[Puisi] Perpisahan Kita

"Perpisahan Kita"


(Klik untuk lagu)




Hari-hari keberadaan di ardul kinanah
semakin terasa sepi dan sunyi.
Terasa seperti suatu kehilangan.
Aku mula mencari.
Aku cuba mengamati dan memerhati
pada  bi’ah dan kalendar disisi.

Rupanya, semester empat sudah mahu pergi.
Perginya tak kembali lagi.
Teman-teman dan rakan-rakan seperjuangan
semuanya  bakal pulang
membawa diri dan hati ke qaryah sendiri.
Suka, duka, gembira, sedih
itulah gambaran kehidupan kita di sini.

Segala ragam yang terakam indah
sepanjang semester empat kusisip kemas
dalam ingatan yang tulus dan murni.
Perpisahan kita ini biasa sahaja.
Namun ia mengingatkan aku pada sesuatu.

Bahawa pertemuan,keriangan dan kegembiraan
bukannya selalu.
Ia tidak lama. Ia  tidak kekal
Ia kan pergi bila tiba masanya.
Wajah mulus teman-teman
mula bermain di bayangan mata.

Kisah-kisah nakal, sedih dan lucu
mula berlegar-legar dalam kotak ingatan.
Aku tersenyum sendiri.
Ianya cukup menggongcangkan perasaan
Emosi kumula jadi tak keruan.

Namun kerna aku orangnya lelaki
punya egonya sendiri.
Takkan pernah kutangisi disini.
Semoga perpisahan kita ini
menjadi  sebaik-baik tazkirah kepada kita.

Bahawa suatu hari nanti
kita akan berpisah lagi.
Dari alam dunia yang fana ini
ke negeri akhirat nan abadi.
Semoga bisa berjumpa lagi.

Salam perpisahan.
Salam kemaafan.
Salam ramadhan.


Nukilan hati :
Profesor N,
Sahabat Stanza Mahabbah,
28 Sya’ban 1434H
7 Julai 2013M
Iskandariah, Mesir.

0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.