Stanza Mahabbah

We are Family :)

borang aduan online unit kebajikan

bismillah 
assalamualaikum.

https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dEd2STF5LV9Tb0pMUE9QVXlJYnI3VkE6MQ&fb_source=message#gid=0


DESCRIPTION:
1. Anda boleh membuat aduan berdasarkan apa saja perkara yang berkaitan dengan kehidupan anda sebagai Pelajar Sains Kesihatan Di Mesir (aduan kebajikan, kehilangan aset, tuntutan insurans, permohonan pinjaman dana TKS dll,)

atau berkaitan dengan PCI samada komen,cadangan, kritikan dan sebagainya terhadap persatuan.

2. Sebarang maklumat yang terkandung di dalam borang kaji selidik ini adalah rahsia dan dianggap sulit. Hanya mereka yang berautoriti dan berkenaan sahaja boleh mengakses maklumat yang terkandung di dalam borang ini. Harap maklum.

3. Segala maklumat hendaklah diisi dengan rasa penuh tanggungjawab, jujur dan amanah anda sebagai seorang Muslim dan individu yang bakal menjadi pengamal perubatan.

JZKK. 

Analysis: 2nd Sem and Repeaters


Bismillah,
Assalamualaikum wbt.



Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:
وَمَنْ سَلَكَ طَرِيْقًايَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا,سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيْقًا إِلَى الجَنَّةِ
Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke Syurga.” (H.R Muslim)



Alhamdulillah.Analisis peperiksaan Semester 2 dan Repeaters yang ditunggu-tunggu telah pun dilengkapkan. Dalam analisis kali ini, kami akan memaparkan jadual dan carta untuk peperiksaan Semester 2 yang merangkumi Modul 4,5,6 dan 7, serta Human Rights yang tidak menyumbang markah dalam pointer semester.

Analisis Keseluruhan Semester 2 Sesi 2011/1012

Berikut adalah analisis secara keseluruhan (for Malaysian students only):

 Berikut pula adalah markah/gred pelajar mengikut modul :









 Berikut pula adalah jadual untuk para pelajar yang tidak berjaya mencapai gred minimun untuk lulus. Jadual pertama diklasifikasikan mengikut jantina dan jadual kedua berdasarkan tajaan. Jumlah keseluruhan tidak menggambarkan bilangan pelajar yang gagal kerana ada juga pelajar yang gagal lebih dari satu kertas.
 Carta di bawah membahagikan para pelajar yang gagal mengikut section. Section 2 dan 6 mencatatkan bilangan pelajar gagal yang paling sedikit,manakala section 5 mencatatkan bilangan pelajar gagal yang tertinggi.
 Carta di bawah anda ini menunjukkan bilangan pelajar menurut gred untuk modul-modul semester 2:
 Dan berikut adalah carta-carta terperinci setiap modul:







Sahabat semua pasti tertanya-tanya,siapa pula dalam kalangan kita yang berjaya meletakkan diri dalam kalangan mereka yang cemerlang untuk Semester 2 yang lalu? Adakah wajah-wajah yang sama seperti semester 1 atau ada pencabar-pencabar baru yang mula menunjukkan potensi dan taring masing-masing?

Ayuh!

Kita mulakan dengan mereka yang berjaya mendapat markah tertinggi untuk setiap modul;

module 4: Puteri Nurul Syifa bt Othman & Mohamad Thahir bin Mohamad Zain
module 5: Andi Nurehan Adibah bt Rahim & Mohamad Imran bin Yusof
module 6: Nur Amalia Alani bt Che Baharom & Mohamad Fikri bin Mohd Hayati 
module 7: Nur Wal Affa binti Aziz & Muhammad Syafiq bin Tohit


Bagaimana pula dengan Ranking Semester 2? Berikut adalah TOP 10 yang tersenarai mengikut markah keseluruhan Sem 2:

