Sebelum memulakan entri ni, cuba fikirkan solusi untuk
situasi di bawah ni.
Situasi :
korang ada duit sejuta ringgit dan hendak membeli rumah.
Rumah macam mana yang korang nak beli? Banglo 1juta? Rumah pangsapuri? Rumah
teres?
Kondominium?
Kondominium?
Sebelum menjawab soalan bagi situasi kat atas ni, saya nk
bagi satu lgi soalan, apakah yang dimaksudkan dengan berfikir secara “3600”?
Yang dimaksudkan dengan berfikir 3600 ialah kita
berfikir dengan mengambil kira dari setiap aspek dan sudut tentang apa yang
kita inginkan.
Sebagai contoh, seperti situasi 1 di atas. Rumah apa yang
korang nak beli? Untuk menjawab soalan itu seperti yang saya katakan tadi
BERFIKIR SECARA 3600. Kalau diikutkan nafsu, mestilah kita nak rumah
yang besar dan tersergam indah bak istana.
Tapi….
Kita kena fikir kalau duit sejuta tu habis untuk membeli
rumah sahaja, mana korang nk cari duit bayar bil air dan eletrik, nk beli
perabot lgi, maintainance rumah lagi dan banyak lagi yg korang nk kene cover.
Kalau kita fikir dari satu sudut lgi, berapa ramai yg nk duk kat rumah tu nti,
kawasan perumahan kat situ selamat ke tak dan banyak lgi yang kene di ambil
kira.
Inilah yang dimaksudkan dengan berfikir secara 3600
dalam erti kata lain berfikir secara menyeluruh.
Dalam al-Quran banyak menyuruh kita untuk berfikir. Antara
nya ialah :
Allah
menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian
mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik
mata hatinya berfikir.
(surah
an-Nur - 44)
Apabila kita melatih diri untuk berfikir secara 3600,
insyaAllah kehidupan diri kita pada masa sekarang dan akan datang akan lebih
teratur dan sempurna dari yang sebelum ini.
Tak percaya? Saya
cabar korang semua cuba fikir solusi untuk situasi di bawah ini berdasarkan
contoh yang saya berikan diatas.
“andai diberi duit RM100 000, korang nk buat dengan duit
tu?”
Fikir-fikirkan dan selamat beramal ~
Ditulis
oleh:
-OYB-
0 Ideas:
Post a Comment