“Eh, buat apa korang kumpul dan tulis semula soalan-soalan exam tadi
tu? Kan dah lepas exam tu.” Baihaqy bertanya serius. Imran mengangkat dua
keningnya. Double jerk.
“Begini Bai… Prof Dr. Muhaya ada pesan dalam buku dia, How To Become a
Good and Successful Medical Student.” Imran pula bernada serius untuk berkongsi
sesuatu. Baihaqy, Safwan dan Awang kelihatan ternanti-nanti untuk mendengar
kata-kata seterusnya. Sambil menanti makanan tengahhari siap, mereka cuba
berbincang tentang soalan peperiksaan tadi.
“Prof kata, kita kena buat analysis
of incorrect answers. Kita kena kenalpasti bentuk apa soalan yang kita
jawab salah tu dan kita kena tulis sebab kenapa kita salah jawab soalan tu.
Contohnya, tersalah faham ayat atau kita tak pernah baca pun part tu. Supaya apa… ? ” Bahasa rojak
sememangnya tidak dapat dipisahkan oleh pelajar perubatan. Mesti ada sahaja
kalimah bahasa Inggeris di dalam perbualan harian mereka. Sengaja Imran
meninggalkan persoalan di akhir perkongsiannya itu agar teman-temannya
mengikuti perbualan itu secara aktif. Orang kata, kalau bercakap dalam
kumpulan, jangan hanya kita yang bercakap. Rangsanglah ahli kumpulan kita untuk
memberi pandangan dan idea mereka juga.
“Supaya kita ingat our mistake and we will learn something very
precious from the mistake.” Safwan segera memberi respon. Dia juga tidak mahu
ketinggalan dalam perbualan tengahhari itu. Imran menggangguk-ngangguk mendengar
jawapan Safwan.
“Betul juga tu. Our mistakes are part of our experiences. Betul ke?
Haha”, Awang menambah selamba.
***
Selepas tafaquh ‘Qawanin Baitul Muslim di Sutuh Asrama MARA pada malam
itu, terus Awang mengajak teman baiknya Bahar untuk ke Restoran Taverna. Ketika ditahun tiga dahulu, Bahar lah yang banyak
membantu tetapi sekarang Bahar seperti kurang bermotivasi. Ada masalah yang
tidak mahu dikongsikan dengan Awang. Tetapi, teman yang rapat boleh membaca
keadaan temannya melalui perlakuan dan gaya percakapan walaupun cuba
disembunyikan.
“Bahar, okey tak exam tadi?”
“Ntah la. Macam tak lulus je rasanya. Tak mampu nak jawab soalan dari
doktor. Doktor tanya ana what are diagnostic criteria of Chronic Myeloid
Leukemia patient? Ternganga la jawabnya. ”
“Tenang… Biasa lah tu. Mungkin expectation kita pada exam sebelum ni
rendah sangat. Sampaikan kita berusaha dan target pun rendah je.”
“Lau samah. Antum a’iz eh?(Maafkan saya, apa yang kalian mahu
makan?)”,seorang lelaki arab pelayan
restoran datang mengambil pesanan makanan. Senyuman di ukir pada wajahnya.
“Ana a’iz basmati rubu’ firakh.(Saya nak nasi basmati dengan suku ayam
bakar) Anta nak makan apa Bahar? Cakap je, ana belanja malam ni.”
“Ana a’iz basmati thowuk.(Saya nak nasi basmati dengan ayam thowuk)”,
Lelaki arab itu menggangguk-ngangguk sambil menulis pesanan pelanggan. Dia
mengucapkan terima kasih lalu berlalu pergi.
“Jom kita sambung balik apa yang kita sembang tadi. Begini, ada seorang
motivater dalam satu klip video, dia cakap macam ni…” Awang menelan liur. Riak
wajahnya bersungguh-sungguh sambil tangan kiri sudah terangkat membuat gaya
seorang pemidato yang cuba memukau khalayak pendengar.
“ I found that… most people fail
in live not because they aim too high. Most people fail in live because they
did just like I did for so many years. They
aim too low and they didn’t believe themselves.
“Kita kena percaya pada kebolehan diri kita.” Kata-kata Awang mati
disitu sahaja apabila melihat Bahar hanya mencebikkan mulutnya.
“Tak, bukan sebab ana tak percaya pada kebolehan diri. Tapi
sebenarnya, ana rasa macam hilang minat la nak jadi doktor.” Terluah jua
akhirnya apa yang membelenggu jiwanya selama beberapa bulan ini.
“Ingat lagi tahun lepas?” Mata Awang berkelip beberapa kali. Terkejut. Tak sangka.
Rupanya masih banyak yang dia tidak tahu tentang sahabat baiknya itu.
“Masa anta cakap kat ana; “Ada gaya macam ustaz la kau ni. Kenapa
selepas SPM dulu kau tak ambil ustaz je, Bahar ? Ambil Usuluddin ke atau
Syariah Islamiah ke ?