Stanza Mahabbah

We are Family :)

Splinter Winter





Assalamualaikum ikhwah dan akhawat yang dimuliakan sekalian.

Memandangkan terdapat ramai antara kita yang menghidap demam dan juga kurang sihat (sehingga tarikh ini, sudah 3 orang ikhwah yang dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan ).
Jadi sila ambil perhatian tentang beberapa perkara yang berikut.

1) Musim sejuk hampir tiba 'peak'nya. Jadi dinasihati semua untuk memakai pakaian yang bersesuaian. Baju lengan pendek dan nipis amatlah tidak digalakkan. Perlu diingati, suhu sejuk tidak menentu buat masa ini disebabkan hujan yang kerap. Oleh itu, amatlah diharapkan agar semua tidak memandang remeh tentang perubahan suhu ini.

2) Musim sejuk membuat kita sentiasa lapar. Oleh itu, diminta semua agar berhati-hati dalam pemilihan makanan.

3) Sila ambil perhatian tentang perjagaan kebersihan seluruhnya untuk megelakkan penyebaran penyakit.

4) Jika boleh, kurangkan kekerapan mandi kita. Hal ini kerana, terlampau banyak 'contact' dengan air pada musim sejuk ini, boleh meningkatkan risiko demam.

SEKIAN,TERIMA KASIH.
~Harap maklum, amal~

Stanza Mahabbah

Assalamualaikum warahmatullah :)

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.



Allahu akram!


Blog ini merupakan salah satu alternatif kami,para pelajar Malaysia di Universiti Alexandria, Mesir untuk dijadikan salah satu medan dalam memanfaatkan diri di samping memudahkan sesi pembelajaran kami dalam usaha menjadi golongan mukmin profesional kelak.
*Allahu rabbi.InsyaAllah*

Segala perkongsian,baik ilmu perubatan dalam bentuk slides dan nota,artikel-artikel tarbiyah jasadiah dan rohaniah,pengumuman penting dan juga saat suka dan duka kami di sini,insyaAllah akan dikongsikan dalam blog ini,dengan matlamat ia menjadi sesuatu yang bermanfaat buat semua.Buat kamu,kamu dan kamu.Ya,semua!
InsyaAllah.

Kami mengalu-alukan segala bentuk idea yang awesome daripada semua.

:)
 

Together we be ahsan wa muhsin^^





Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.