Faizal sedang ralit membaca buku “Diari Musafir : Jangan Berhenti berlari” tulisan Ustaz Zaharudddin,antara ilmuan terkenal di Malaysia. Buku itu didatangkan khas oleh sahabat serumahnya,Musa dari Malaysia sebagai buah tangan buat dirinya yang tidak pulang beraya di tanah air. Tahun itu,Faisal mengambil keputusan untuk beraya di Makkah,berbaloi menyambut Syawal sebagai tetamu rumah Allah di hadapan Kaabah,walaupun terpaksa menanggung rindu yang menggunung terhadap keluarga tercinta ketika mana sahabat-sahabat serumahnya yang lain semuanya pulang ke Malaysia.
Di sudut kiri bilik, Aizat tekun meghadap laptop,menunggu umminya online. Lagu ‘Rapuh’ nyanyian Opick yang entah kali keberapa diulangmainkan,tetap tidak ditukar. Sedang asyik membaca,Faisal tiba pada satu topik yang dirasakan sangat penting buat dirinya,dan sahabat-sahabat serumahnya. Dia diam berfikir,lantas dia mula bersuara membuahkan zikir. Ingin dibuka ruang diskusi terbuka,memenuhi masa senggang yang berharga dengan sesuatu yang lebih bermakna.
“Eh Ijat, ’ikhwah’ tu maksudnya apa sebenarnya?” Faizal memulakan agendanya,sambil menutup buku di tangan.Jari telunjuk kanannya diselitkan dicelah muka surat terakhir yang dibaca.
Bukan dia tidak tahu maksud ‘ikhwah’ yang sebenarnya.Cuma dia ingin menduga sesuatu di benak pemikiran sahabatnya. Melihatkan Aizat termenung di hadapan laptop,lebih baik mereka bersembang sesuatu yang mencambah pemikiran.
“Ala Ijat alang-alang depan laptop tu tanya ‘ammu google ja.Lagi berfaedah daripada dok google pasai oppa gangnam style.” sampuk Musa yang baru sahaja masuk ke dalam bilik.
Musa tersenyum kambing.Dia baru sahaja pulang dari kuliah. Group kuliahnya habis paling lewat hari itu. Peluh yang keluar masih belum kering. Beg yang disandang lantas dibuka diletakkan di tepi meja studynya. Satu rumah,satu bilik belajar,satu bilik tidur,satu bilik pakaian,satu tandas, satu dapur. Begitulah kehidupan mereka,semuanya satu,semuanya dikongsi bersama. Mereka sangat mesra ‘transformasi’ kerajaan Malaysia. 1Malaysia! #erk
“Ko google pasal oppa gangnam style eh,Ijat? Serius? Sama la kita.kahkahkah.Aku ingat aku sorang je yang curious nak tau pasal benda alah tu.” Faisal membuat pengakuan.
“Itu la kerja paling tak berfaedah yang aku buat semalam.Takdak pasai dok google pasal benda mengarut tu. Eh kau tanya apa tadi Faisal? Musa la ni main menyampuk je,bukan nye reti nak bagi salam.
“Assalamualaikum adik-adik! Abang baru balik kuliah.Sori la ye menyampuk adik-adik bersembang.” Musa menggedik menghiburkan suasana.
“Waalaikumussalam Mus. Duduk la dulu engkau ni pon. Ini tidak masuk-masuk terus menyampuk. Eh kalau lapar pergi la dapur tu nasi goreng pagi tadi ada lagi. Kecewa si Afif tu nanti nasi goreng dia tak laku.Kesian dia masak sarapan penat-penat orang tak makan. Sedap pulak dia masak.
“Lah.. Ada nasi dekat dapur.Kalau aku tahu awal-awal takde aku melepak dengan korang dekat sini.” Serentak dengan itu Musa terus meluru keluar ke dapur,mengisi perut yang minta dipenuhkan.
“Engkau tanya apa tadi Faisal? Ikhwah? Kau tanya aku maksud ‘ikhwah’? Kenapa tak tanya maksud 'akhawat' sekali? Maksud ‘ana anta’ pon boleh kalau 'enta' nak 'ana' terjemahkan. Nak?
Aizat menyoal Faisal kembali. Dia tahu Faisal itu sangat arif berbahasa arab.Bahkan Faisal lah yang paling lancar bertutur arab ‘ammi dalam kalangan mereka ahli beit,yang hampir semuanya mengambil matapelajaran Bahasa Arab Tinggi ketika SPM dulu. Disebabkan itulah dia hairan mengapa Faisal bertanya padanya maksud ‘ikhwah’ tersebut. Dia sudah dapat menghidu agenda sebenar persoalan yang dilontarkan Faisal.
Musa yang tadinya ke dapur kembali masuk ke bilik. Sepinggan nasi goreng yang sudah sejuk di tangan kiri,sekotak asir mangu Juhaynah di tangan kanan.Dengan selamba dia duduk di antara Faisal dan Aizat.
“Eh korang pandang aku macam tu kenapa? soal Musa menyedari mata kedua-dua sahabatnya tertumpu padanya ketika itu.InsyaAllah akan bersambung.
0 Ideas:
Post a Comment