Majlis Ramah Mesra Bersama Kerajaan Negeri Kelantan



Dato Hj Ahmad bin Yaakob
10 MAC, Iskandariah - Delegasi yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Dato Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato Hj Ahmad Bin Yaakob  tiba tepat pada pukul 3 petang untuk bersama-sama dalam majlis ramah mesra anak-anak Kelantan yang menuntut di Iskandariah. Lawatan rasmi selama tiga hari ke Mesir dimulai di Kaherah dan berakhir di Iskandariah.

     Lawatan ini juga disertai Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, YB Dato Hj Mohd Amar Nik Abdullah, Pengarah Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN), Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), Pegawai Kewangan negeri dan lain-lain. Anak-anak Kelantan yang terdiri daripada Pelajar Sains Kesihatan dan Aliran Islam tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama dalam majlis  ini termasuklah pelajar-pelajar tahun satu.

      Lawatan kerja ini antara lain untuk memantau keadaan penuntut Kelantan yang berada di Mesir serta meninjau persiapan perasmian Wisma Sultan Muhammad Ke IV di Kaherah. Dalam ucapan YAB Dato Timbalan Menteri, beliau menyeru agar anak-anak Kelantan dapat menyesuaikan diri sebaik-baiknya di negara orang dan sentiasa cakna tentang isu-isu yang timbul di tanah air. Beliau juga menyentuh hal-hal semasa yang sedang berlaku di Malaysia.

     Seusai ucapan YAB Dato Ahmad Yaakob, majlis diteruskan dengan sesi soal jawab. Para Pelajar  mengambil  peluang ini untuk bertanya kepada delegasi tentang isu-isu yang berkaitan dengan mereka khususnya dan global amnya. Antara isu-isu yang dibangkitkan ialah soal zakat dan bantuan pelajaran. Selain itu, isu fail dan pemusatan pusat pengajian Universiti Al Azhar turut dibangkitkan.


     Setelah sesi soal  jawab selesai ,maka majlis ramah mesra berakhir. Para hadirin dan delegasi bergambar sebagai tanda kenangan dan ingatan .

Delegasi bersama para mahasiswa dan mahasiswi.

Oleh AND 

0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.