Treponema Pallidum 'Pembunuh Dalam Senyap'



Assalamualaikum w.b.t.

Istilah-istilah seperti Treponema Pallidum dan sebagainya mungkin bukanlah istilah asing dalam dunia perubatan.Sudah menjadi asam garam jamahan mereka agaknya. Maka, saya terbit dengan satu idea untuk menghasilkan artikel berkaitan T. Pallidum dan mengaitkannya dengan isu-isu yang dihidangkan untuk kita saban hari baik di televisyen, internet, radio mahupun kedai-kedai kopi tempat 'diskusi' pakcik-pakcik mahupun anak muda.


T. Pallidum merupakan sejenis bakteria yang menyebabkan penyakit Syphilis dan dianggap sebagai 'Great Imitator' kerana kehadirannya membawa bahana yang besar namun sukar sekali untuk dikesan. 'Gerak kerja'nya sangat teratur sehingga kekadang pesakit baru menyedarinya setelah nafas di hujung usia. Tidak keterlaluan andai bakteria ini wajar mendapat jolokan 'Pembunuh Dalam Diam'.
(Ee. Ngeri bukan?!) 


Huh??!
Namun, hasil kajian terperinci telah ditemui satu fakta yang amat mengejutkan. T. Pallidum kini telahpun mengemaskan modus operandinya bukan saja kepada jangkitan fizikal malahan secara virtual. Musuh2 Islam berdiam diri, mengunci bibir-bibir mereka seboleh mungkin agar fakta ini tidak terjatuh ke tangan umat Islam kerana mereka memang ingin terus melihat umat islam menderita.

Tengok sana sini, isu2 melibatkan umat Islam tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Tidak cukup melihat penderitaan yang menghimpit ummat Palestin yang dirampas tanahnya dan masih belum dikembalikan keamanannya, penuduhan Islam sebagai agama terrorist, pencabulan hak atas kepincangan dasar kemanusian yang disongsangkan al kuffar, muncul pula pendedahan tragik pembunuhan beramai2 etnik Rohingya.
 *sebak

Persoalan akan terus berputar mencari salah siapa. Tudinglah jari kita pada sesiapa saja anda rasa anda mahu, namun ketahuilah satu jari dituding maka empat bakinya mencari kita. Tak begitu? Dan sebenarnya, tanpa kita sedari Bacteria T. Pallidum virtual yang dinyatakan di atas telahpun menjangkiti sebahagian umat Islam menggunakan perangkaan serangan (attacking strategy) yang sangat efektif tanpa kita sedari.

Benarkah kita telah dijangkiti? Maka berikut merupakan beberapa suggested tests dan optically instrumented method untuk mengesan sama ada kita sebenarnya telah diinfek oleh T. Pallidum atau tidak.

Nauzibillah.
*Uhuk. Uhuk. Baca Bismillah dulu.


darfkfield microscope

Test 1 : Penggunaan 'Mikroskop Medan Gelap'

Mikroskop 'medan gelap' (darkfield) adalah teknik beribu2 tahun yang masih sangat relevan hatta sekarang. Dan mikroskop ini bukanlah terjemahan ciptaan Anthony Van Leeuwenhoek yang tercipta hasil inkuiri panca matanya untuk mengkaji microbes.

Tekniknya mudah. Tunggulah sehingga detik sepertiga malam apabila kelam menyelimuti malam (medan gelap), maka ambillah wudu', bertelingkuh di tikar sejadah sambil menghisab diri (mikroskop) sambil bertanya pada diri "sensitifkah kita terhadap nasib2 saudara kita yang ditindas", "apakah yang telah kita sumbangkan untuk membantu mereka" dsb.

 Ataupun adakah kita hanya berdiam diri seolah-olah merelakan mereka diperlakukan sebegitu rupa.  Ataupun nilai-nilai murni telah kita gadaikan dalam cara hidup hedonisme yang meratah elemen kesedaran dalam jiwa kita sebagai muslim. Dan kita persembahkan pula pada penchenta-penchenta dunia sehingga destinasi akhirat tidak lagi menjadi ultimet goal kita? Oppresi nyata berleluasa, tiba giliran menjajah minda. Hasad sesama muslim di api-apikan. Makar dibiar berlabuh dalam pertelingkahan hal-hal remeh sedang diplomasi masih terbuka luas. Ah. Inilah penyakit!

Firman Allah s.w.t.
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (al-Baqarah : 10)


Test 2 : Ujian Darah (Rapid Plasma Reagin)
Untuk mengesan parasit T. Pallidum ni maka ujian darah adalah salah satu metod yang sangat penting dan signifikan. Melalui kandungan darah maka kita akan dapat mengetahui adakah bacteria ini sedang 'bertarung' dengan kita.


