Stanza Mahabbah

We are Family :)

Laporan Aktiviti: Solat Hajat & Iftar Jamaie

Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. (iaitu) orang yang khusyu’ dalam solatnya”  
Al Mukminun 23;1-2

Isnin, 23 Februari 2015 ; Telah diadakan program Iftar Jamaie dan solat hajat perdana untuk warga Stanza Mahabbah yang bertempat di sutuh banguna MARA. Program iftar jamaie ini diadakan bertujuan mengeratkan ukhwah sesama ahli Stanza Mahabbah di samping sebagai langkah persedian bagi semua ahli SM untuk menghadapi peperiksaan semester ke tujuh tahun ini.

Program bermula pada jam 5 petang dengan menyambut kehadiran ahli SM. Diteruskan dengan iftar jamaie dan solat maghrib yang diimamkan oleh saudara Syed Hamimi Firdaus. Majlis diteruskan dengan solat jenazah ghaib untuk arwah ayah saudari Nur ‘Alanna, Azham bin Arshad. Moga ayah saudari ‘Alanna ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.

Al Fatihah.

“inna lillahi wa inna ilaihi raji un, sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan dikembalikan”
Al Baqarah 2;156


Seterusnya, solat hajat yang diimamkan saudara Baihaqi. Solat hajat khusus buat sahabat kita saudara Ashraf Jay dan saudari Raihan Izzati. Moga Allah kurniakan kesihatan dan ketabahan buat mereka. Solat hajat ini juga diadakan untuk semua warga SM yang bakal menduduki peperiksaan semester 7 yang akan bermula pada 4 mac 2015.

“Apa pun yang akan terjadi, ingatlah bahawa ketika kau tak punyai siapa siapa selain Allah, Allah itu sudah lebih dari cukup”
–Hamka-


Seusai solat hajat, majlis diteruskan dengan sedikit perkongsian ilmiah tentang cara dan tips untuk ‘study’ oleh saudara Hisyam Yusoff, senior perubatan tahun akhir Alex. Semoga apa yang disampaikan oleh beliau sedikit sebanyak dapat membantu dan dapat menaikkan semangat warga SM supaya lebih bersedia bagi menghadapi peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Perkongsian oleh senior, saudara Hisyam Yusoff

Program diteruskan dengan pemberian cenderahati buat saudara Hisyam Yussof yang disampaikan oleh Ketua bacth stanza mahabbah sudara Abby Rahman dan juga penyampaian hadiah untuk para pemenang pertandingan cuti cuti SM (#cuticutiSM) yang telah diadakan semasa winter break lepas. Untuk pertandingan cuti cuti SM ikhwah, tempat pertama dimenangi oleh Mohd Zul Faiz Zulkfli dan tempat kedua oleh Ahmad Mahyiddin Shariff. Untuk akhwat, tempat pertama telah dimenangi oleh saudari Nurul Atiqa Askan dan tempat kedua saudari Nurul Azhani Azhar. 


Pemenang tempat pertama (Ikhwah) ; Mohd Zul Faiz Zulkifli



Tempat kedua (Ikhwah) ; Ahmad Mahyiddin Shariff



Tempat pertama (Akhwat) ; Nurul Atiqa Askan



Tempat kedua (Akhwat) ; Nurul Azhani Azhar



Akhir sekali, semoga ukhwah yang terjalin sesama ahli SM akan terus erat sampai bila bila. Dan selamat menduduki peperiksaan semester 7 untuk semua. Teruskan usaha, tajdid niat dan selamat maju jaya !

“dan hanya kepada Tuhanlah hendaknya, engkau berharap”
                                     As Syarh 94;8   




Laporan Aktiviti: Revision OSCE

Sabtu, 14 Februari 2015 ; Pihak akademik batch SM telah mengadakan ‘revision’ buat sahabat sahabat group B bagi menghadapi peperiksan OSCE Opththalmology. Kelas revision ini bertujuan memeberi gambaran awal buat sahabat sahabat group B tentang perjalanan sepanjang peperiksaan OSCE Ophthalmology nanti. Bagi akhwat, program telah diadakan di tingkat tiga asrama mara. Perkongsian oleh saudari Asiah dan saudari Safia Othman.

Semua nampak khusyu mendengar tips dari SR group A, Safia Othman


Bagi ikhwah, kelas ini diadakan di rumah saudara Aiman Farhan dan perkongian oleh saudara Imran.




Terima kasih pada semua yang terlibat bagi menjayakan kelas ulangkaji ini. Moga Allah merahmati dan memberikan kemudahan dalam urusan kalian. #SMZeroRepeater

Jazakallahu khair.





