Part Terakhir BINGKISAN KISAH SEMALAM



“Wah, ada dua hari setengah sahaja lagi untuk menelaah buku sebelum peperiksaan akhir semester bagi Urinary System ni. 28 Januari tak jauh dah” ujar Awang setelah keluar dari dewan peperiksaan. Terus, Awang dan teman-temannya berjalan menuju kedai makan La Alexandria berdekataan Kubri Gamaah. Sekali sekala mereka berbincang jawapan mereka sambil di iringi gelak ketawa. Bertanding siapa lagi juara ‘menggoreng’ jawapan.

        Awang tiba di rumahnya setelah puas membelasah Ayam Penyet versi La Alexandria. Peperiksaan akhir semester berbaki dua hari sahaja lagi. Awang mulai resah dan bimbang. Emosinya bercelaru. Dia cuba menenangkan dirinya. Berfikir sejenak. Berusaha merasionalkan diri dan berfikiran positif.
“Apa yang patut aku buat ya ? Banyak yang nak di baca ni. Nak mula subjek yang mana dulu ? Hmm…”,Awang sedikit mengeluh memikirkan berbagai persoalan yang tidak mampu dijawab.
“Awang, kau dah call mak kau minggu ni ? Dah Skype ? Call lah mereka. Minta restu,minta nasihat dan minta doa mak ayah. Besar kesan dia kepada study kita tau ” Nasaie tiba-tiba hadir dari belakang memberi nasihat. Itulah mereka. Saling memberi peringatan dan nasihat antara satu sama lain. Saling menguatkan untuk terus kuat dalam bidang perubatan yang cukup mencabar ini.
“Okay”, jawab Awang sambil senyum nampak gigi. Lantas dia mencapai komputer riba kesayangannya. Aplikasi Skype terus di buka. Nasib sangat baik kerana ibunya juga sedang online. Lalu menekan ikon video call.

Tuut...  tuut… tuut… .

“Assalamualaikum… mak buat apa tu ? mak sihat ke ? ”, Nasaie berlalu pergi dari bilik Awang. Memberi laluan untuk dia berhubung dengan sepuasnya dengan dua orang tuanya. Biarlah dia berasa selesa dan bebas untuk meluahkan segala tekanan dan masalah yang berderet di kepalanya.
Hampir satu jam Awang meluangkan masa berhubung dengan bonda dan ayahandanya. Awang kembali bermotivasi. Dengar saja suara mak dan ayah dari earphone sebenarnya sudah cukup menceriakan dirinya. Mereka berdua insan mulia yang sudah dua abad membesarkannya. Jasa mereka besar metah jika mahu di ukurkan.

     Di akhir perbualan manik jernih gigih berusaha melimpahi takungan matanya namun Awang adalah Awang. Dia bukan budak cengeng. Kerana dia seorang lelaki. Dia tidak akan sesekali  memecahkan empangan air matanya. Biarlah emosi dan perasaan itu terpendam di dalam jiwanya. Untuk dijadikan bara api yang sentiasa marak membara. Itu prinsip yang dipegang sejak dari sekolah rendah lagi. Mungkin kerana inilah dia tampak seperti seorang yang berhati keras. Jiwanya tidak mudah terusik dengan mainan perasaan.

***

       48 jam yang berbaki cuba di padatkan dengan mengulangkaji sepenuhnya. Gigih sekali Awang menelaah pelajaran. Dia hanya tidur lima jam sehari. Bermula dengan membaca buku di meja belajar, kemudian beralih ke atas karpet bilik sambil bersila. Bosan dengan cara itu dia naik atas katil pula. Bentang Saratoga terus sambung baca buku. Kadangkala, dia membaca sambil berjalan perlahan-lahan di dalam rumah sewanya atau dia membaca sambil tercegat di depan pintu bilik. Sehabis daya di kerahkan untuk menghabiskan buku pelajaran yang sangat tebal.



