Kita, kamu dan saya harus ambil endah. Bahawa Allah memerintahkan kita agar sentiasa bertaubat kepadaNya senantiasa. Seikhlas mungkin. Yakin dan percaya bahawa Dia, Allah maha penerima taubat. Andai semua manusia sudah tidak mahu menerima, pulanglah kepada Allah, Tuhan yang akan sentiasa menerima kita, meskipun kita tidak pernah mengingatiNya ketika kita seronok, Dia selalu memerhatikan kita, Kerana Dialah Maha Melihat.
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha"
(Quran, 66:8)
Acap
 kali. Perbuatan dosa sering tidak diambil cakna. Seolah-olah 
melakukannya akan mendapat reda dari Allah. Ketahuilah sahabat, bahaya 
menangguhkan taubat, bahawa apabila perkara dosa telah menjadi perbuatan
 biasa, maka fitrah pun akan binasa. Fitrah manusia ialah bersih suci. 
Apabila sudah dikotori, masakan mahu putih lagi? Maka tenggelamlah karam
 diselaputi debu dosa. Tidak tahu membeza dosa pahala.
Bahawasanya,
 ramai lagi dalam kalangan kita tidak mahu bertaubat, kerana menyangka 
dia akan mengulangi perbuatan dosa sebelumnya. Segalanya berpunca 
daripada masalah salah faham. Malah penah satu ketika melayari laman 
sosial. ada seorang sahabat telah bertanya soalan di salah satu lambakan
 group-group di laman sosial tersebut. Soalan tersebut lebih kurang 
macam ni...
"bolehkan sesiapa tolong terangkan tentang Taubat Nasuha dan adakah ia hanya boleh dilakukan sekali sahaja?"
Maka adalah seorang pemberi fatwa yang menjawab soalan tersebut.
"Berdosa besar apabila mengulangi semula perbuatan dosa tadi setelah Taubat Nasuha. Kerana sudah berjanji dengan Allah."
Inilah
 bahaya apabila kita cuba menjawab sesuatu di luar pengetahuan dan ilmu.
 Janganlah kita menjadi ustaz mahupun ustazah jadian yang bebas memberi 
hukum tentang sesuatu perkara berdasarkan ilmu daripada internet yang 
sekelumit. Nasihat daripada diri yang hina ini.Bergurulah. Bergurulah. 
Bergurulah.
Seorang
 sahabat Nabi bernama Hanzalah mengadu kepada Nabi dengan berkata: 
“Wahai Nabi, sesungguhnya Hanzalah telah menjadi munafiq”. Nabi berkata:
 (Apa maksudmu?). Kata Hanzalah: “Apabila kami berada bersama Kamu, kami
 ingat kepada Akhirat, tetapi apabila kami pulang bersama keluarga, 
anak-anak, dan harta kami, kami banyak lupa”. Sabda Nabi: (Demi Allah 
yang diriku dalam kekuasaanNya, kalau kamu terus kekal seperti hal kamu 
ketika bersamaku, nescaya malaikat akan berjabat tangan dengan kamu di 
bilik kamu dan jalan-jalan. Tetapi Hanzalah, ada masa masanya). Riwayat 
Imam Muslim (8/95, no 4937)
Mintalah
 kepada Allah, Allah akan sentiasa mendengar segala permintaan hambaNya,
 hatta beribu-ribu, berjuta-juta permintaan kita kepada Allah. Allah 
akan mendengarnya, kerana Dia telah berfirman bahawa berdoalah 
kepadaNya, Dia akan perkenankan. Jangan selalu bergantung kepada 
manusia. Kerana manusia sering berkira-kira. Minta sekali mungkin akan 
diberi, kali kedua meminta mungkin pelempang yang diberi.
Kepada
 sahabat-sahabat, yang masih lagi terperangkap di dalam perangkap dosa 
ciptaanya sendiri, berusahalah memandang berat setiap dosa yang 
dilakukan. Ingatlah.jangan kita melihat akan kecilnya sesuatu dosa 
itu,tetapi lihatlah kepada siapa dosa itu kita lakukan.
Dan
 segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) 
keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas 
segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa
(Quran,3 :133)
Bersangka baiklah kepada Allah. Bahawa Dia akan menerima taubat kita.
“Aku
 selalu mengikut sangkaan hambaKu.Aku sentiasa bersama-samanya.Ketika ia
 mengingatiKu dalam dirinya,Aku pun mengingatinya dalam diriKu.Jika dia 
mengingatiKu dihadapan orang ramai,Aku pun akan mengingatinya dihadapan 
orang yang lebih ramai.Jika dia mendekatiKu sepanjang sejengkal,Aku akan
 mendekatinya sehasta.Jika dia mendekatiKu sehasta,Aku akan mendekatinya
 sedepa.Jika dia mendatangiKu dengan berjalan kaki,Aku akan 
mendatanginya degan berlari”
(Hadis Qudsi riwayat Al-Bukhari.)
Allah tidak akan 
pernah jemu melainkan kita sendiri yang jemu memohon padaNya. 
Sentiasalah bertaubat, jengan pernah mengambil ringan dengan dosa. Kecil
 mahupun besar kerana kita Muslim, Mukmin, dan muttaqin. Insya-Allah.
Sesungguhnya
 orang mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di 
bawah gunung,yang mana dia (sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti 
akan menghempapnya,dan orang yang keji pula memandang dosa-dosa mereka 
seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang berkata : 
dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan 
sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang » (hadith riwayat 
Imam Bukhari) 
Kepada
 sahabat-sahabat yang mahu bertaubat. Tuntutlah ilmu, kerana ramai 
antara kita yang berkeinginan untuk kembali kepada Allah, namun mereka 
tidak tahu cara-cara mahu kembali dan mendekatkan diri kepada Allah. Ada
 yang tersalah jalan, lalu tersesat lebih jauh. Mohonlah kepada Allah. 
Bukan kepada manusia. Ada juga yang berputus asa dari rahmat Allah. 
Kerana menyangka dosa-dosaNya terlalu banyak dan menganggap mustahil 
Allah akan mengampuni segala dosaNya.
“Semua
 anak Adam itu melakukan kesalahan. Sebaik-baik pelaku kesalahan itu 
ialah mereka yang bertaubat” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah)
Maka bertaubatlah.Antara mahu dan tidak mahu sahaja. Jadilah sang bahagia.
“Katakanlah:
 “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka 
sendiri (dengan perbuatan dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat
 Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya
 Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah 
al-Zumar: 53).
Tulisan
 ringkas ini sekadar mahu mengingatkan diri bahawa taubat itu teramatlah
 perlu. Jangan ditangguh-tangguh mahupun diremeh-remeh. Berkenaan 
cara-cara bertaubat, maka tanyakanlah mereka yang berpengetahuan jika 
kamu tidak mengetahui. Terima kasih :)
REMIND ME, ALLAH KNOWS THE BEST







1 Ideas:
Setuju. "Bergurulah. Bergurulah. Bergurulah."
Kata seorang tabi'en: "Ilmu itu agama, maka hendaklah kamu perhatikan daripada siapa kamu mengambil agama kamu."
Ilmu yang benar itu akan memimpin kita kepada Allah.
Benar, astaghfirullah, perlu sentiasa muhasabah diri dan bertaubat mohon keampunan Allah, jangan banyak mencari kesalahan orang lain.
Post a Comment