1.Puteri Nurul Syifa bt Othman
2.Mohamad Fikri b Mohd Hayati
3.Nur Amalia Alani Che Baharum
4.Noor Aisyah bt Jamian
5.Ahmad Hilman bin Harun
6.Mohamad Imran bin Yusof
7.Mohamad Thahir bin Mohamad Zain
8.Anith Fatihah binti Fakhrurazi
9.Faizatul Hanis binti Baharuddin
10.Muhammad Hasif bin Yusof


Dan sekarang, 
mengumumkan 10 TERATAS untuk Tahun 1 mengikut CGPA, mereka adalah:


1) PUTERI NURUL SYIFA BT OTHMAN
2) MOHAMAD FIKRI B MOHD HAYATI
3) AHMAD HILMAN B HARUN
4) MOHAMAD THAHIR B MOHAMAD ZAIN
5) NOOR AISYAH BT JAMIAN
6) MUHAMMAD HASIF B YUSOF
7) NUR AMALIA ALANI BT CHE BAHARUM
8) ANITH FATIHAH BT FAKHRURAZI 
9) MOHAMAD IMRAN B YUSOF
10) NUR ASHEKIN BT MOHAMMED SUHAIMI

Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya. Semoga kejayaan kalian menjadi pendorong dan pemangkin semangat rakan-rakan yang lain untuk berusaha lebih gigih demi mencapai kecemerlangan akademik yang awesome, ameen inshaAllah!

Maka kita telah tamat dengan analisis ringkas Sem 2 (malas nak tulis panjang-panjang, korang bukan nak baca sangat kan.haha). 
Mari beralih pula ke analisis Repeaters.


 Analisis Repeaters Tahun 1 2011/2012

 Jumlah pelajar yang gagal sekurang-kurangnya satu kertas untuk tahun 1 adalah seramai 47 orang. Pada akhir cuti musim panas yang lalu, pihak universiti telah menjalankan peperiksaan semula (re-sit) bagi pelajar yang gagal untuk mencapai gred lulus minimum.

Perlu diberitahu di sini bahawa statistik yang dipaparkan turut melibatkan pelajar international (Egyptian). Jika dilihat pada kolum Modul 1, terdapat seorang pelajar Arab Mesir yang gagal, lalu kemudiannya berjaya mendapat gred C+ selepas peperiksaan ulangan. Untuk batch kita, tiada pelajar Malaysia yang gagal dalam Modul 1. Alhamdulillah.

Berikut adalah keputusan peperiksaan re-sit yang disusun mengikut gred.



Jika dilihat pada jadual di atas, Modul 2 berjaya dilepasi dengan 74% success rate. Modul 3 dan 6 pula masing-masing dengan kadar kejayaan 55% dan 50%.

Namun langit tidak sentiasa cerah buat semua. Hanya dua orang sahaja yang berjaya melepasi penangan Modul 5 daripada keseluruhan 8 pelajar. seramai 14 daripada 24 orang pula tidak berjaya untuk melepasi Modul 4 buat kali kedua. Allahuakbar! Semoga Allah beri mereka kekuatan.

Carta di bawah menunjukkan jumlah repeaters sebelum peperiksaan, mereka yang lulus dan tidak lulus mengikut modul selepas peperiksaan.




Dan carta di bawah memperlihatkan bilangan repeaters mengikut gred:


Keseluruhan:
Jika dilihat secara kasar,secara keseluruhannya prestasi akademik batch kita meningkat lebih baik berbanding semester 1 dari segi bilangan pelajar yang gagal,serta peratusan LULUS bagi setiap modul semester 2 dilihat lebih baik berbanding semester 1. Namun perbandingan ini bukanlah indikator tepat memandangkan setiap modul mempunyai credit hour yang berbeza.

CGPA Range/No of students:
Excellent 3.67-4.00 (15)
Very Good 3.00-3.66 (103)
Good 2.33-2.99 (119)
Pass 2.00-2.32 (24)
Weak 1.33-1.99 (11)
Failure 0.00-1.32 (3)

Akhir kalam, jutaan terima kasih penghargaan kami kepada semua SR tahun lepas yang bertungkus-lumus menyiapkan analisis semester II dengan cemerlang.
Terima kasih juga kepada semua SR sesi 12/13 yang menyelesaikan analisis repeaters dengan jayanya.

