Maksiatism : Dosa yang Menghijab







Jauh hanyut dek keterbukaan
“Si*l je pon.Bukannya aku mencarut.Jangan skema sangat boleh?”
You,sekarang zaman millennium okay? I nak pakai tudung ke taknak pakai tudung ke,suka hati I la.You jangan ingat you pakai tudung labuh you baik sangat..!”
“Aku kapel gitu-gitu je.Bukan serius mana pon.Nanti kahwin aku suruh mak aku carikan yang bertudung labuh jugak.”
“Ala,lecturer Arab je pon.Takde effect berkat aku pon.Dah la English berterabur,mengajar takde skill langsung.Baik aku study sendiri dekat rumah macam ni.Buang masa aku je..”

Pemikiran kita umpama payung terjun.Ia tidak akan berfungsi selagi tidak terbuka. Namun,andai salah bukaannya,salah pengawalannya maka jauhlah pendaratannya.Begitulah juga pemikiran kita.

Sekadar ingin timbulkan persoalan :

Ideologi siapa sebenarnya yang meletakkan kesalahan pada skema? Mengapa zaman millenium juga yang menjadi mangsa? Agenda siapa yang meletakkan perjuangan pada bangsa,sehinggakan hanya kerana lecturer tersebut bukan Melayu,kita menafikan penghormatan buatnya sebagai seorang guru yang mulia?

Persis sinaran matahari menyinari alam

Semuanya kerana terlalu hanyut dengan keterbukaan. Sporting yang tidak kena pada tempatnya. Berfesyen tak kena gaya,nampak lebih cantik bila rambut menggerbang katanya. Sempitnya pemikiran,bila sering menyangka dipandang cantik manusia,tetapi dipandang hina di sis Sang Pencipta. Kesempitan dalam keterbukaan.

Dek kerana keterbukaan itu juga,kita memandang ‘maksiat’ itu melalui pandangan yang salah.  

“Ala,usha sikit je pon.Makhluk cantik ciptaan Allah macam ni mana boleh disia-siakan..”

Sedangkan maksiat itu meliputi apa sahaja yang yang menyebankan murka Allah S.W.T. Dan dek kerana keterbukaan itu juga,kita terlepas pandang bahawa sebenarnya hijab antara seorang penuntut ilmu dan ilmu itu sendiri adalah maksiat!

“Ilmu itu cahaya.Dan cahaya Allah tidak menerangi mereka yang berbuat maksiat”

Ilmu itu cahaya yang menerangi jiwa. Kerana itulah,hakikatnya jiwa seorang  pemaksiat macam kita kelam tanpa cahaya.Namun tampak terang bercahaya,kerana bijaknya syaitan yang merajai jiwa.

Ah!Kita tertipu dengan mudah.

Aku buat maksiat,Aku okay.

“Aku mencarut.Result aku okay.”
“Aku kapel.Result aku okay.”
“Aku tak pakai tudung.Result aku okay.”
“Aku tak masuk lecture.Siap maki-maki lecturer lagi.Result aku okay je.”
Eh,takde masalah pon.Result aku okay je.


Ikhwah dan akhawat,ingatlah akan firman Allah:
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni`mat) kepadamu, dan jikakamu mengingkari (ni`mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
Na'uzubillahi min dzalik.

Bersyukurlah. Tika ini,kita boleh mendabik dada berbangga atas kejayaan yang kita sangkakan suatu pencapaian. Namun hakikatnya kejayaan yang kita gapai itu merupakan suatu ujian,menguji erti kesyukuran dan penghayatan seorang hamba.Jangan sampai ujian Allah datang menyapa,baru kita mengerti bahawa semuanya Allah yang punya.Tiada yang milik kita.

Kita rembulan menerangi kegelapan


“Aku berlindung dari syaitan yang direjam”
Ayuh,bersama mengembara mencari cahaya. Didik jiwa untuk menjadi pencari ilmu yang berjaya bukan sahaja di dunia,malah turut menggapai redha untuk kejayaan di akhirat kelak. Tanamkan dalam hati kita,supaya dengan cahaya ilmu yang menerangi jiwa mampu menjadi sumber cahaya kepada jiwa-jiwa lain yang masih alpa.

Ayuh,tinggalkan maksiat. Teguhkan dalam hati,syurga Allah di akhirat lebih nikmat.
Dan azabnya di neraka kelak jauh lebih dahsyat.

Ya Allah,terangi hati-hati kami sebagaimana cahayaMu menerangi alam ini.
Allahumma amen.


Astaghfirullahal 'azim.
Hanya padaMu kami memohon pertolongan.
Hanya padaMu kami mohon keampunan.

0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.