Mencintai Sumayyah Yang Dicintai


Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah,segala syukur dan puji-pujian selama-lamanya milik Allah Azza Wa Jalla,,Pencipta Langit dan Bumi,mencipta makhlukNya yang pelbagai dan mudah-mudahan kita bersyukur.Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW,dan keatas ahli keluarganya ,para sahabat,tabi’in ,tabii’ tabi’in,dan para shuhada.

Islam bermula bukan pada jalan yang mudah ,segala ujian dan cabaran,namakan saja,semuanya pernah di alami oleh Rasulullah SAW dan para sahabat R.A.Pemulauan,kelaparan ,diseksa,dihina,dicerca dan difitnah serta diugut bunuh merupakan antara cabaran yang di alami oleh generasi awal pemeluk islam.Namun dek kerana keimanan yang teguh dan tegar yang semakin  kuat di dalam jiwa mereka,mereka menghadapinya dengan tabah dan sabar.Di saat itu,Sahabat di uji dengan seberat-berat ujian sehingga ada di antara mereka gugur syahid kerana mempertahankan aqidah mereka.

Menyingkap kembali sejarah para shuhada,tidak akan pernah sesekali kita lupa kepada seorang wanita mukmin pertama yang syahid,tatkala mempertahan khalimah syahadah,Summayyah Binti Khayyat R.A.Beliau,mengikut riwayat merupakan orang ketujuh yang memeluk islam .Beliau merupakan  hamba kepada Abu Huzaifah.Mencipta sejarah sebagai wanita islam pertama syahid di Jalan Allah,tatkala tombak Abu Jahal menikam tubuhnya yang sudah lemah kerana berhari-hari diseksa di padang pasir.

Keteguhan kepada kalimah La ilaha Illa Allah,Muhammad Rasul Allah menjadi saksi  syahidnya seorang  hamba wanita yang kental Aqidahnya.Hasil daripada pengorbanan beliau, menaikkan semangat para sahabat Rasulullah.Dengan Keteguhan Imannya, Islam dapat bertahan dan dapat sampai pada kita hari ini .Dengan Kesabarannya,beliau menjadi inspirasi kepada golongan wanita dan ibu untuk berjihad di jalan Allah SWT .Akan kerana keimanan yang baru sahaja bertapak dalam jiwanya,beliau rela badannya diseksa dan dizalimi kerana beliau yakin akan janji Allah.

Kita lihat dari pengajaran yang boleh kita dapat ,boleh kita muhasabah diri dimana letaknya iman kita sebagai hamba Allah yang sejak lahir memeluk agama murni ini.Sumayyah R.A memeluk islam hanya dapat merasai nikmat islam itu sebentar sahaja tetapi mempunyai iman dan kepercayaan yang tinggi .Bukan sahaja kaum hawa dapat mengambil ibrah dan tauladan dari kisah riwayat Sumayyah Binti Khayyat R.A,tetapi golongan  rijal pun wajar mencontohi kekentalan iman Sumayyah Binti Khayyat.


Sebagai Pelajar perubatan ,kita hendaklah sentiasa kental dan tabah serta “face all the challenges” di dalam diari kita sebgai pelajar dan pengamal perubatan.Segala cabaran dan ujian mendatang adalah amat sedikit jika di bandingkan dengan apa yang dihadapi oleh Nabi SAW dan Sahabat RA.Putus asa,letih,malas dan kecewa sepatutnya tidak pernah wujud dalam kamus kita sebgai pelajar perubatan khususnya dan sebagai orang muslim amnya

Sebagai khulasohnya,kita mempunyai ramai tokoh islam yang patut dicontohi akhlak dan perwatakannya…Maka contohilah mereka.

Dr. AND

4 Ideas:

Ahyad said...

tajuk macam familiar ja..

Dr Ibnbakr said...

Ahyad:

Artikel ni orang yang tulis tu bagi sendiri tajuk artikel.Ana tak terlibat.Lagipun artikel ni lama jugak ana simpan dalam doc google tu.Untuk pengisian bulan 4.Sekarang baru ana publish

Ahyad said...

Alhamdulillah^^ Semoga bermanfaat..

Edin said...

Sumayyah...

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.