Stanza Mahabbah

We are Family :)

Sisi pandang kehidupan : Housemate saya tak solat.


 "Engkau tahu ke ada kawan kita yang tak solat?"

"Tahu je. Ramai je aku rasa.."

"Serius la? Engkau ada buat apa-apa tak? Tegur ke, nasihat ke?"

"Ala, aku tegur bukan diorang nak dengar pun cakap aku pun. Nanti kata aku sibuk jaga tepi kain diorang pulak."

"Engkau dah tegur ke belum?"

"Belum."

"Tengok? Belum tegur engkau dah prejudis dengan diorang. Mana tahu kalau diorang terima. Kita sibuk jaga tepi kain diorang, bukan selak kain diorang. Jangan risau la."

Sisi kedua

“Dia solat tak kat rumah?” Amirul mula bertanya dengan nada yang agak perlahan. 

Senyap.

“Aku selalu tengok dia takde masa kita solat sama-sama dekat mowassa. Bukan sekali, banyak kali dah aku perasan ni. Kau housemate dia takkan tak tahu?" Amirul terus bertanya.

Ahmad masih senyap, serba salah.

"Engkau janji tak cerita dekat orang lain?" Ahmad mula bersuara.

"Aku tak cerita dekat orang. Ini pun ada ikhwah yang cerita dekat aku, sebab tu aku baru perasan. Betul la maksudnya? Aku tanya engkau, sebab mana tahu kalau dia solat dekat tempat lain. Fitnah pula jadinya."

Ahmad sekadar mengangguk. Riak muka jelas menunjukkan dia rasa bersalah dengan situasi yang berlaku.

Petang itu, Afiq tidak datang ke kuliah. Melihatkan Ahmad jalan pulang berseorangan, Amirul mengambil kesempatan untuk bertanyakan persoalan yang selama ini terbuku di hatinya berkenaan Afiq, housemate kepada Ahmad. Sudah lama Amirul perasan ketiadaan Afiq ketika mereka solat Zohor secara berjemaah di luar lecture hall. Dan pengakuan Ahmad bahawa Afiq sememangnya tidak solat ternyata meresahkan hatinya.

"Aku kena buat sesuatu!" Amirul membulatkan tekad.


Sisi Ketiga

Azan maghrib berkumandang.

Allahu akbar Allahu akbar
Allahu akbar Allahu akbar

Asyhadu an la ilaha illallah
Asyhadu an la ilaha illallah

Asyhadu anna Muhammad ar-rasulullah
Asyhadu anna Muhammad ar-rasulullah

Hayya ala as-solah
Hayya ala as-solah

Hayya ala ak-falah
Hayya ala ak-falah

Allahu akbar Allahu akbar
La ilaha illallah.

Ahmad bersiap-siap untuk ke masjid. Laptop dibiarkan terus terbuka. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengerling ke bilik Afiq. Afiq masih di hadapan laptopnya dengan headphone di telinga. Ada satu-satu masa, Ahmad merasakan headphone itulah yang memisahkan mereka sebagai ahli beit. Jeritlah sekuat hati pun, pasti tidak didengari si pemakai. Sama ada memang tidak dengar, ataupun mereka sengaja tidak mahu dengar.

Bukan sekali dua dia mengajak Afiq untuk solat berjemaah bersama-sama di masjid. Sudah banyak kali. Sejak kali pertama mereka tinggal serumah, Ahmad tidak pernah lupa untuk mengajak Afiq dan ahli rumahnya yang lain untuk solat di masjid. Cuma apabila Afiq bersikap dingin dan bermasam muka kerana Ahmad 'terlalu kerap mengajaknya untuk solat', Ahmad sudah tidak lagi seperti dahulu. Dia sepertinya sudah putus asa dengan sikap Afiq.

Sisi realiti.