Final words our dear friend,
Aim for the moon,cause even if you miss, you'll land among the stars. And if you really want Jannah, aim for the highest one, Jannatul Firdaus. Even if you miss, you'll land among the Adn, Ma'wa, Naeem and Darussalam! Ameen guys, ameen ya Robb.

Sekian,Barakallahu fikum :)

Artikel: Nyamuk Oh Nyamuk


Bismillah

pernahkah saudara melalui keadaan sebegini.?

Pada satu malam yang sunyi lagi dingin,
kelihatan manusia di sekeliling kita sudahpun memejamkan mata, hanyut dalam mimpi masing-masing. Pelbagai ragam manusia tidur dapat kita saksikan. Ada yang berbolak balik mengubah posisi tidur. Ada yang berdengkur. Tidak kurang juga ada yang mengigau dan menyebut nama seseorang berulang kali tanpa dia sedari.  =)

Dengan badan yang letih, kita pun bersiap-siap untuk tidur setelah semalaman menghadap buku.
jam loceng dikunci, doa dibaca dan kemudian tanpa membuang masa kita terus merebahkan badan atas tilam yang empuk. Mata dipejam. Bilik yang hanya sebentar  tadi disimbahi cahaya lampu jalan dari luar,kini  mula bertukar gelap.

senyap…
tenang…
tiba-tiba..

datang satu bunyi yang sangat menjengkelkan. Bunyi yang boleh membuat sesiapa sahaja tidak senang duduk, apatah lagi tidur. Cepat-cepat kita menekap bantal ke muka. Tapi entah kenapa, bunyi tersebut masih bermain-main di telinga kita. Kita mendengus geram dan mula merungut.

Ya Allah,..
Encik nyamuk sudah memulakan operasinya !
[credits]

Belum sempat kita memasuki fasa deep sleep sudah pun diganggu .
pantang dicabar. Musuh menyerang maka kita membalas !
Maka, bermulalah kita mengeluarkan kesemua jurus – jurus yang tersimpan rapi sebelum ini. Buah-buah silat dibuka, tangan dihayun pantas seperti  seni wing chun di dalam filem Ip Man, kaki menyepak keras ala-ala tae kwon do, penglihatan dan pendengaran menjadi peka seperti ninja kampung daun, refleks badan meningkat seperti sifu kungfu ,  dan banyak lagi seni berbahaya yang digunakan untuk menghadapi musuh.
[credits]

Kita ingin menang,
Supaya tidur tenang,

hmmm,,
pasti situasi ini pernah berlaku pada saudara. Betul?

saudara, cuba kita perhatikan sebuah hadith Rasulullah yang boleh dikaitkan dengan situasi sebentar tadi.

لَوْ كَانَتِ الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللهِ جَنَاحَ بَعُوْضَةٍ مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ
“Seandainya dunia punya nilai di sisi Allah walau hanya menyamai nilai sebelah sayap nyamuk, niscaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir seteguk airpun.
(HR. At-Tirmidzi no. 2320)

Lihatlah saudara, penilaian Allah terhadap dunia ini. Dunia ini tidak setanding pun dengan seekor nyamuk di sisi Allah. Dunia tempat di mana kita merasakan di sinilah puncak keseronokan, kebahagiaan dan tumpuan kita hakikatnya adalah sangat kecil nilainya .

[credits]


Seharian kita menumpukan sepenuh perhatian untuk mencari  dunia tapi sayangnya dalam masa yang sama kita mengabaikan akhirat yang sangat tinggi nilainya.
Running men, League Of Legends, deretan movies, update twitter dan facebook, bermesra silang jantina yang tidak sah, semua ini dilakukan dengan harapan bahawa kebahagiaan dan keseronokan menunggu. Saudara, kebahagiaan sebegitu yang dicari hakikatnya adalah sangat rendah nilainya dan tidak kekal.

