The Walking Quran


“Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Kata-kata di atas merupakan petikan daripada khutbah terakhir Rasulullah S.A.W. Dan masih, ingatan baginda tetap pada umat-umatnya. Kasih yang tidak pernah luntur padam. Hatta sampai akhir nafas baginda sekalipun baginda masih mengenangkan umatnya.

Manual Kehidupan

”Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu dan telah Kusempurnakan nikmatKu kepadamu serta telah Kuridhai Islam sebagai agamamu” 
(Al-Maa’idah : 3)

Kerna cinta, baginda tinggalkan pedoman buat umat-umatnya sebagai panduan. Manual yang syumul sebagaimana luas cakupan Islam merangkumi seluruh aspek dalam belantara kehidupan. Sebagaimana pentingnya oksigen untuk seorang manusia, begitulah juga pentingnya Al-Quran dalam kehidupan manusia.
"If the earth needs the Sun for its light, then the heart should crave for light too, that is from the Quran." 

Tapi apakah kita benar-benar memahami instructions yang telah digariskan?

Analogi

 A man sees a woodcutter furiously trying to cut down a tree with an obviously dull saw. So he asks :

"Hey, why don't you stop for a minute and sharpen your saw? Your work would go much faster!."

The woodcutter replies :

"Stop and sharpen my saw? I don't have time for that! Look at all these trees I have to cut down!"

*****

Lihat diri kita.
Muhasabah.

Apakah wujud persamaan antara kita dan tukang kayu di atas?

Kita semua tahu betapa pentingnya Al-Quran yakni manifestasi kasih dan sayang Allah dan Rasulnya buat kita. Tetapi kenapa kita tidak berusaha memahaminya dengan baik? Kenapa kita tidak berusaha untuk membaca Al-Quran untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik?

Sibuk?
Banyak buku medic nak kena baca?


Jangan tipu diri sendiri.

Berapa ramai antara kita yang lebih halwa pada telinganya mendengar lagu-lagu memuja manusia; wanita misalannya ketika mengulangkaji nota-nota kuliah berbanding mendengar kalam suci Al-Quran. Tenang kata mereka. Sedangkan sudah Allah nyatakan dalam firmannya :

“..hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” [ ar-ra'd: 28 ]

Berapa ramai antara kita yang lebih seronok marathon movie anime dan sebagainya semasa cuti (hatta ketika study leave sekalipun) namun berbagai alasan diberi untuk membaca Al-Quran? 

Sampai bila kita masih terus mahu memotong pokok dengan gergaji yang tumpul?

Generasi Al-Quran

Iqra'.
Bacalah dengan nama TuhanMu yang menciptakan.

Baginda Rasulullah tidak meninggalkan harta yang banyak, bangunan yang tinggi dan tanah luas yang subur   kepada para sahabat. Malah baginda tidak meninggalkan mushaf Al-Quran buat para sahabat, tetapi Al-Quran itu Rasulullah tanam dalam hati para sahabat. Dibentuk  dan diacu mengikut acuan Al-Quran.

Manusia yang hidupnya selari dengan Al-Quran dan Sunnah akan merasakan betapa Al-Quran laksana payung besar yang melindungi mereka dalam banyak keadaan. Al-Quran itu merupakan Syifa' (penawar), Rahmat (rahmat), Nur (cahaya) dan  Hidayah (petunjuk) buat semua.

Sebagai penutup, hamba kongsikan video di bawah. Penerangan dan penjelasan yang baik daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang AL-Quran. The beauty of Quran.

Ayuh!
Be The Walking Quran.

InsyaAllah.




0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.