Afiq memandang laptop di hadapannya. Permainan Dota 2 yang dimainkannya sebentar tadi dibiarkan begitu sahaja. Fikirannya kosong. Matanya tertancap pada skrin laptop, tetapi lamunannya entah ke mana. Dia kecewa. Dia menyesal. Seawal dia menjejakkan kaki ke bumi Mesir, dia tidak pernah solat. Berasal daripada keluarga yang langsung tidak menitikberatkan soal agama dalam kehidupan sememangnya memberi kesan yang besar. Sangkaannya bahawa dia akan berubah dengan suasana persekitaran di Mesir ternyata meleset.

Bukan Afiq tidak dengar azan sebentar tadi, dia dengar.

Bukan Afiq tidak perasan Ahmad ada berhenti sebentar di pintu biliknya.

Bukan dia tidak mahu solat, tetapi dia malu. 

Tok! Tok! Tok!

Pintu rumahnya diketuk orang.

"Eh Ahmad lupa bawak kunci ke? Bukan dia baru je keluar tadi pergi masjid?" Afiq bermonolog dalam hati sambil menuju ke arah pintu rumah.

Assalamualaikum..!

"Waalaikumussalam." Afiq menjawab sambil membuka pintu rumah.

"Eh Amirul rupanya. Dari mana ni? Masuk la dulu." ujar Afiq sedikit terkejut.

Mereka tidaklah begitu rapat pada mulanya. Namun setelah Amirul menolong mereka ketika urusan perpindahan rumah awal bulan lepas, mereka menjadi semakin rapat. Kebetulan juga mereka berdua berkongsi lecture group dan section practical yang sama, jadi lebih keraplah mereka berjumpa. Perwatakan Amirul yang sopan dan mesra juga sedikit sebanyak mempengaruhi Afiq untuk mendekatinya. 

"Aku dari rumah Syafiq tadi. Ada bincang-bincang sikit pasal assignment. Kebetulan masa jalan kaki nak balik rumah tadi dah azan maghrib, aku datang ziarah sini. Nak tumpang ambil wudhu'. Boleh kan?" Amirul tersenyum sambil membuka kasut yang dipakai.

"Boleh je. Bilik air ada dekat sebelah bilik tu."

Afiq serba salah jadinya. Dia sendiri yang belum berwudhu' melihat sahaja Amirul membongkok membasahkan wajah. Tanpa disedari, ada butiran jernih mengalir dari matanya. 

Afiq menangis.

"Dah ada wudhu' dah Afiq?"

"Eh engkau kenapa? soal Amirul apabila dia menyedari keadaan Afiq.

"Ajarkan aku ambil wudhu'! Aku bukan tak mahu,aku tak tahu." Afiq mengaku dengan mata yang berkaca.



*******

Hidup ini, kita boleh lihat dari pelbagai sisi.

Yang pasti, kita sudah berada di penghujung usia dunia.

Cuma kadang-kadang kita lupa.

Bukan sedikit orang yang mahu menyebarkan syiar Islam di akhir zaman ini. Cuma terkadang kita terlalu tergopoh-gapah dalam berdakwah. Selalu benar culas untuk bermula dari bawah. Kita banyak menyentuh soal aurat, soal ikhtilat dan sebagainya sampaikan kita lupa pada titik mulanya semua perkara itu terus membarah.  Kalau air melimpah dari baldi, tutup terus paipnya.,bukan sekadar lap air yang melimpah.
"Sesungguhnya yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari amalan manusia adalah solatnya, jika amalan solatnya baik maka dia akan bahagia dan beruntung, Jika amalan solatnya buruk maka dia termasuk orang-orang yang rugi. Jika terdapat kekurangan sedikit pada amalan solat fardhunya, maka Allah berfirman: " Lihatlah (hai para malaikat) apakah hambaku mengerjakan solat sunat untuk menyempurnakan solat fardhunya?' Kemudian jika hambaku menyempurnakan solat sunat, maka solat sunat itu untuk menyempurnakan solat fardu yang kurang, kemudian seluruh amalannya diperlakukan seperti itu" (Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah )
Firman Allah s.w.t:

"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’ 
(Surah Al-Ankabut, 45)

Soalan cepumas:

"Kamu sudah solat?"