Adakah saudara terlupa bahawa kebahagiaan yang kekal di akhirat  menunggu kita ?. Akhirat disediakan bagi mereka yang lebih mengutamakannya  dari dunia ini.
kita mengharapkan kesenangan akhirat tapi tidak bertindak menjurus ke arah itu.
Tanya semula diri kita.
di manakah posisi kita dalam menunaikan solat berjemaah ?
di manakah posisi kita dalam pembacaan Al-Quran setiap hari ?
di manakah posisi kita dalam mengerjakan ibadah fardhu dan sunat?
di manakah posisi kita dalam meletakkan kecintaan kepada akhirat berbanding dunia?

saudara,
aplikasikanlah kefahaman ini dengan situasi sebentar tadi agar apa yang berlaku (gangguan nyamuk) tidak berlalu dengan sia-sia. Kita mencari hikmah pada setiap apa yang berlaku.
umpamakan nyamuk itu dengan dunia. (begitulah rendahnya nilai dunia ini.)
maka setiap kali kita membunuh nyamuk tersebut, secara langsung kita boleh bermuhasabah

“bahawa saudara sebenarnya telah membunuh dunia ini berkali- kali ! “


Maka adakah saudara masih ingin membiarkan diri dibelenggu dunia?



111
universitas iskandariah

Bukan mata,tapi hati.


Hujan masih belum berhenti. Setiap kali ada sahaja yang Allah mahu tunjuk dengan aku, pasti mutiara dari langit itu turun. Ya, bunyi klise! Dramatik, entah kenapa.

-----
"Awak, nanti minta tolong bagitahu pemandu bas yang pak cik ini mahu turun di Pantai Dalam ya."

Payung dikatup. Tongkat setia di tangan kanan. Aku terpegun dari tepi. Gadis yang dititip pesan, angguk-angguk tanda faham. Gadis yang pimpin Pak Cik dari Stesen LRT itu senyum manis. Gadis biasa-biasa, tidak berhijab labuh. Tapi hatinya luar biasa, sifat mahmudah serba-serbi penuh. Kagum!

------
"Pak Cik, bas dekat depan sana. Kita jalan sedikit ya, saya bawa."
-----
"Dah sampai depan pintu nak?"
"Belum Pak Cik, sikit je lagi."
-----
"Ok, Pak Cik kena angkat kaki sedikit. Ini pintu bas."
Tangan Pak Cik sudah aku halakan pada pintu bas.
"Payung Pak Cik saya pegangkan, Pak Cik naik dahulu."
"Terima kasih, nak. Terima kasih."

Aku senyum, penat tahan sebak. Kadang-kadang orang yang cukup deria pun kelat lidah mahu ungkap 'terima kasih'.

-----
[bukan mata, tapi hati. ehsan]

Apa kau tidak cemburu teman? Kelak di akhirat, tentu sahaja hisab Pak Cik di al-Mizan diringankan. Satu nikmat dunianya telah ditarik. Kita yang sempurna deria lihat ini, perlu jawab semua dengan Allah. Jaga pandangan atau tidak? Tengok perkara lagha atau tidak?  Berapa kali guna mata untuk baca Al-Quran? Berapa kali mata keluar tangis kerana takut Allah?


Schedule : 8th Module


Assalamualaikum wbt.

alhamdulillah kembali semula kita ke sesi kuliah di semester 3..semoga semua bersedia menduduki tahun 2 dengan mental dan fizikal yang cergas..aminn..:)

Pengumuman jadual untuk sesi pertama bagi semester 3. Sahabat-sahabat boleh merujuk gambar di bawah ataupun terus download di sini : 3rd Semester Schedules

Jadual BARU Minggu 4 & 5 boleh scroll bawah.





Jadual terbaru (1 Nov-11 Nov 2012)
















Sahabatku, Berdoalah

Bismillah,

Assalamualaikum.
Wahai hati, bangunlah.,tadahkan tangan, tundukkankan diri dan berdoalah.



Saudara,

Mengapa saya lihat saudara tidak berdoa? Tidakkah saudara merasakan doa itu satu keperluan kita sebagai hamba?
Bukankah Allah itu sentiasa mendengar dan mengabulkan doa hambanya?

