لا تستسلم


Keputusan sem tiga sudah diumumkan beberapa minggu yang lalu, kini kita sudah mula menghadapi semester keempat. Ramai daripada kita yang mendapat keputusan yang mereka ingini pada semester yang lepas, cemerlang tetapi tidak kurang juga mereka yang kurang bernasib baik kerana tidak mendapat keputusan seperti mana diharapkan.

Apakah ada di kalangan kita yang berputus asa dengan keputusan itu? Setelah segala usaha dicurah, segala tenaga dikerah, segala masa dihabiskan, apakah ada yang menyerah kalah? Sahabatku yang ku kasihi kerana Allah, aku juga tidaklah sehebat mana dalam keputusan ini tetapi adakah itu satu benda yang menghalang kita untuk kita terus berjuang.

Sesungguhnya kejayaan mutlak milik Allah, Allah tuhan sekalian alam, kita siapa? Kita hanyalah hamba, tidak layak mempertikaikan apa yang Allah berikan, hamba itu apabila dipanggil dia kemari, apabila dihalau dia pergi, dan hamba tidak punya kuasa untuk melawan, tidak punya apa – apa disisinya melainkan tuhannya.

Ikhlaskah kita?

Kenapa kecewa akan keputusan yang diberi-Nya, Jika saudara benar – benar ikhlas dalam meniti kehidupan ini? Contohilah Khalid al walid ketika mana dipecat oleh khalifah sayyidina umar al – khattab ketika mana orang ramai sudah mula yakin dengan adanya Khalid al Walid, akan menangnya suatu peperangan, hakikatnya kemenangan itu datang daripada Allah, umar berusaha untuk membuang fahaman ini. Melihat riak wajah khalid al walid bila mana dipecat, tiada berubah air muka beliau, tenang seolah – olah tiada apa – apa yang berlaku, ditanyakan apa yang membolehkan beliau begitu tenang? Beliau menjawab “aku berjihad bukan kerana Umar, aku berjihad kerana Allah.”

Lihat, bagaimana mereka begitu ikhlas dalam berjihad, dalam menjalani kehidupan hanya semata – mata kerana Allah. Perhatikan bagaimana para sahabat memahami makna keikhlasan itu sendiri dan diterjemahkan dalam kehidupan mereka, indah bukan? Kerana apa? Kerana mereka memahami mereka hanyalah hamba, tidak lebih daripada itu, mereka tunduk dengan ketentuan Allah.

Sahabat yang ku muliakan,

Perjuangan tidak semestinya diakhiri dengan kemenangan, tetapi cukuplah diredhai Allah, kerana kejayaan, kemenangan kepunyaan Allah, tiada siapa dapat memberi apa yang Dia halang, dan tiada siapa yang menghalang  apa yang Dia beri,

Sesungguhnya pada hari  dibangkitkan manusia, Allah tidak menanyakan akan kemenangan atau kejayaan seseorang, melainkan ditanya akan perihal usahanya, perbuatannya.

Sahabatku kerana Allah

Aku tidak menafikan perasaan duka dan kecewa itu, kerana itu adalah sifat manusia yang Allah ciptakan ketika menghadapi waktu – waktu sukar, tetapi jangan sampai engkau berputus asa dari rahmat tuhan, jangan kau hilangkan kepercayaan kau terhadap tuhan kau sendiri.


Teruskan jihad hingga ketitisan darah terakhir.

ANAS

0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.