Kalau sudah solat, kenapa masih ada ikhwah/akhawat lain yang masih belum solat?


Baskin Of Moments 2.0 | Delirious With Excitement


[Unit Penerbitan & Penerangan]
Bismillahirrahmanirrahim.

"A friend is someone who knows the song in your heart and can sing it back to you when you have forgotten the words."

Baskin Of Moments kini kembali lagi!
Gandingan hebat bersama-sama anjuran Smurf Day dan Nostalgic Night.
Dengan versi terbaru yang lebih mantap dan menarik.

BASKIN OF MOMENTS 2.0


*gegak gempita*


Apakah itu BOM?
BOM adalah sebuah sesi penghargaan kepada insan-insan sekeliling kita, dengan cara memberikan mereka hadiah melalui pihak kami, ahli jawatankuasa BOM yang diselia di bawah Unit Penerbitan & Penerangan Stanza Mahabbah.
Untuk pengetahuan semua, BOM ini pernah dijalankan semasa kami berada di Tahun 1 dan sambutannya memberangsangkan.

BOM 2.0 ini terbuka kepada semua ahli Stanza Mahabbah termasuklah perubatan, pergigian dan farmasi.

Jadi tunggu apa lagi wahai ikhwah akhawat yang dihormati dan disayangi sekalian?
Inilah masanya untuk kita mengapresiasikan rasa terima kasih, terharu atau apa jua kepada sahabat-sahabat kita.
Ahli bilik, ahli rumah, sahabat baik, rakan sekelas. Semualah!

"Appreciate those who appreciate you & that doesn't mean leaving those who aren't. 
Hablum minallah wa hablum minannas.
Just treat others nicely, sincerely. And pray for those who do good to you & those who care about you."


JOM --- kita BOM!

Apakah set yang ada dan berapakah harganya?
Terdapat 6 set yang begitu cantik kesemuanya dan rakan-rakan bolehlah membuat pilihan yang meluas untuk diberikan kepada rakan-rakan sekeliling. Juga ada set khas untuk IKHWAH SAHAJA!
Berikut disediakan poster bagi setiap set :








And this is for card dedication! Check it out!


Bagaimanakah cara untuk mengambil tempahan?
Pengambilan tempahan akan dibuat melalui Google Docs untuk memastikan tiada kehilangan tempahan atau tempahan yang sama tetapi dilakukan berulang kali.
Ini juga untuk memudahkan pengambilan tempahan daripada ahli-ahli pergigian dan farmasi.

Berikut disertakan pautan ke Google Docs:
https://docs.google.com/forms/d/1kj4Hsj4SMwezX66K7w7rHHEUGonTu4imjZniTAJNYcs/viewform

*Mohon kerjasama kalian yang baik hati untuk mengisi borang Google Docs yang berlainan sekiranya :
1. Ingin menempah set yang berlainan


Kepada siapakah sesi pembayaran boleh dilakukan?
Pembayaran akan dibuat kepada AJK PROMOSI BOM 2.0 seperti yang tersenarai di bawah.

Perubatan
1) Lecture A : Amirul Naim (Ikhwah)
                      Siti Izzatul Annis, Amira Nabiha, Hanis Mustafah (Akhawat)
2) Lecture B : Kamil Hadi (Ikhwah)
                      Faezah Fauzy (Akhawat)
3) Lecture C : Nur Azim Azman (Ikhwah)
                      Andi Nor Aisyah (Akhawat)

Pergigian & Farmasi : Athirah Rafik

Promosi dan pembayaran akan ditutup sehingga 15 MEI.


