Salam dari segi bahasanya dapat kita fahami adalah selamat, sejahtera, aman dan banyak lagi yang seumpamanya. Dari perkataan ini juga muncullah perkataan islam yang juga berasal daripada perkataan salam.Tetapi apabila kita mengucapkan salam, secara permukaan mungkin kita hanya menganggapnya hanya satu perkataan atau ucapan yang biasa dalam kalangan orang islam, tetapi secara hakikatnya ianya adalah satu doa yang kita ucapkan kepada orang tanpa kita sedar.
Kalau kita lihat kembali penghijrahan Nabi (SAW) dan para sahabatnya dari kota mekah ke kota madinah, perkara yang nabi tentang dalam khutbahnya yang pertama apabila sampai di kota madinah antaranya adalah menyebarkan salam. Apakah keistimewaan yang ada dalam mengucapkan salam kepada orang islam yang sehingga nabi meletakkan perkara ini dalam isi khutbah tersebut?
Jawapannya ada pada hadis yang bermaksud Nabi bersabda : "Kamu tidak akan memasuki syurga sehinggalah kamu beriman, dan kamu tidak dianggap beriman sehingga kamu saling cinta – mencintai, dan inginkah kamu aku beritahu perkara dapat mengeratkan hati – hati kamu, kami(para sahabat) menjawab ya, sabda nabi sebarkan salam."
Tidak rugi kita memberi salam kerana tidak memerlukan apa – apa yang memberatkan kita melainkan hanya mengerakkan lidah dan bibir.
Dalam hadis yang lain juga, nabi (SAW) juga besabda bahawa manusia yang paling utama di sisi Allah ialah orang paling dulu mengucapkan salam, segelintir kita lihat ianya mungkin perkara yang kecil tetapi mempunyai martabat yang tinggi di sisi Allah dan juga rasul-Nya.
Barang siapa yang memuliakan salam dijauhkan dalam hatinya sifat sombong, benar sekali kerana kadang timbul rasa ego untuk memberi salam, mungkin kerana tidak sepemikiran dengan kita tetapi, jika kita memberi salam, akan dicatat untuk kita satu mujahadah membuang ego dalam diri kita, tetapi jika sebaliknya, kita hanya menyemarakkan perasaan api keegoan dan kesombongan dalam hati kita.
Perhatikan hadis ini:
Nabi bersabda kebenaran atas Allah, bahawa tiada sesuatu pun di dalam dunia ini yang menyombongkan diri melainkan Allah merendahkannya.
Hadis yang lain, dan tiadalah seseorang yang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya
Jadi buangkanlah keegoan itu dengan memulakan salam, dan berdada lapanglah dengan reaksi mereka yang menerima salam. Pada salam itu, punya doa dan harapan buat insan.
Spread Salam!
Its Sunnah :)
Its Sunnah :)
0 Ideas:
Post a Comment