Stanza Mahabbah

We are Family :)

Exam? Tawakkal je la..


Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Selalu bermudah-mudah dengan konsep tawakkal, meskipun hanya untuk bersenda gurau? Tawakkal?

Penulisan ini bukanlah bersifat menghukum, namun hanyalah nasihat kepada umum, bahawa tidak bagus bermudah-mudah dalam konsep tawakkal itu.
"Mat, pi mangga(pedai ayam) motosikal hang tu, nanti kena curi baru tau kot..?"
"Tak pa la, tawakkal ja la.."
"Awat tak kunci pintu tu, nanti kawaq(pencuri) masuk baru hang tahwan.."
"Insya-Allah, tak dak apa-apa, natawakkal a'la Allah.."
"ala.. tawakkal ja la.."
Konsep tawakkal

Pertama, tawakkal tidak berlaku sebelum adanya usaha. Tiada tawakkal tanpa adanya usaha.
Kedua, tawakkal itu sifatnya berserah, pasrah, dan reda dengan Allah.
“Kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal (menyerah diri).”(ali-Imran : 122)
Tawakkal itulah berserah diri kepada Allah. Sesudah menyusun dan mengatur persiapan, persediaan, strategi dan daya usaha. Kemudian dia menyerahkan hasilnya kepada Allah.

Tawakkal itu buah keimanan. Maka bagaimana mahu bertawakkal andai tiada subur di dada dengan iman?

Bertawakkal seperti burung?




Umar bin Khattab radiyallahu'anhu berkata, beliau mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Andaikan kalian tawakal kepada Allah dengan sebenarnya, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kalian seperti memberi rezeki kepada burung. Mereka pergi pagi hari dengan perut kosong dan pulang pada petang harinya dengan perut kenyang." (Shahih Tirmidzi, hasan shohih)

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, perlulah diberi peringatan kepada diri dan sahabat-sabahat bahawa,

"Hadis ialah padang yang menyesatkan kecuali bagi para fuqaha" - Iman Sufyan Ibn Uyainah (w 198H)
Waspadalah diri kalian daripada memandai-mandai dalam mentafsirkan Hadis Nabi Muhammad s.a.w. Perkara ini juga terpakai dalam al-Quran. Kita orang awam, bukan bertaraf ilmuan, apatah lagi bertaraf ulama'. Jauh sekali daripada taraf fuqaha'. Kita beramal melalui faham ulama', bukan faham sendiri.

Baiklah, sering kali manusia mengambil contoh hadis 'tawakkal seperti burung' ini sebagai alasan supaya dia boleh bermalas-malas dalam mencari rezeki. Perhatikanlah betapa apa yang baginda s.a.w ingin sampaikan kepada kita adalah, untuk mendapat rezeki, perlulah didahului dengan usaha, bukan menunggu rezeki tiba semata-mata, sedang kita pula hanya tahu membuta(baca : tidur).

Seekor burung tidak akan beroleh rezekinya sedang dia hanya bermalas-malasan di dalam sarang. Keluarnya burung pada pagi hari adalah satu signifikasi usahanya, dan pulangnya burung ke sangkar dengan perut kenyang memanifestasikan bahawa andai tawakkal itulah yang disertai dengan usaha, insya-Allah akan Allah ganjarkan rezeki dari segenap segi. (sumber : al-Fadhil al-Ustaz Akli bin Ahmad)

Allah telah memberi pilihan kepada manusia dalam menentukan jalan hidupnya, baik mahupun buruk. Sebagai seorang Muslim yang muttaqin, pilihan kita hanya satu, menggapai reda Allah. Dan jalan untuk menggapai reda Allah itulah dengan memilih meninggalkan segala perbuatan yang mampu medatangkan murka-Nya. Memilih untuk mengikut perintah-Nya, iaitu dengan berusaha untuk menggapai reda-Nya, bukan hanya bercita-cita kosong,hidup lesu, berputus asa dan berpaling dari jalan Allah, tetapi dalam masa yang sama, reda Allah itulah yang dikehendaki.
“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah.” (Ali Imran, 3:159)

Usaha itu penting!

