“Baiklah, hari ini kita akan ambil History dari patient.” Dr. Abdul Hadi mengajak semua mahasiswa kelas 3 ke
bahagian bersalin. Kami ditempatkan disebuah bilik yang mempunyai tiga katil.
Sebentar kemudian seorang perempuan muda dibawa masuk.
“Saya mahu seorang pelajar untuk
mengambil history. Siapa mahu?” Dr.
Hadi memandang murid-muridnya. Waktu itulah semua orang pandang kanan, toleh
kiri. Siapakah yang akan tampil secara sukarela ? Saat itulah juga, semua orang
sibuk membuka buku. Membelek-belek nota
kelas praktikal.
“Saya bagi seminit sebelum saya
pilih seorang.” Dr. Hadi menggertak para pelajarnya.
“Eh, kaulah pergi ambil History.” Seorang pelajar menyeru
rakannya.
“Aku? Aku takpandai bahasa arab
ammiah.”
“Eh, apa kata kalau kau yang
pergi?” Bahar pula yang bersuara.
“Aku tak tahu nak tanya apa. Aku
jarang datang kelas.” Masa beginilah baru nak mengaku tidak datang ke kelas.
Dr. Hadi mengitar pandangannya,
lantas tertancap pada Zainal. Jemarinya melambai suruh datang ke mari. Kemudian
Dr. Hadi memilih seorang lagi pelajar lelaki, Muhammad.
“Siapa yang pandai bahasa Arab?”
“Yasir.” “Yasir.” Rakan-rakan sekelas menyuarakan
cadangan.
“Okey. Yasir, ke mari.”
“Zainal, apa yang kamu nak tanya
untuk Personal History?” Zainal
berfikir sejenak. Cuba mengimbas soalan-soalan yang patut ditanya.
“Patient’s name, age, residency, occupation ….”
“What else?”
“Husband history.”
Tiba-tiba pintu bilik diketuk.
Seorang doktor lelaki berbaju scrub
hijau muda menjengah kepala.
“We have a normal delivery now. Room A3.” Semua pelajar gembira
mendengar berita baik itu. Ini merupakan normal
vaginal delivery yang pertama yang akan mereka saksikan.
“Baiklah. Semua pakai labcoat atau scrub sekarang. Terus ke bilik A3.” Dr. Abdul Hadi memberi perintah.
***
“Sa‘idni ya rabb(Tolong saya
wahai Tuhan).”
“Sa‘idni ya rabb(Tolong saya
wahai Tuhan).”
Seorang ibu menjerit memohon
pertolongan Ilahi. Para doktor dan jururawat berusaha menenangkan si ibu. Para
pelajar diam memerhati keadaan yang berlaku. Ada yang berwajah terkejut. Ada
yang takut. Ada yang selamba macam tidak ada apa-apa. Ada juga yang hampir
pitam.
Ibu itu seakan tersangat sakit
menahan uterine contraction.
Perlahan-lahan meneran keluar anaknya. Saat itulah, tersentap dijiwa kami.
Alangkah susahnya dulu, ibu melahirkan kami. Betapa besarnya risiko yang
dihadapi. Bertarung nyawa antara hidup dan mati. Namun apakah yang sudah kita
balas kembali untuk segala kesusahan ini? Waktu itu, kami sudah tidak ingat
lagi pada stages of delivery lagi. Yang
bermain dikepala adalah bayangan wajah ibu.
Beberapa minit kemudian,
kelihatan kepala bayi keluar dari saluran peranakan si ibu. Lantas disambut
dengan teknik-teknik yang kami pelajari oleh seorang doktor perempuan. Bayi itu
keluar dengan normal presentation. Tali pusat di clamp lalu di potong. Bayi yang baru
dilahirkan itu terus di ambil seorang jururawat.
“Alhamdulillah, bayi dah lahir.”
Desus Adham.
“Eh, bayi lelaki la.” Tambah
Abduh.
“Baru first time tengok bayi lelaki ke Abduh?” Mukmin menyakat rakannya.
“Eh, sapa nak Azan dan Iqamatkan?”
Tiba-tiba Bahar bertanya.
“Kaulah Bahar. Pergi cepat.
Hahaha.” Ketawa mereka pecah berderai bersama-sama.
“Kau jangan suruh aku. Aku bukan
bapak dia.”
“Tak semestinya bapak dia, baru
boleh azan dan iqamatkan. Doktor pun boleh tolong azankan.”
-TAMAT-
Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat
baik) kepada dua orang ibu- bapanya;ibunya telah mengandungnya dalam keadaan
lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya
dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya
kepada-Kulah kembalimu.
(QS. Luqman (31): 14)
O_Zainuddin
19 April 2016
Hari Pertama melihat kelahiran.
Syatby Maternal Hospital, Alexandria.