Bilakah sesi dedikasi hadiah akan dilakukan?
Dedikasi hadiah akan diberikan kepada para penerima sepanjang berlangsungnya malam 'Nostalgic Night' yang akan datang pada 18 Mei.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Loqmanul Hakim Bin Abdul Ralim (Lecture B) - +201112993362
Fatin Amira Binti Zurkinain (Lecture B) - +201115672662



"Ukhuwah itu bagai seutas tasbih. Awal tiada penghujung. Dicipta untuk mengingati-Nya, dibahagikan untuk cinta-Nya dan diratib untuk redha-Nya."


"...dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurnianya kamu menjadi bersaudara..."(Al-Imran :103)

SEM 3: ANALYSIS

Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

Semester 3 subjects consist of module 8 ( Infection & Immunity), module 9 (Nervous System) and module 10 (Clinical Skills).

The credits hours are as below:
Module 8 - 5
Module 9 - 7Module 10 - 2

Every year we have one module carrying the biggest credit hour. For the first year: Module 3 (Introduction to Medical Science), GIT for third year and as we can see above, CNS carried the most credit hour this year. This is maybe the most relevant reason for these modules being dubbed as the 'killer subject' every year.

Now we will have a closer look on how our batch performed on each subject. Please be reminded that these results does not include the International Egyptians.

MODULE 8
M8 marks
M8 grades
M8 chart
63% or almost 2/3 of our batch scored around grade B (B+, B and B-). Only a minority of 11%  or 31 students succesfully achieved at least A- and above. 2 students have failed this module with marks between 40-49 (grade F). 

MODULE 9


M9 marks




M9 grades
M9 chart (broken bell shaped)



Module 9 has almost the same pattern as the standard deviation (defected bell shaped) with the highest number of students are among those with B- (49), followed by B and C+. 36 students or 13% got A- or A. On the other hand, 16 students obtain D or F for this module.

MODULE 10
M10  marks

M10 grade


M10 chart

48% of the students secured B or below. The rest is history.

OVERALL


Alhamdulillah, there are vast and major improvement among our SM batch compared to the previous batch for this semester. For module 8, only 2 students failed compared to 21 last year. Our success rate is also higher:
(This year: 99.24% ,Last year: 93.23%)
Same goes to module 9. The number of students who failed this subject plunged greatly, from 62 to 16 this semester. Success rate also increases from 80.00% to 93.94%. How about the students excelled this module? 36 students obtained A- and above compared to only 4 the previous year. Very awesome-lah I can say.

Congratulations to all for putting such a high effort in achieving Zero Repeaters. Although we did not managed to fulfill our motto, may Allah reward us all for the hardwork and ibadah we do, Ameen.

Zero Repeaters this semester? InshaAllah =)



Cerpen : In Case Kau Terlupa (akhir)


Buku Kimia terbongkang di atas meja. Soalan equilibrium yang Farah tanya tadi cuba dijawab bersama.

Sudah seminggu berlalu, dan dia cuba menyejukkan hati sendiri. Dia sayang Farah, kenapa tiada orang yang faham? Dia tidak sentuh, keluar pun berteman, sama-sama membaiki diri, oh, cara apa lagi tidak kena?

Hari ini, dia berbincang dengan Farah untuk persediaan quick quiz nanti.

“Kalau pressure increase, Kp tak berubah, dan equilibrium will shift to the side of less concentration of mole.”

Farah mencatit di atas kertas, mengisi ruang kosong pada garisan jawapan. “Oh, kiranya bila volume increase, pressure decrease, so the equilibrium will shift to... to the side of higher concentration of mole, lah? Ok, Alhamdulillah dah faham.”

Faiz terus memandang nota berwarna warni milik Farah. Dia tidak lagi menceritakan kisah hari itu pada Farah, meski sudah seminggu berlalu.

Seminggu juga kurang ditegur sapa sahabatnya. Seminggu juga dia makan sendiri sarapan pagi yang selalunya berteman. Ah.

Mengabaikan rasa hatinya, disambung bacaan pada nota tadi.

‘Manusia ni kena bersederhana. Wasatiyyah.’

