#1 Kunci Kejayaan : Keimanan


Apabila berbicara soal keimanan,kita sebenarnya membicarakan soal nikmatNya.Dalam ketidakhitungan nikmat kurniaanNya,keimanan merupakan nikmatNya yang paling besar atau dengan kata lain,nikmatNya yang paling bernilai.

Apabila hitungan nikmat permberianNya dinisbahkan kepada seluruh lautan biru yang dijadikan dakwat,dan seluruh lautan flora yang dijadikan pena,dan ditulis setiap nikmatNya,maka percayalah sesungguhnya nikmat keimananNya,nikmat keIslamanNya yang diberikan kepada kita adalah nikmat yang paling nikmat untuk segala nikmat yang tidak tertulis itu.

Mendefinisikan Keimanan

Buat permulaan,ana buka satu persoalan.

Bagaimana antum mendefinisikan keimanan?

Aku hafal Al-Quran,aku beriman?
Aku bertudung labuh,aku beriman?
Aku berkopiah,aku beriman?
Aku pergi tafaqquh setiap minggu,tak pernah miss.Aku beriman?

Atau
Nama aku Nor Iman,adakah aku orang yang beriman?

= =’

Inikah keimanan?

Membenarkan(meyakini) dengan hati,menyatakan(berikrar) dengan lisan dan mengamalkan (manifestasi) dengan perbuatan.

Ini definisi keimanan yang sebenarnya.Sama ada masih lekat dalam ingatan ataupun tidak,ini definisi yang kita pelajari sedari sekolah dahulu.

Hati yakni keyakinan.
Mulut yakni pertuturan.
Anggota badan yakni pembuktian.

Maka,mari sama-sama soal diri sendiri:

“Apa definisi ‘iman’ini,merupakan cerminan iman di dalam dada?”


Kejayaan : Dunia dan Akhirat

Sebelum ana ‘ala tuul(baca:terus) ke mesej sebenar yang ana cuba nak ketengahkan,ada satu lagi persoalan yang ingin ana timbulkan di sini.

“Apa definisi kejayaan bagi antum?”

Rumah besar?
Kereta besar?
Pangkat besar?
Isteri besar?

Atau

Straight A SPM pastu dapat tawaran MARA belajar dekat Alexandria?

Whoa!!
= =’


Ohrite.
Semua yang dinyatakan di atas adalah kejayaan.Tetapi,kejayaan yang subjektif.

Kenapa subjektif?
Kerana kejayaan bagi seseorang,mungkin bukan kejayaan bagi orang lain.

Jadi apa sebenarnya kejayaan?

“Kejayaan yang sebenar adalah kejayaan di dunia.Dan juga kejayaan di akhirat.”

Ini yang ana yakin.Bahawa kejayaan yang sebenar adalah kejayaan di dalam kedua-dua fasa kehidupan, baik di dunia nyata,ataupun dunia kekal di alam sana.Tidak bermakna bermegah dengan ‘syurga’ dunia, tapi di akhirat diazab pedih dalam api neraka yang menyala. 

Dan sesungguhnya andai kita menghayati doa seharian kita,kita sentiasa berdoa:


وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka." (Al-Baqarah:201)
Berikan kami kebaikan di dunia.
Dan kebaikan di akhirat.

Result yang Mumtaz = Iman yang Mumtaz

Okeh.

Kenapa ana beria-ria berbicara soal keimanan?
Kenapa ana beria-ria berbicara soal kejayaan ?

Kerana ana nak bawa satu fakta.

Ini:
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya beruntunglah(berjayalah) orang-orang yang beriman,
(Al-mukminuun:001)


Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman!

Ini bukan fakta yang dibuat-buat.Bukan.Ini fakta yang ana ambil daripada satu kitab yang tiada keraguan di dalamnya yakni Al-Quran..Petunjuk buat manusia menggapai redhaNya.

Fakta ini mengenai relationship(baca:hubungan/kaitan) antara keimanan dan kejayaan.Berita gembira yang Tuhan khabarkan kepada setiap orang yang beriman bahawa kejayaan buat mereka bukanlah sekadar angan-angan.Bukan.

Tetapi kejayaan buat hambaNya yang beriman adalah suatu perkara yang telah ditetapkan.

Weyh,Bill Gate orite je millionaire.Dia tak beriman pon.”

Ohrite.Boleh ana balas statement di atas begini :

Satu- Bukankah Allah itu Maha Pemurah?
Dua - Berbalik kepada definisi kejayaan,bukan sekadar di dunia.Tapi di akhirat sana.
Tiga – Dollar bukan currency(baca:mata wang) untuk membeli syurgaNYa.Bukan.

Keimanan kepadaNya menjanjikan kejayaan.Baik di dunia,mahupun di akhirat sana..Kejayaan itu,jika bukan sekarang bukanlah bermaksud kita kecundang.Ia sekadar kejayaan yang ditangguhkan.



Itu janjiNya.
Jadi,sebagai kesimpulan jadilah manusia yang beriman kepadaNya.Kerana sesungguhnya keimanan itu merupakan kunci utama kepada pintu kejayaan.

Allah beri kita nikmat Islam,Allah beri kita nikmat Iman tanpa kita meminta dariNYa.
Semoga Allah beri kepada kita nikmat kejayaanNya apabila kita meminta dariNya.

Allahumma amen.

Nota kaki:

Ini merupakan entri bersiri.Tadabbur surah Al-Mu’minuun.InsyaAllah.Keimanan itu kunci kejayaan.Andai pintu kejayaan sudah terbuka,tetapi kejayaan itu masih tiada di dalamnya.

Mengapa? InsyaAllah.Nantikan sambungan seterusnya.

Dr Ibnbakr,
Alexandria,Mesir.

0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.