Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang mentadbir dengan segala sifat kesempurnaanNya. Syukur ke hadrat Ilahi kerana sehingga hari ini kita masih diberikan peluang untuk menikmati nikmat iman, Islam, akal, dan nyawa. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga baginda dan para sahabat.
Dalam alam mahasiswa, pembangunan integriti dan sahsiah itu adalah satu perkara penting untuk dipupuk dan dibina seiring dengan pembangunan ilmiah seorang mahasiswa. Alhamdulillah, tempoh empat tahun sebagai mahasiswa merupakan satu pencapaian yang terbaik oleh setiap mahasiswa dalam melahirkan individu yang cemerlang dalam setiap aspek.
Sehubungan itu, saya mewakili organisasi batch sesi 14/15 telah merancang dan mengambil kira pelbagai aspek untuk membantu merealisasikan pencapaian yang terbaik oleh setiap ahli Stanza Mahabbbah. Berikutan itu, amat bersesuaian dengan pembawaan hadaf pada kali ini iaitu
i) Ilmu sebagai teras kejayaan
ii) Ukhuwah dan capaian menyeluruh oleh setiap ahli Stanza Mahabbah
iii) Biah solehah ke arah melahirkan individu cemerlang sosial dan sahsiah
Ilmu Sebagai Teras Kejayaan
Pencapaian yang cemerlang dalam akademik adalah penting demi melahirkan doktor kelas pertama yang mampu menguasai ilmu perubatan dengan sebaiknya, Jadi adalah penting untuk setiap ahli Stanza Mahabbah berusaha untuk melahirkan mahasiswa yang menjadikan ilmu sebagai teras pencapaian termasuk ilmu perubatan, ilmu keagamaan dan ilmu kemahiran hidup. Ini juga penting untuk melahirkan mahasiswa yang sentiasa bijak dan aktif dalam setiap bidang yang diceburi.
Ukhuwah dan Capaian Menyeluruh Oleh Setiap Ahli Stanza Mahabbah
Salah satu asas kekuatan sesuatu organisasi itu adalah melalui sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh ahlinya. Bersesuaian itu, saya menyeru kepada semua ahli untuk melibatkan diri dalam melaksanakan aktiviti atau program yang dirancang oleh organsasi batch. Kesatuan dan ukhuwah yang erat dapat dilahirkan melalui penglibatan secara menyeluruh oleh ahli Stanza Mahabbah.
Biah Solehah ke Arah Melahirkan Individu Cemerlang Sosial dan Sahsiah
Antara agenda terpenting melalui pembawaan batch pada sesi ini adalah untuk mewujudkan suasana yang terpuji dalam kalangan mahasiswa Stanza Mahabbah melalui tatasusila yang digariskan dalam syariat dengan mewujudkan biah solehah. Hal ini penting untuk memastikan semua ahli sentiasa terpelihara dan terbendung daripada gejala tidak sihat yang mungkin menjadi isu besar jika tidak diambil berat.
Atas kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli atas segala sumbangan dan usaha untuk sama-sama membentuk kesatuan dalam kalangan ahli Stanza Mahabbah. Saya mewakili organisasi batch sesi 14/15 ingin memohon maaf kepada semua atas kekurangan pihak kami dalam melaksanakan pengurusan batch pada tahun ini.
Sekian Assalamualaikum.
ABBY RAHMAN BIN IRSAL USNUR

KETUA BATCH, STANZA MAHABBAH
SESI 2014/2015
0 Ideas:
Post a Comment