Iftar Ohana : Ohana is Famili


Sezostrees, 29 Mac 2012 – “Family means Nobody Gets Left Behind or Forgotten.” Kata-kata yang dipetik dari filem terkenal Lilo and Stitch telah menjadi tema majlis berbuka puasa akhawat tahun 1 yang julung kali diadakan. Majlis berbuka puasa atau Iftar Ohana ini telah berjaya mengumpulkan semua pelajar akhawat tahun 1 (2011-2012). Iftar ini telah  diadakan di Tingkat 3 Bangunan Mara dan mendapat sambutan hangat dari semua pelajar akhawat tahun 1.



       Seawal lima petang Bangunan Mara telah mula dipenuhi oleh pelajar akhawat tahun 1. Tepat pukul 5.30 petang semua akhawat telah dipersembahkan dengan tayangan video lakonan sebahagian daripada sahabat akhawat di pertandingan Talent Show yang telah berlangsung di Zaqaziq sempena PERUBATAN’s Sports Day Akhawat 2012. Setelah masuk waktu maghrib tayangan video berhenti seketika untuk memberi laluan kepada akhawat untuk berbuka puasa.

       Kemudian, majlis diteruskan dengan sambungan tayangan video dan makan beramai-ramai. Walaupun para akhawat masih ingin meluangkan waktu bersama, namun majlis terpaksa dihentikan untuk solat maghrib dan Kuliah Tafaqquh mingguan.  



       Bertepatan dengan tema, semoga iftar kali ini mendapat keredhaan Allah s.w.t sekaligus menjadi wasilah untuk kita mengeratkan lagi silaturrahim antara kita. Diharapkan juga persaudaraan antara kita semakin erat dan kekal selamanya.

1 Ideas:

Ana Najwa Muhit said...

semoga diredhai Allah .

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.