V
“
Yaaa ayyuhal muzzammil… Qumillaila illa qalila…”
Ahyad mengulang ayat satu dan dua surah Al-Muzammil. Biar pun dua ayat sahaja
yang di ulang baca pada hari ini namun dia yakin. Langkah kecil adalah
permulaan untuk semua perkara yang besar.
“Tuk!
Tuk! Tuk!” Daun pintu bilik ditolak lembut. Tanpa di izinkan masuk, Fadhlullah
terus ‘menceroboh’ masuk ke bilik Ahyad. Temannya terpana. Ahyad teruskan
mengulang tanpa memandang Fadhlullah di sebelahnya.
“Nak
double degree sorang-sorang ke? Mana pergi nilai persahabatan selama ini? ”
Fadhlullah berkias bicara. Ingin diluahkan sejujurnya mahu menghafal bersama Ahyad secara terus
rasa seperti tidak macho pula. Maka
sindiran yang menjadi bahasanya tika ini. Ahyad berpaling memerhati wajah
Fadhlullah. Cuba mencari keikhlasan di balik persoalan itu.
“Sahabat
tidak akan memaksa sesuatu yang tidak disukai sahabatnya. Betul bukan?”
Persoalan dibalas persoalan. Fadhlullah terdiam tetapi dia belum berganjak.
Kesombongannya jika diteruskan hanya membawa rugi. Temannya yang baik sebegini
jika dilepas pergi hanya membuah sesal. Dia juga tekad hari ini.
“Benar.
Jadi seharusnya apabila seorang sahabat sudah sedar dan ingin menyahut ajakan
kebenaran bahkan jiwanya sudah mulai suka kepada kebenaran maka seorang sahabat
mesti memimpin temannya. Tidak boleh dia membiarkan temannya itu terkapai-kapai
mencari cahaya. Ahyad kan?” Entah mengapa, dia berasa seperti sedang melakonkan
watak pemuda insaf pula. Dengan ayat sastera gred dua! Biarkan. Biarlah hatinya
berbicara dengan penuh murni hari ini.
‘Ahyad,
ajaklah aku bersama kau untuk kali keduanya. Aku ingin menempuhi jalan ini
bersamamu sahabat.’ Monolog hatinya tulus. Matanya bersinar cahaya. Mengharapkan kasih
seorang sahabat masih berbaki di lubuk hati. Fadhlullah sebenarnya telah insaf
dek rasa bersalah kepada Ahyad.
“Kalau
seorang sahabat sudah menyatakan sudi dan rela untuk bersama di jalan kebenaran
dan kebaikan, apa hak aku nak menghalangnya?”
“Jadi
kau masih membuka peluang untuk aku menghafal bersama kau, Ahyad?” Fadhlullah
bertanyakan lagi untuk kepastian.
“Peluang
sentiasa ada untuk berbuat baik dan kembali kepada kebenaran. Selagi nyawa
tidak di ambil Tuhan. Maka siapa aku untuk menutup pintu kebaikan untuk kau?”
‘Alhamdulillah,
segala puji ya Allah. Kau makbulkan doaku tempoh hari. Aku tidak tahu apa yang
mengetuk pintu hatinya. Cukuplah sekadar dia datang kepadaku dan menyatakan
kesudiannya untuk menghafal. Walaupun itu bukan kewajipan umat ini.’ Ahyad
memuji dan memuja Tuhan yang Maha Berkuasa.
“Maafkan
aku Ahyad. Kerna menolak ajakan tempoh hari.”
“Oh,
tak mengapa. Biasa la tu. Dalam berkawan kalau tak saling memaafkan,
persahabatan takkan kekal. Mungkin salah cara aku ajak kau menghafal kot.”
“Ada
ke patut aku memaksa kau hafal Quran. Sedangkan benda ni bukan wajib kan.”
Ahyad seperti menyalahkan diri. Fadhlullah tersenyum gembira.
Hari
berganti hari. Bulan demi bulan. Dari tahun empat sampailah sudah ke tahun
enam. Majlis graduasi berlangsung dengan baik. Baitul muslim pun sudah terbina.
Zaman Housemanship ditempuhi dengan sabar dan tabah. Masa berlalu dan
Fadhlullah sentiasa mengulang hafazannya malah menambah hafazan baru setiap
hari. Cita-citanya ingin menjadi Sang Doktor
Penjaga Wahyu. Sepuluh tahun telah berlalu. Dia berhasrat ingin menamatkan
hafazan sebelum hembusan terakhir.
***
VI
“Abi!
Abi! Mak Cik Musirrah jatuh!” Muzammil menunjuk ke jihat bertentangan. Tangan
ayahnya dilepaskan seraya berlari ke arah jirannya yang berusia 87 tahun itu.
Anak kecil itu punya sensitiviti membantu yang sangat tinggi. Fadhlullah
kembali sedar sepenuhnya dari kenangan lalu. Segera dia berlari ke arah yang sama sambil membimbing Mudatsir.
“Mak
Cik okey tak?” Tanggungjawab sebagai pegawai perubatan segera menguasai
jiwanya. Memberi khidmat kesihatan bukan hanya ditempat bekerja. Berkhidmat
untuk masyarakat adalah sepenuh masa selagi masih terdaya.
“Okey
insyallah. Tapi rasa sakit kat tulang pinggung belah kiri ni.” Mak Cik Musirrah
mengurut pinggul disebelah kiri. Sebagai pakar Orthopaedic, Fadhlullah pantas
mengesyaki sesuatu.
“Neck femur fracture boleh jadi ni.
Sangat common berlaku apabila orang
tua rebah. Mari saya bawa Mak Cik ke hospital, kita buat X-ray.”
-
Tamat -
Bahar
Syaaban
1436 H
10
Jun 2015
Syatby,
Alex.
0 Ideas:
Post a Comment