Laporan Aktiviti: Solat Hajat & Iftar Jamaie

Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. (iaitu) orang yang khusyu’ dalam solatnya”  
Al Mukminun 23;1-2

Isnin, 23 Februari 2015 ; Telah diadakan program Iftar Jamaie dan solat hajat perdana untuk warga Stanza Mahabbah yang bertempat di sutuh banguna MARA. Program iftar jamaie ini diadakan bertujuan mengeratkan ukhwah sesama ahli Stanza Mahabbah di samping sebagai langkah persedian bagi semua ahli SM untuk menghadapi peperiksaan semester ke tujuh tahun ini.

Program bermula pada jam 5 petang dengan menyambut kehadiran ahli SM. Diteruskan dengan iftar jamaie dan solat maghrib yang diimamkan oleh saudara Syed Hamimi Firdaus. Majlis diteruskan dengan solat jenazah ghaib untuk arwah ayah saudari Nur ‘Alanna, Azham bin Arshad. Moga ayah saudari ‘Alanna ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.

Al Fatihah.

“inna lillahi wa inna ilaihi raji un, sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan dikembalikan”
Al Baqarah 2;156


Seterusnya, solat hajat yang diimamkan saudara Baihaqi. Solat hajat khusus buat sahabat kita saudara Ashraf Jay dan saudari Raihan Izzati. Moga Allah kurniakan kesihatan dan ketabahan buat mereka. Solat hajat ini juga diadakan untuk semua warga SM yang bakal menduduki peperiksaan semester 7 yang akan bermula pada 4 mac 2015.

“Apa pun yang akan terjadi, ingatlah bahawa ketika kau tak punyai siapa siapa selain Allah, Allah itu sudah lebih dari cukup”
–Hamka-


Seusai solat hajat, majlis diteruskan dengan sedikit perkongsian ilmiah tentang cara dan tips untuk ‘study’ oleh saudara Hisyam Yusoff, senior perubatan tahun akhir Alex. Semoga apa yang disampaikan oleh beliau sedikit sebanyak dapat membantu dan dapat menaikkan semangat warga SM supaya lebih bersedia bagi menghadapi peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Perkongsian oleh senior, saudara Hisyam Yusoff

Program diteruskan dengan pemberian cenderahati buat saudara Hisyam Yussof yang disampaikan oleh Ketua bacth stanza mahabbah sudara Abby Rahman dan juga penyampaian hadiah untuk para pemenang pertandingan cuti cuti SM (#cuticutiSM) yang telah diadakan semasa winter break lepas. Untuk pertandingan cuti cuti SM ikhwah, tempat pertama dimenangi oleh Mohd Zul Faiz Zulkfli dan tempat kedua oleh Ahmad Mahyiddin Shariff. Untuk akhwat, tempat pertama telah dimenangi oleh saudari Nurul Atiqa Askan dan tempat kedua saudari Nurul Azhani Azhar. 


Pemenang tempat pertama (Ikhwah) ; Mohd Zul Faiz Zulkifli



Tempat kedua (Ikhwah) ; Ahmad Mahyiddin Shariff



Tempat pertama (Akhwat) ; Nurul Atiqa Askan



Tempat kedua (Akhwat) ; Nurul Azhani Azhar



Akhir sekali, semoga ukhwah yang terjalin sesama ahli SM akan terus erat sampai bila bila. Dan selamat menduduki peperiksaan semester 7 untuk semua. Teruskan usaha, tajdid niat dan selamat maju jaya !

“dan hanya kepada Tuhanlah hendaknya, engkau berharap”
                                     As Syarh 94;8   




0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.