Birthday ShoutOut ! [March]

May Allah decorate each golden ray of sun reaching you with wishes of success , happiness and prosperity. Happy Birthday to a wonderful person and friend! [^_^]



Hadaf dan Pembawaan Batch Stanza Mahabbah sesi 2014/2015

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang mentadbir dengan segala sifat kesempurnaanNya. Syukur ke hadrat Ilahi kerana sehingga hari ini kita masih diberikan peluang untuk menikmati nikmat iman, Islam, akal, dan nyawa. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga baginda dan para sahabat.

Dalam alam mahasiswa, pembangunan integriti dan sahsiah itu adalah satu perkara penting untuk dipupuk dan dibina seiring dengan pembangunan ilmiah seorang mahasiswa. Alhamdulillah, tempoh empat tahun sebagai mahasiswa merupakan satu pencapaian yang terbaik oleh setiap mahasiswa dalam melahirkan individu yang cemerlang dalam setiap aspek.

Sehubungan itu, saya mewakili organisasi batch sesi 14/15 telah merancang dan mengambil kira pelbagai aspek untuk membantu merealisasikan pencapaian yang terbaik oleh setiap ahli Stanza Mahabbbah. Berikutan itu, amat bersesuaian dengan pembawaan hadaf pada kali ini iaitu

i) Ilmu sebagai teras kejayaan
ii) Ukhuwah dan capaian menyeluruh oleh setiap ahli Stanza Mahabbah
iii) Biah solehah ke arah melahirkan individu cemerlang sosial dan sahsiah

Ilmu Sebagai Teras Kejayaan

Pencapaian yang cemerlang dalam akademik adalah penting demi melahirkan doktor kelas pertama yang mampu menguasai ilmu perubatan dengan sebaiknya, Jadi adalah penting untuk setiap ahli Stanza Mahabbah berusaha untuk melahirkan mahasiswa yang menjadikan ilmu sebagai teras pencapaian termasuk ilmu perubatan, ilmu keagamaan dan ilmu kemahiran hidup. Ini juga penting untuk melahirkan mahasiswa yang sentiasa bijak dan aktif dalam setiap bidang yang diceburi.

Ukhuwah dan Capaian Menyeluruh Oleh Setiap Ahli Stanza Mahabbah

Salah satu asas kekuatan sesuatu organisasi itu adalah melalui sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh ahlinya. Bersesuaian itu, saya menyeru kepada semua ahli untuk melibatkan diri dalam melaksanakan aktiviti atau program yang dirancang oleh organsasi batch. Kesatuan dan ukhuwah yang erat  dapat dilahirkan melalui penglibatan secara menyeluruh oleh ahli Stanza Mahabbah.

Biah Solehah ke Arah Melahirkan Individu Cemerlang Sosial dan Sahsiah

Antara agenda terpenting melalui pembawaan batch pada sesi ini adalah untuk mewujudkan suasana yang terpuji dalam kalangan mahasiswa Stanza Mahabbah melalui tatasusila yang digariskan dalam syariat dengan mewujudkan biah solehah. Hal ini penting untuk memastikan semua ahli sentiasa terpelihara dan terbendung daripada gejala tidak sihat yang mungkin menjadi isu besar jika tidak diambil berat.

Atas kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli atas segala sumbangan dan usaha untuk sama-sama membentuk kesatuan dalam kalangan ahli Stanza Mahabbah. Saya mewakili organisasi batch sesi 14/15 ingin memohon maaf kepada semua atas kekurangan  pihak kami dalam melaksanakan pengurusan batch pada tahun ini.

Sekian Assalamualaikum.














ABBY RAHMAN BIN IRSAL USNUR
KETUA BATCH, STANZA MAHABBAH
SESI 2014/2015

Birthday Shout Out! [February]

Selamat hari jadi kepada semua anak-anak bulan Februari :)

Life is short, make the best of it!

"He who created death and life to test you (as to) which of you is best in deed- and He is The Exalted in Might, The Forgiving" (67:2)
















Birthday shout-out [January]



Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat hari lahir buat ahli-ahli Stanza Mahabbah yang lahir pada bulan ini. Semoga ilmu, iman & amal meningkat seiring dengan bertambahnya usia. Semoga Allah sayang selalu. :)

BERFIKIR SECARA 360 DARJAH



Sebelum memulakan entri ni, cuba fikirkan solusi untuk situasi di bawah ni.

Situasi :
korang ada duit sejuta ringgit dan hendak membeli rumah. Rumah macam mana yang korang nak beli? Banglo 1juta? Rumah pangsapuri? Rumah teres?

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.