        Tatkala anak mata sudah penat berlari-lari menatap ayat demi ayat di dalam buku, Awang menghentikan bacaannya sebentar. Dia maju ke bilik Zul di sebelah. Pintu bilik di tolak perlahan bimbang kalau mengganggu sahabatnya sedang belajar. Zul senyum sahaja tanda senang hati dengan kehadiran Awang. Dia sudah tahu apa akan berlaku selepas Awang masuk ke biliknya. Soalan dan persoalan. Walaupun rasa sedikit terganggu kerana di ajukan soalan dari Awang ketika sedang membaca namun Zul rasa bertuah kerana fiil Awang itu akan membantu dia mengingati fakta dengan lebih padu.

Usai solat Isyak di Masjid Ar-Rahman, Awang berjalan pulang ke rumahnya. Sebelum melangkah ke biliknya, dia menjenguhkan kepala ke bilik Faiz. Namun Faiz tiada. Awang ke bilik Zul dan terus bertanyakannya.

“Mana Faiz, Zul ?”

“tadi aku Nampak dia singgah kedai makan Abou Rabi’ selepas turun masjid Ibnu Taimiyah. Beli makanan untuk makan tengah malam lah kut.”jawab Zul ringkas. Awang segera berlari ke biliknya mendapatkan telefon bimbit. Dia terus membuat panggilan kepada Faiz. Baru beberapa saat menunggu panggilan dijawab, kedengaran pintu rumah di buka. Faiz baru balik dengan dua burger firakh bil bied dalam plastic Abou Rabi’.

“asal kau balik cepat sangat. Aku baru nak order burger firakh bil bied.” Awang berterus terang dengan muka sedikit kecewa. Nampaknya malam ini mungkin tiada bekalan untuk berjaga malam. Faiz sengih-sengih sahaja. Tidak berkata apa. Apa boleh buat ?

“Takpa lah… mungkin takda rezeki nak makan burger ayam dengan telur agaknya” Awang mengakhiri perbualan. Dia berlalu ke biliknya. Sebentar kemudian dia memasuki bilik air. Selepas ini dia mahu study straight 2 jam. Tidak mahu diganggu dengan benda-benda lain.

“Perghh… alhamdulillah. Lega… dapat buang air pun satu nikmat besar tapi tak ramai manusia bersyukur” Awang mengomel seorang diri sambil menuju ke biliknya. Matanya terkesap-kesip sebentar. Ada burger firakh berbungkus kemas di atas meja belajarnya. Terus dia ke bilik Faiz. Dengan selamba Faiz kata itu Maidah Rahman. Awang suka bukan kepalang lagi. Senyumanya hamper mencecah hingga ke telinga. Nasib baik bibir mulut tidak koyak sebab terlalu hebatnya senyuman Awang.

***

            Pada malam sehari sebelum imtihan lain pula ceritanya. Kali ini Nasa’ie pun jadi murah hati. Tiba-tiba dia tersembul di pintu bilik Awang. Mengajak Awang ke kedai makan Mumtazah. Katanya tiba-tiba  dia teringin untuk makan Nasi Goreng Belacan. Awang pun apa lagi. Menyahut sajalah seruan. Tambah pula sahabat nak belanja. Memang rugi kalau di lepaskan. Malam yang penuh tekanan itu akhirnya jadi reda sedikit terkena penangan masakan panas dari Mumtazah.

          Angin dhuha bertiup lembut. Langkahan kaki di susun kemas. Wajah Awang ceria seceria sang mentari yang menerangi waktu dhuha.  Awang menaiki teksi bersama Nasaie menuju ke jihat kampus Universiti. Hari ini merupakan hari yang bermakna. Hari terakhir peperiksaan semester kelima, malah hari ini jua adalah hari ibunya bertarung nyawa melahirkan adiknya, Sulaiman yang telah pergi dahulu.
Akhirnya aku tinggalkan kebiasaan itu. Meniru bukanlah jalan penyelesaian. Semestinya kita berusaha gigih bagi mencapai kejayaan. Di dunia mahu pun akhirat.
“Kalau ada keberkatan dalam hidup ini, insya Allah segalanya beres. Hati pun sentiasa tenang”, pesanan Bahar terngiang-ngiang di telinganya.
TAMAT
Bahar
14 Rabiul Akhir 1435H
14 Februari 2014
Iskandariah,Mesir.


0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.