Ya. Sebelum tu, mari kita kenal antara darah yang 'dijangkiti' dengan darah yang 'tidak dijangkiti'. Darah yang 'dijangkiti' akan menghasilkan antibodi atas stimulasi bacteria tersebut yang hanya akan dikesan melalui ujian darah. Antibodi2 ini akan memberi hints kepada kita bahawa sebenarnya " It's T. Pellidum 
attacks."
(arghh..menjerit)
 Manakala darah yang tidak 'dijangkiti' pula adalah darah yang mengalir dalamnya darah seorang hamba pada Pencipta. Tuhan diesakan, tidak diduakan. Nabi sebagai ikutan, tidak didustakan. Penyaksian (syahadah) dibenarkan, tidak dinafikan. Al-Quran dijunjung sebagai pedoman, Hadis dijulang sebagai panduan.  

Sabda Nabi s.a.w.
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat buat selama-
lamanya selagi berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah RasulNya".

So, the result?! Tepuklah dada tanyalah iman. Sejauh mana pada keduanya kita berpegang atau telah kita lontarkan dari ingatan! Beware!


Test 3 : Pengesanan Fizikal


Test 3 ini mungkin dianggap mudah oleh semua orang namun sebenarnya ia sangat sukar ditentukan. Seperti yang dinyatakan, bahawa bacteria ini adalah 'Great Imitator' kerana mudah sekali kita terpedaya dengannya. Lihatlah semula kepada cara hidup kita.
Mudahnya kita mengikut fesyen2 yang mendedahkan aurat, musik2 yang melaghokan jiwa, filem2 yang merendahkan mentaliti dsb. Ditinggal takut dianggap jumud. 

" Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui" (Ar-Rum : 64)

AWAS ! AWAS ! AWAS !
KERANA IA MUNGKIN AKAN MENJANGKITI ORANG DI SEKELILING ANDA.

Sebelum serangan missile yang padu terus membunuh kita maka tersebut adalah beberapa penawar yang boleh digunakan bagi menyahkan bacteria ini dari terus 'menjajah' tubuh dan minda kita.




Rawatan 1 : Suntikan penicilin iman dan taqwa


Seandainya terdapat simptom2 awal yang kita kesan, maka cepat2lah kita suntikkan penicilin iman dan taqwa kepada Allah s.w.t. Caranya dengan memperbanyakkan ibadah kepada Allah seperti membaca al-Quran, berzikir, bertaubat nasuha, banyakkan berdoa, melazimi amalan2 sunat dsb.
Firman Allah s.w.t.
"Dan Kami turunkan dari Al Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang lalai selain kerugian.” (QS, al-Israa’ 17:82)
Seandainya kita mengingati Allah, maka kita akan lebih tenang dan tenteram.
Firman Allah s.w.t.
"... Ingatlah, hanya dengan megingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd : 28)


Rawatan 2 : Pemeriksaan


Seandainya anda masih keliru dan buntu maka rujuklah kepada orang-orang alim, sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan, ostaz-ostaz mahupun ulama-ulama yang sedia menjelaskan dan memberi solusi pragmatik kepada masalah anda. Bermuzakarahlah dan bermunaqasyahlah bersama mereka untuk membimbing anda. Hadiri ceramah-ceramah agama mahupun usrah membina yang menyedia bi'ah kondusif untuk jiwa.

Proses ini adalah untuk menyucikan kembali segala bentuk bacteria yang mengancam kesihatan iman kita. Maka, apabila dalaman anda sudah diislahkan, semakin mudahlah sesi pentarbiahan. Diharapkan apabila bacteria ini berjaya dinyahkan, tujuan hidup kita kembali jelas. Matlamat kembali digarap menuju redhoNya. Kehambaan digenggam erat, sistem khalifah dijulang hebat.

Konklusinya, pelbagai masalah yang melanda umat Islam hari ini sewajarnya menjadikan kita lebih cakna dengan sikap umat Islam sendiri dan sejauh mana pegangan Quran dan Sunnah itu benar-benar diaplikasikan 
dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian.

Hakikatnya, 'T. Pallidum jenis MENCINTAI DUNIA dan TAKUTKAN MATI ' hanyalah antara jutaan virus-virus dan bacteria-bacteria lain yang cuba menakluk iman manusia.
Maka marilah kita sama-sama ingat-mengingati antara ikhwan dan akhowatina.
Bukankah peringatan itu memberi manfaat kepada mukminin?!
Wallahua'alam!

nukilan; Sang Musafir.

0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.