adalah seramai 47 orang. Pada akhir cuti musim panas yang lalu, pihak universiti telah menjalankan peperiksaan semula (
re-sit) bagi pelajar yang gagal untuk mencapai gred lulus minimum.
Perlu diberitahu di sini bahawa statistik yang dipaparkan turut melibatkan pelajar international (Egyptian). Jika dilihat pada kolum Modul 1, terdapat seorang pelajar Arab Mesir yang gagal, lalu kemudiannya berjaya mendapat gred C+ selepas peperiksaan ulangan. Untuk batch kita, tiada pelajar Malaysia yang gagal dalam Modul 1. Alhamdulillah.
Berikut adalah keputusan peperiksaan
re-sit yang disusun mengikut gred.
Jika dilihat pada jadual di atas, Modul 2 berjaya dilepasi dengan 74%
success rate. Modul 3 dan 6 pula masing-masing dengan kadar kejayaan 55% dan 50%.
Namun langit tidak sentiasa cerah buat semua. Hanya dua orang sahaja yang berjaya melepasi penangan Modul 5 daripada keseluruhan 8 pelajar. seramai 14 daripada 24 orang pula tidak berjaya untuk melepasi Modul 4 buat kali kedua. Allahuakbar! Semoga Allah beri mereka kekuatan.
Carta di bawah menunjukkan jumlah
repeaters sebelum peperiksaan, mereka yang lulus dan tidak lulus mengikut modul selepas peperiksaan.
Dan carta di bawah memperlihatkan bilangan repeaters mengikut gred:
Keseluruhan:
Jika dilihat secara kasar,secara keseluruhannya prestasi akademik batch kita meningkat lebih baik berbanding semester 1 dari segi bilangan pelajar yang gagal,serta peratusan LULUS bagi setiap modul semester 2 dilihat lebih baik berbanding semester 1. Namun perbandingan ini bukanlah indikator tepat memandangkan setiap modul mempunyai credit hour yang berbeza.
CGPA Range/No of students:
Excellent 3.67-4.00 (15)
Very Good 3.00-3.66 (103)
Good 2.33-2.99 (119)
Pass 2.00-2.32 (24)
Weak 1.33-1.99 (11)
Failure 0.00-1.32 (3)
Akhir kalam, jutaan terima kasih penghargaan kami kepada semua SR tahun lepas yang bertungkus-lumus menyiapkan analisis semester II dengan cemerlang.
Terima kasih juga kepada semua SR sesi 12/13 yang menyelesaikan analisis repeaters dengan jayanya.
Final words our dear friend,
Aim for the moon,cause even if you miss, you'll land among the
stars. And if you really want Jannah, aim for the highest one,
Jannatul Firdaus. Even if you miss, you'll land among the
Adn, Ma'wa, Naeem and
Darussalam! Ameen guys, ameen ya Robb.
Sekian,Barakallahu fikum :)