Tawakkal mestilah disertai dengan keyakinan yang jitu kepada Allah, satu-satunya zat yang mampu memberi manfaat dan mudarat kepada makhluk. Adapun tawakkal kepada selain daripada Allah itu tiadalah juga ia disebut tawakkal.
“Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (Ath-Thalaaq, 65:3)
Begitu banyak kisah-kisah daripada sirah hidup baginda junjungan agung, Nabi Muhammad s.a.w yang memberi makna penting di mana Rasulullah sendiri memanifestasikan tawakkal dalam sirah perjuangan baginda demi menegakkan Islam. Kita ambil contoh mudah. Peristiwa hijrah baginda ke kota Madinah bersama sahabat, Abu Bakar as-Siddiq.


Usaha baginda, bersembunyi di dalam gua bagi mengelak daripada ditemui oleh pemuda-pemuda Quraisy yang sedang menggila. Tawakkal baginda, berserah bulat-bulat kepada Allah, Tuhan yang Maha Pekuasa. Dia boleh mencipta segala apa yang dikehendaki, boleh pula tidak mencipta apa yang tidak dikehendaki. Nah, hasil tawakkal baginda, berserah bulat-bulat setelah adanya usaha, Allah telah memberi keselamatan, yang mana tiada siapa pun yang mampu menghalangnya lagi. Kisah masyhur ini barang kali sekalian sahabat sudah pun tahu. Tidak perlu dipanjang-panjangkan lagi.

Sahabat-sahabat juga mesti punya kisah sendiri. Mungkin dalam kita tidak sedar, cuba korek kembali rahsia pertolongan Allah kepada diri. Mesti ada, cumanya perlulah bermuhasabah kembali. Ya sedar tidak sedar, sudah begitu banyak pertolongan Allah kepada kita. Apakah kita masih perlu mendustakan Dia? Sudah-sudahla. Yakin dan percayalah kepada Allah.

Jadi sahabat-sahabat, dalam fatrah imtihan ini, jadikanlah diri sahabat-sahabat itu seorang yang memberi sepenuh keyakinan kepada Allah bahawa Allah akan memberikan yang terbaik kepada kita, selagi kita berusaha. Jangan pula mengeluh, kerana hakikat orang mengeluh itu, tidak reda dia dengan ketentuan Allah. Ulang kaji, study kemudian masuklah dengan yakin ke dalam dewan peperiksaan. Jawablah. Dan setelah tamat segalanya, serahlah segalanya bulat-bulat kepada Allah. Segala kemungkinan itu wujud, tetapi iktiqad kita, hanya Allah yang mampu memberi kemudaratan dan kebaikan, bukan professor, lecturer dan tukang kutip kertas jawapan tu.
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."


Koreksi diri, amalkan tawakkal sebenar dalam diri.

MCQ Exam Schedule-Module 5.


Assalamualaikum doctors :) Bittaufiq wannajah semua!



Practical Examination Schedule-Module 5


International Program
First Year
Practical Exam (Module 5)
Blood and Immunology Module



Monday 28/5/2012

Seat Number
Time
Place

1-75
9 - 10
Lab 4
76 - 150
10:30– 11:30

Lab 4
151 - 225
12 - 1
Lab 4
226 - 275
1:30 – 2:30
Lab 4




Bittaufiq wannajah :) 


Slide dan gambar histology boleh dirujuk di sini:
Module 5

Dan jangan lupa,'rujuk' juga padaNya.
Mari meminta daripada yang Maha Memberi.
Moga kejayaan milik bersama.
Di dunia,dan di akhirat kelak.
Allahumma ameen! *sapu muka*



'Rasulullah dan Pembinaan Semula Kaabah'

Sizostress,Sabtu,5 Mei 2012 - Kelas Madrasah Nabawiyyah telah berlangsung di asrama MARA,tingkat tiga.Alhamdulillah , kelas sirah pada kali ini berjaya menarik ramai sahabat untuk hadir bersama,bersila sambil menadah mutiara-mutiara ilmu dari sang penyampai iaitu Dr. Qamarul Azwan,senior tahun enam.Atau lebih mesra di kenali sebagai Abang Maro. 