Oh,nampaknya terdetik keraguan dalam diri saudara. Barangkali saudara tidak menghayati firman Allah ini.



وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

(2:186)

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."

Mengapakah saya terlihat saudara masih lagi tidak terkesan dengan ayat ini?

Saudara yang tercinta, cuba semak persoalan-persoalan berikut yang memerlukan jawapan dari hati saudara sendiri
-adakah antara kita yang tidak mempunyai masalah sama sekali dalam hidup?
-adakah antara kita tidak mempunyai harapan-harapan besar yg sukar diraih?
-adakah antara kita yang seluruh hidupnya santai?
-adakah antara kita yang sama sekali tidak perlukan Allah dalam hidup?


Wahai hati yang sedang membaca artikel ini, tujuan dari ibadah doa adalah agar tangan kita selalu menadah ke atas, memohon dan yakin Allah mengabulkannya apabila KITA MEMINTA. Juga sebagai tanda penghambaan kita. Apa lagi yang membuat kita tidak berdoa kepadaNYA?

Hmm...masih ada sedikit kerungsingan dalam hati saudara. Pasti saudara masih ragu apakah betul doa saudara sampai kepada ALLAH?

Dalam sirah, banyak soalan yang ditanya kepada Rasulullah berkaitan sesuatu perkara, namun Rasulullah tidak menjawabnya melainkan selepas turun ayat Al-Quran – sebagai jawapan kepada soalan tersebut.

Perhatikan jawapan-jawapan Al-Quran tersebut:

Apabila ditanya tentang khamr dan judi,


يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآَيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ﴿2:219﴾ 


Apabila ditanya tentang harta yang perlu diinfaqkan,


يَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلْ مَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ خَيْرٍ فَلِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ 


Apabila ditanya tentang perempuan haidh,


وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ ﴿2:222﴾


Apabila ditanya tentang harta rampasan perang,


يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَنْفَالِ قُلِ الْأَنْفَالُ لِلَّهِ وَالرَّسُولِ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَصْلِحُوا ذَاتَ بَيْنِكُمْ وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِين ﴿8:1﴾ 


Apabila ditanya tentang bulan haram,


يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ وَصَدٌّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِنْدَ اللَّهِ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّى يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿2:217﴾ 


Begitu juga apabila ditanya tentang anak bulan,


يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ وَلَيْسَ الْبِرُّ بِأَنْ تَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ ظُهُورِهَا وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقَى وَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَابِهَا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 2:189﴾



Saudara,

Perhatikanlah struktur ayat Al-Quran yang digunakan. ayat tersebut semuanya dimulakan dengan perkataan يَسْأَلُونَكَ yang membawa maksud “mereka bertanya kpd kamu (Muhammad)”, Kemudian disambung dengan pernyataan masalah, sebelum disambung lagi dengan perkataan قُلْ Yang bermaksud “katakanlah (Muhammad)” sebagai jawapan kpd persoalan tersebut.

Namun, saudara pembaca yang dimuliakan, terdapat satu ayat di dalam Al-Quran yang berlainan strukturnya.

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya “wahai Rasulullah, apakah tuhan kita jauh sehingga kita menyerunya, atau DIA dekat sehingga kita cukup berbisik kepadaNYA?”

Apakah jawapan Al-Quran terhadap soalan tersebut?

Tidak lain tidak bukan ayat yang saudara endahkan pada permulaan artikel tadi.
Mari kita semak semula ayat tersebut.


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ 

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka , bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."

Perhatikanlah wahai jiwa , hayatilah ayat ini dengan mata hati .Jawapan Al-Quran ini tidak lain tidak bukan untuk menenangkan hati hambaNYA yang berdoa . Ketahuilah, Tidak diletakkan perkataan “katakanlah (Muhammad)”pada ayat ini. Saya ulangi, tiada lagi perkataan ” QUL”

Lihatlah, Allah tidak meletakkan Rasulullah sebagi perantara untuk menjawab persoalan tersebut, melainkan DIA sendiri yang menjawabnya. Ini menunjukkan hubungan doa kita dengan Allah adalah perhubungan yang terus, tanpa perantara antara kita dengan Allah.

