SANG Mentari
memancar terik. Angin bertiup damai. Suasana kaki lima fakulti perubatan
kembali sunyi. Keriuhan suara para mahasiswa tahun tiga yang baru sahaja
menghadapi ujian amali terus sirna apabila para mahasiswa berduyun-duyun
meninggalkan perkarangan kampus universiti. Masing-masing pulang dengan ragam
sendiri. Ada yang bergelak ketawa, mungkin kerana dapat menjawab ujian dengan
mumtaz. Malah, ada pula yang pulang dengan hiba kerana tidak berjaya menjawab
dengan baik.
Awang berhenti berjalan,
membongkokkan tubuh lalu mengikat tali kasut kirinya yang terungkai. Kemudian
langkahnya terus di susun kemas menuju ke Bait Mumtaz. Sampai sahaja di
rumahnya, Awang membuka pintu rumah dan terus ke bilik. Beg galas kecil berjenama
NIKE di sandarkan ke dinding bilik lalu dia merebahkan tubuhnya ke katil.
Penat.
***
Awang mengumpul semua buku
berkaitan Urinary System di atas meja
belajarnya. Semuanya berjumlah lapan subjek. Matanya terkedip-kedip melihat
banyaknya buku yang mesti di telaah. Rasa berat dan malas terus menyelimuti
dirinya. Lantas, Awang mencapai laptop disebelah lalu di letakkan di atas meja belajar.
Buku-buku Urinary System cuba di
lupakan.
Awang membuka tetingkap Google Chrome dan mengakses masuk ke laman Facebook. Dia
terpana seketika. Awang teruja metah
melihat 56 notifikasi di laman akaun Facebooknya. Baru sehari tidak membuka
Facebook, sudah berderet notifikasi masuk. Hatinya berbunga-bunga. Di rasakan
suatu yang menggembirakan berlaku di laman Facebooknya.
Awang melarikan kursor tetikus ke
ikon notifikasi. Notifikasi Facebook muncul di skrin laptopnya. Dia membulatkan
matanya. Membaca satu demi satu notifikasi yang masuk.
‘Hazmi Al-wafi tagged a photo
of you’
‘Bahar Added a photo of you’
‘Fadhlullah and
Zulfaiz mentioned you in their
comments.’
‘Kamil mentioned you in a comment.’
‘Idham, Afnan and 110
others people like a photo you are tagged in.’
“Apa benda semua ni? Gambar apa
yang diorang post dekat wall aku ni ? Kenapa ramai sangat yang like ni ?”
Persoalan demi persoalan menerjah masuk
ke mindanya. Degupan jantung mulai tachycardia
. Tangannya segera melarikan tetikus,membawa kursor menekan gambar yang di
tagkan.
‘Hai Awang , kalau ya pun teruja,janganlah
sampai ternganga sangat mulut tu.Tahu la dah famous kat dunia Facebook sekarang
’ Kata Hassan sambil tergelak-gelakkan Awang . Muka Awang merah padam.
Amarahnya di tahan agar tidak berbuat sesuatu yang buruk kepada teman
serumahnya itu. Matanya kembali menatap skrin laptop. Sekali lagi mulut dia
ternganga luas melihat dua komen pada salah satu gambar. Dia membaca komen
tersebut.
‘Anakanda Awang ! apahal
tu? bunyi semacam je fb ni. berbuat yg menyukai hati org lain juga disukai Yg
Esa.’- Umi Aminah
‘Hahaha...keno maroh ko
umi..:b’ – Hajar Nasuha(Kak
Teh)
Pedih sungguh hatinya,rasa
bagaikan di hiris-hiris. Bukan kerana
tidak mahu di nasihati tetapi rasa sedih kerana tabiatnya suka meniru di dalam
peperiksaan bagaikan disebarluas di dunia maya Facebook. Sememangnya dia
mengakui, selama ini dia tidak endah pada sahabat-sahabat yang pernah menegur
tabiat buruknya itu. Jiwanya kacau. Terus laptop di tutup. Fikirannya
berputar-putar memikir sesuatu tempat yang boleh menenangkannya.
Awang mencapai kunci rumah di
atas meja belajar. Lantas menarik baju sejuk di atas kerusi roda. Dia menuju ke
pintu utama rumah sewanya. Hassan cuba bertanya dia hendak ke mana namun soalannya tidak berjawapan. Awang berjalan
melalui kedai-kedai makan di tepi jalanraya. Bersebelahan jalanraya, laut
Mediterranean terbentang luas. Saujana mata memandang. Kenderaan memenuhi
jalanraya Iskandariah. Awang terus berjalan hingga menemui nafaq (terowong )
Camp Caesar untuk menyeberang ke sebelah pantai.
***
Sebuah Tremco merah datang dari
arah Cleopatra berhenti berhampiran nafaq Camp Caesar. Seorang pemuda
berjanggut sejemput keluar dari Tremco itu sambil menggalas beg kuliah. Dia
melangkah menuju ke arah nafaq berseorangan. Hajatnya mahu menziarahi rumah
sahabat satu section dengannya.
Menjadi kebiasaannya apabila berhenti
berhampiran dengan pantai, dia akan menghirup udara segar dari laut
Mediterranean itu sejenak kemudian mengitar pandangan matanya ke pelosok
penjuru laut. Katanya itu sumber ketenangan. Dahulu pernah juga dia bercerita
kepada sahabat Smart Circle Izzuddin
El-Qassam, bahawa melihat laut Mediterranean akan sentiasa mengingatkannya
kepada halaman kampungnya iaitu Bachok. Dan itu sudah tentu cukup untuk
menggembirakan hatinya.
Pandangannya terhenti seketika
tatkala sesosok tubuh yang rasanya
sangat di kenali cuba menarik perhatiannya. Seorang pemuda Melayu berseorangan
di atas sebongkah batu besar. Di belakang bajunya tertulis ‘RED SEA DIVERS DAHAB’ . Pemuda itu bungkam.
Dia menundukkan kepala sambil kedua tangannya di silangkan ke dada. Gaya
seperti seorang yang sedang memikirkan sesuatu. Bahar mula mengingati
seseorang. Ya, Awang. Pemuda yang duduk di bongkah batu besar itu adalah
sahabatnya. Bahar terus berlari-lari anak menuju ke arah sahabatnya. Dia
melompat di atas bongkah-bongkah batu
besar hingga betul-betul sampai di sebelah Awang.
“Awang ! Awang ! Kau buat apa kat
sini sorang-sorang ? Kenapa tak ajak aku sekali bermenung di depan lautan
Mediterranean ni ?” ujar Bahar sambil menolak lembut bahu sahabatnya, Awang.
Dia senang untuk duduk bersama seketika dengan temannya ini. Awang tidak
berkata sepatah apa pun. Hanya segaris senyuman yang mampu dia ukirkan walaupun
jiwanya sedang bergelora seperti ombak di lautan.
BERSAMBUNG… .
1 Ideas:
bila nak sambung??
Post a Comment