Para pendengar tegar Madrasah Nabawiyyah…gembira dengan sikap cintakan ilmu yang ada pada antum & antunna..semoga terus subur dalam jiwa kalian.AMIN. 
 
Antara istifadoh atau pengajaran yang dapat sama-sama sahabat ambil serta amalkan : 

1-Bermulanya pembinaan tamadun di Mekkah dengan asas ketaqwaan kepada Allah. 

Kerana apa? Kerana Kaabah itu sebagai asas pembangunan di Mekkah. 
Justeru,kalau kita nak bina satu tamadun yang hebat,yang Berjaya…binalah tamadun itu dengan asas ketaqwaan kepada ALLAH.Kaabah juga di bina semula menggunakan harta-harta yang bersih dari riba & harta haram. 

2- Peristiwa peletakan semula batu Hajarul Aswad telah menyaksikan satu konflik keterlaluan semangat berpuak dalam kalangan bangsa Arab Jahiliyyah…sehingga sanggup mahu bergaduh sesame sendiri. 

Mujurlah datang nabi Muhammad S.A.W sebagai penyelesaian masalah mereka.Baginda menjadi pendamai antara kabilah arab dengan idea menggunakan kain serbannya untuk mengangkat batu mulia itu dan meletakkannya semula ke sisi kaabah.Sekaligus Berjaya mengelakkan pergaduhan antara puak.Begitulah islam,datangnya membawa penyelesaian kepada manusia. 
”Islam adalah penyelesaian untuk segala permasalahan insan” …ingat kata-kata ini wahai para sahabat yang budiman sekalian. 
3-Pada masa yang sama,kejujuran & sifat al-amin yang ada pada kekasih Allah ini juga telah Berjaya menyebabkan baginda di pilih untuk meletakkan semula batu Hajarul Aswad.walaupun ketika itu,baginda belum lagi di lantik sebagai rasul. 
“setiap orang yang mengucapkan kalimah syahadah adalah penyeru kepada Islam” 
Pengajarannya,selaku da’ie,kita mestilah membina back ground diri kita yang baik agar apabila suatu masa nanti,kita mengajak sahabat kita atau masyarakat kita kepada kebaikan atau meninggalkan sesuatu larangan,mereka dengan mudah menerima…kerana apa? Kerana mereka percaya kepada kita.

p/s: Ini merupakan laporan mingguan.InsyaAllah.

Hakikat Ikhtilat


Bro,dekat luar bukan main lagi menunduk.Dalam facebook bukan kemain lagi naik tanduk!

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ 
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".[An-nuur : 30]

*pang,kena sebijik atas kepala!

Maksiatism : Dosa yang Menghijab







Jauh hanyut dek keterbukaan
“Si*l je pon.Bukannya aku mencarut.Jangan skema sangat boleh?”
“You,sekarang zaman millennium okay? I nak pakai tudung ke taknak pakai tudung ke,suka hati I la.You jangan ingat you pakai tudung labuh you baik sangat..!”
“Aku kapel gitu-gitu je.Bukan serius mana pon.Nanti kahwin aku suruh mak aku carikan yang bertudung labuh jugak.”
“Ala,lecturer Arab je pon.Takde effect berkat aku pon.Dah la English berterabur,mengajar takde skill langsung.Baik aku study sendiri dekat rumah macam ni.Buang masa aku je..”

Pemikiran kita umpama payung terjun.Ia tidak akan berfungsi selagi tidak terbuka. Namun,andai salah bukaannya,salah pengawalannya maka jauhlah pendaratannya.Begitulah juga pemikiran kita.