Mengapa saya lihat saudara terdiam? Barangkali saudara sudah mula mengerti.

“apabila dia memohon”

Ya, saudara. Doa saudara akan diperkenankan JIKAsaudara memohon. Sekarang terserah kepada saudara untuk mula memohon atau tidak.

Di antara anda ada yang mula mendalami kata- kata ini yang kemudian segera mengangkat tangannya ke atas dan air mata pun menyaksikan kejujuran niat dan motivasi, maka hati pun akan berbicara mewakili kerendahan dan penghibaan.


Pada saat itulah, anda keluar dari satu alam ke alam yang baru !

Saudara, Allah Maha Memperkenankan doa hambanya. 
Namun, adakah kepada yang tidak pernah meminta ?



oleh:111, universiti iskandariah

peringatan sebelum pulang ke mesir =)

bismillah
assalamualaikum.

regarding visas.
selepas bincang dgn univ, pembaharuan visa akan dibuat macam tahun2 lepas, iaitu akan disettle oleh universiti sendiri. tiada penukaran prosedur.

jadinya student tak perlu untuk renew visa di embassy KL.

apa yang berlaku pada sahabat kita tu, kami tak boleh cakap secara pasti sebabnya, tapi sangat JARANG berlaku. kemungkinan polisi syarikat penerbangan, mungkin juga masalah visa sekali dengan masalah2 lain. kalau disebabkan visa sahaja, memang jarang. Univ sendiri tak dapat sebarang makluman dari imigresen berkaitan apa2 perubahan polisi (sepatutnya merekalah antara yang terawal dapat).moga Allah mudahkan urusan sahabat kita ni.

sebelum ni, ramai kawan2 kita yang pulang ke mesir (winter break, repeat paper dll) tanpa visa yang hidup masih dapat masuk ke mesir. setibanya di mesir mereka ini akan dapat visa on arrival (VOA) selama 15 hari. kemudian serahkan passport kepada univ utk renew.

jika ditanya, just inform dan tunjukkan no giliran gawazat yang telah pun kita dapat (dan surat sokongan univ kalau ada). ini utk buktikan kita sedang dalam proses utk dapatkan visa, dan kelewatan gawazatlah yang buatkan kita masih belum terima visa.

dan tarikh visa student yang kita dapat sebelum ni sampai 31 disember 2012 (sila cek dan maklumkan cepat2 kpd ana dan hidayah kalau berlainan tarikh)

jadi, jangan risau, tak perlu renew visa di malaysia. =)

tapi kalau urusan RENEW PASSPORT , SILA URUSKAN KAT MALAYSIA . tengok tarikh expired, KALAU KURANG DARI 6 BULAN dari tarikh, cepat-cepatlah renew passport
.

bagi mereka yang buat passport baru, just tunjukkan visa kita di passport lama . mudahnya kalau kita kepilkan kedua2 passport tu sekali. -

mereka yang masih belum hantar dokumen2 utk apply visa seterusnya (seperti yg diminta haritu), jangan risau, sampai sahaja di mesir boleh serahkan.

tapi kalau masih tak yakin dengan post terbaru ini, dan nak renew visa di malaysia juga
bolehlah pergi ke embassy mesir ,KL. insyaAllah boleh dapat dalam 4-5 hari.

hari :isnin - jumaat
masa : 9-12
dokumen2 yang perlu:
gambar passport sekeping
salinan passport sekeping
salinan kad pelajar sekeping
salinan e-ticket ( tp ttp 5 hri siap)
passport
rm 67

apa2 masalah atau perlukan apa2 confirmation, boleh terus contact person in charge (PIC) di univ berkaitan urusan ni
+201223926424.

dan seeloknya, apa soalan2 , silalah rujuk kat PIC tu, ana atau hidayah utk elak info yg bercanggah .
akhir kata, selamat pulang ke mesir dengan azam dan kekuatan yang baru =)
wassalam dan jzkk

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.