Birthday Shout-Out ! JUNE



Selamat menyambut hari lahir buat anak-anak SM pada bulan Jun. Semoga sentiasa dalam reda Allah dan dikurniakan barakah dalam kehidupan. Hari kelahiran adalah satu manifestasi bahawa kita mempunyai titik mula, dan pasti akan tiba waktu luput. Andai sedar tempoh 60-70 tahun kehidupan ini adalah sebuah peperiksaan, maka kita akan berusaha sebaik daya agar reda dan syurga Allah dalam genggaman kita.

Setelah sedar, kita mesti tetapkan matlamat kita. Tanpa tujuan atau matlamat kita hanya akan berlegar dalam ruang kehidupan yang sama dan hanya mengisi matlamat orang lain, dan menyangka itulah matlamat kita. Di akhir perjalanan, kita tetap akan sampai ke destinasi, cuma amat besar kemungkinan tempat yang dituju bukanlah yang kita inginkan. Set your goals from now, tiada istilah terlambat. *senyum gigi rongak*

"Sesungguhnya solat ku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah semata-mata kerana Allah, Rabb sekalian alam"

0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.