Sekadar ingin timbulkan persoalan :

Ideologi siapa sebenarnya yang meletakkan kesalahan pada skema? Mengapa zaman millenium juga yang menjadi mangsa? Agenda siapa yang meletakkan perjuangan pada bangsa,sehinggakan hanya kerana lecturer tersebut bukan Melayu,kita menafikan penghormatan buatnya sebagai seorang guru yang mulia?

Persis sinaran matahari menyinari alam

Semuanya kerana terlalu hanyut dengan keterbukaan. Sporting yang tidak kena pada tempatnya. Berfesyen tak kena gaya,nampak lebih cantik bila rambut menggerbang katanya. Sempitnya pemikiran,bila sering menyangka dipandang cantik manusia,tetapi dipandang hina di sis Sang Pencipta. Kesempitan dalam keterbukaan.

Dek kerana keterbukaan itu juga,kita memandang ‘maksiat’ itu melalui pandangan yang salah.  

“Ala,usha sikit je pon.Makhluk cantik ciptaan Allah macam ni mana boleh disia-siakan..”

Sedangkan maksiat itu meliputi apa sahaja yang yang menyebankan murka Allah S.W.T. Dan dek kerana keterbukaan itu juga,kita terlepas pandang bahawa sebenarnya hijab antara seorang penuntut ilmu dan ilmu itu sendiri adalah maksiat!

“Ilmu itu cahaya.Dan cahaya Allah tidak menerangi mereka yang berbuat maksiat”

Ilmu itu cahaya yang menerangi jiwa. Kerana itulah,hakikatnya jiwa seorang  pemaksiat macam kita kelam tanpa cahaya.Namun tampak terang bercahaya,kerana bijaknya syaitan yang merajai jiwa.

Ah!Kita tertipu dengan mudah.

Aku buat maksiat,Aku okay.

“Aku mencarut.Result aku okay.”
“Aku kapel.Result aku okay.”
“Aku tak pakai tudung.Result aku okay.”
“Aku tak masuk lecture.Siap maki-maki lecturer lagi.Result aku okay je.”
Eh,takde masalah pon.Result aku okay je.


Ikhwah dan akhawat,ingatlah akan firman Allah:
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni`mat) kepadamu, dan jikakamu mengingkari (ni`mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
Na'uzubillahi min dzalik.

Bersyukurlah. Tika ini,kita boleh mendabik dada berbangga atas kejayaan yang kita sangkakan suatu pencapaian. Namun hakikatnya kejayaan yang kita gapai itu merupakan suatu ujian,menguji erti kesyukuran dan penghayatan seorang hamba.Jangan sampai ujian Allah datang menyapa,baru kita mengerti bahawa semuanya Allah yang punya.Tiada yang milik kita.

Kita rembulan menerangi kegelapan


“Aku berlindung dari syaitan yang direjam”
Ayuh,bersama mengembara mencari cahaya. Didik jiwa untuk menjadi pencari ilmu yang berjaya bukan sahaja di dunia,malah turut menggapai redha untuk kejayaan di akhirat kelak. Tanamkan dalam hati kita,supaya dengan cahaya ilmu yang menerangi jiwa mampu menjadi sumber cahaya kepada jiwa-jiwa lain yang masih alpa.

Ayuh,tinggalkan maksiat. Teguhkan dalam hati,syurga Allah di akhirat lebih nikmat.
Dan azabnya di neraka kelak jauh lebih dahsyat.

Ya Allah,terangi hati-hati kami sebagaimana cahayaMu menerangi alam ini.
Allahumma amen.


Astaghfirullahal 'azim.
Hanya padaMu kami memohon pertolongan.
Hanya padaMu kami mohon keampunan.

First Aid Program-Handout

Untuk lebih mudah,sahabat/sahabiah boleh download 'ala tuul di sini:












































Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.