Awang membuka computer riba
disebelahnya. Buku kuliah Internal Medicine ditutup seketika. Jemarinya
berlari-lari di atas papan kekunci computer riba kesayangannya.
“Awang, tulis apa tu kat laptop,
bukan ke sekarang ni fatrah imtihan ke? ” Farouq bertanya jujur.
“Nak bagi reward sikit kat diri
sendiri.” Selamba sahaja jawapan Awang.
“Reward apanya ni? Exam kan baru
nak mula. Result pun lagi lah tak tahu
bila akan keluar. Reward untuk apa ni?”
“Ni kat mana dapat ilmu reward
ni?” Farouq masih kehairanan dengan jawapan Awang. Persoalan terus berlegar di
ruang fikiran.
“La… kan baru semalam kita dengar
Abang Hisyam Yusoff bagi Talk. Kat sutuh MARA. Takkan dah tak ingat kot?”
“Abang Hisyam pesan, kita kena
kenalpasti perkara yang mengganggu pelajaran kita. Lepas dah kenalpasti tu,
jadikan ia sebagai reward atau ganjaran untuk kita selepas kita dah study.
Faham?”
“Contoh macam ni la mudah, Farouq
habis baca tiga tajuk dalam buku internal medicine ni pastu bagilah ganjaran
kepada diri seperti makan makanan kegemaran kita kea tau buat apa yang kita
suka buat.” Panjang lebar pula Awang menerangkan sistem ganjaran dalam menelaah
pelajaran kepada teman serumahnya.
“Ooo… gitu. Kiranya kalau Awang
ni, reward selepas dah baca buku ialah menulis la kan?” Farouq mengiya-iyakan
sesuatu. Kepalanya mengangguk-ngangguk
perlahan.
“Tepat sekali. Bagus anta ni
Farouq. Mudah faham. Patut la ambil perubatan.” Awang tergelak kecil. Gembira
dapat menyakat temannya. Ya, dalam musim menghadapi peperiksaan kita bukan
hanya tidak boleh stress, malah menurut Abang Hisyam, kita juga jangan stress
kan orang lain. Bahkan, cubalah berusaha untuk mengukir seulas senyuman di
wajah teman-teman kita. Menelaah dalam keadaan gembira tentu kualitinya lebih
baik dari belajar dengan tekanan.
“Ish, anta ni Awang. Ada-ada saja
nak mengusik ana. Anta nak Nescafe panas? Ana nak buatkan.”
“Wah bagus betul ahli rumah ana
ni. Boleh… buatkan Nescafe yang terbaik punya ya. ” Awang begitu riang sekali.
Waktu rehat yang diperuntukkan
untuk memberi reward kepada diri tidaklah terlalu lama. Sekadar lima hingga 10
minit cukuplah. Perkara ini sangat penting untuk memastikan momentum seseorang
dalam menelaah pelajaran. Kalau tiada rehat, kita akan senang untuk terhenti
ditengah jalan kerana kepenatan.
“Hait!” Farouq meniru gaya orang
Jepun menerima arahan.
“Arigato gozaimasu!” Awang pun
tak mahu mengalah. Dia juga mahu berbahasa Jepun.
Bersambung…
0 Ideas:
Post a Comment