Suara Farhan tiba-tiba tercampak keluar dari ingatan. Berdengung suara sahabatnya, sewaktu mereka baru mengulangkaji tajuk equilibrium minggu-minggu lalu.

‘Allah ajar wasatiyyah ni, macam equilibrium. Kau tengok. Tengah-tengah ada anak panah, membahagi bahagian kiri dan kanan.

Bila satu berubah, equilibrium will shift to other side to revert the change to original value back.

Satu bahagian ialah rohani untuk jiwa kita. Yang sebelah lagi jasmani untuk luaran kita. Kalau ada elemen wasatiyyah ni, kita akan ada check and balance, adakah betul hidup kita seimbang terisi.’

Dan Farhan terbungkam sendiri di situ.

‘Tapi manusia selalu lupa, untuk seimbangkan. Sebab yang jaga equilibrium tu, adalah diri sendiri. So, kalau kita terlupa, takut kita tak ter-shift the equilibrium...’

Farhan menyambung,’..back to original value.’

Original value = fitrah. Fitrah adalah suci. Benda yang Allah datangkan sebagai hadiah.

Fitrahnya dia, kepada perempuan yang baik untuk dijadikan teman.

Namun lupanya dia, fitrahnya yang satu lagi senget tidak terisi. Banyak masa, banyak perkara, dan diutamakan adalah Farah. Sebab mengikut firasat sendiri, dia sendiri mahu memiliki Farah, namun dia terlupa.

Fitrah ber-Tuhannya.

Fitrah menghambanya.

Ada sesak dalam sendi dan rongga. Faiz mencongak sendiri ketukan pada diri. Apakah ini jalannya, mengisi fitrah hati pada Farah untuk mengisi fitrah menghamba pada Tuhannya.

Terdiam. Oh, dia benar terlupa.

Oh, Farhan sendiri terasa hatinya tercucuk.

Suara Farhan terngiang. ‘Aku cuma sampaikan. In case kau terlupa.’

Dicapai beg di sebelah.

*****

Pintu bilik terselak. Ada wajah yang sudah seminggu basi daripada kemesraan biasa.

“Kenapa baru hari tu, kau mahu mengingatkan?” Suara Faiz.

Farhan memanah pandangan masuk ke dalam mata Faiz. “Aku minta maaf. Aku takut kau terasa.”

“Padahal aku terasa juga, kan? Lagi-lagi yang menegur pun setelah aku kena ‘bahan’ dengan orang, kena pandang semacam?”

Terkehel urat leher Farhan. “Aku minta maaf.”

Faiz mengambil tempat di sebelah Farhan. “Ingatkan aku, in case aku terlupa.”

“Aku kan sayang kat kau.”

“Tapi kau terlebih sayang! Takut nak menegur. Aku tak sedar dulu.”

Farhan menggamit tangan Faiz. “Faiz, aku nak tegur kau bukan semata dalil la taqrabu zina, walaupun memang ayat itu ayat hukum mencegah manusia dari perbuatan tu. Tapi ada ayat lain yang aku nak kita faham.”

Kening Faiz terangkat. Ada lain?

“Bismillahir rahmanir rahim.”

Faiz memandang Farhan.

“Kalau kita sedar betapa kasih sayang Allah, sampaikan Dia bagi fitrah kita untuk menyayangi dan membalas sayang itu, kita akan tahu siapa diri kita, Faiz.

Sampaikan, Allah memberi kasih sayang-Nya, padahal manusia mungkin memberi semula kasih sayang itu bukan selalunya pada Dia.”

Dan itu baru permulaan kembalinya manusia.

---------------------------------------------------------------------------



Post Konfeksi :

 اِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَاِيَّاكَ نَسۡتَعِيۡنُؕ Kepada Engkau ya Allah kami menyembah (segala kehidupan, nyawa harta dan segalanya) dan kepada Engkau kami meminta pertolongan.

Lafaz cinta, saban hari kita sebut,

"Eh Eh, ada rasa tak kat hati? " Allah..

Sumber : Batu dan Kerikil

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.