Cerpen : Sang Penjaga Wahyu [Part 1]

Sebuah Cerpen :
Sang Penjaga Wahyu

I

 Waktu Asar masih panjang saat dia sedang asyik berteleku mengulang-ulang hafazan AlQuran. Hari ini dia mendapat cuti. Justeru, terus dia manfaatkan untuk berlama-lama beriktikaf dimasjid. Menjadi seorang doktor memang susah untuk mendapatkan masa lapang.


Dia bersandar pada tiang masjid Attaqwa yang terletak hanya 200 meter dari rumahnya. Sekali sekala matanya melirik memerhatikan anak sulung dan anak keduanya membaca AlQuran. Kanak-kanak semestinya diperkenalkan dengan AlQuran seawal yang mungkin di dalam hidup mereka. Kerana itulah nanti yang akan menjadi pedoman mereka apabila besar nanti.



"Cuti ke hari ni Fadhlullah? Nampak lapang je." Imam Che Pa menegurnya yang masih asyik mengulang AlQuran.




"Alhamdulillah, dapat cuti sehari setengah. Boleh la luang masa lama sikit kat masjid ni. Kalau tak, nak tengok batang hidung saya pun susah. Betul tak Imam ?"





"Dah sampai mana hafazan kamu Fadhlullah? "




"Alhamdulillah,  dah masuk juzuk 27."




Sudah sepuluh tahun dia menghafal.  Tika ini dia sudahpun berusia 32 tahun. Namun, semangat untuk mengkhatamkan hafazan masih belum pudar. Dia tetap berusaha juga menghafal walau sesibuk mana pun hari yang dilalui.



"Muzammil... Mudatsir... Mari kita pulang. "

"Sebelum tu, mari salam dulu dengan tok guru Quran ayah ni." Anak-anaknya menghabiskan bacaan masing-masing  lalu segera menyalami insan yang berjasa dalam hidup Fadhlullah. Imam Che Pa lah yang telah membantunya mengenal AlQuran dahulu, ketika dia telah pun di tingkatan satu. Besar saham orang tua itu dalam hidupnya.




"Bagus sungguh Muzammil dan Mudatsir ni. Rajin ikut ayah dia datang masjid. Semoga kalian menjadi orang-orang soleh insya-Allah."


"Kamu dah hafal Surah Muzammil, wahai Muzammil? " Imam Che Pa menyapa lembut anaknya. Mendengar pertanyaan itu, Fadhlullah di usik kenangan sepuluh tahun yang lepas. Memori lama nampaknya bermain kembali di benak minda. Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia membiarkan sahaja dirinya dibenam memori lalu. Separa sedar.



II





 Teratak Iskandar sepi seketika. Semua ahli mesyuarat menarik nafas lega. Segala agenda berkaitan kempen SM Iqra sudahpun selesai dibincangkan secara objektif dan pelaksaannya. Tiba-tiba Shuib mengangkat tangan memohon berbicara.




"Maafkan saya, saya terlupa tadi. Sebenarnya saya mahu mencadangkan satu idea."




"Silakan Shuib." Baihaqy mengizinkan temannya berkongsikan idea. Walaupun dia adalah pengarah Rakan Huffaz namun idea-idea yang datang tidak pernah dia sombong untuk menerimanya. Itulah adab dalam bermesyuarat. Menerima sesuatu idea terlebih dahulu lalu dibincangkan baik buruknya barulah diputuskan diterima atau ditolak. Melalui berorganisasilah Ahmad Baihaqy mempelajari perkara ini.




"Memandangkan kita mempunyai lajnah hafazan, jadi apa kata kalau kita  anjurkan satu galakan untuk ahli batch kita menghafal satu surah sepanjang dua minggu kempen kita ini. Selain kita ajak sahabat-sahabat kita melazimi tadarus AlQuran." Shuib melontarkan buah fikirannya untuk sama-sama dikupas oleh ahli mesyuarat yang hadir.



"Kita boleh pilih satu surah yang pendek dan mudah untuk dihafal. Sekurang-kurangnya, selepas tamat kempen kita nanti, ada satu surah yang melekat dihati sahabat-sahabat kita. Boleh jadi, ia akan menjadi surah pertama yang dihafal oleh sahabat kita. Sebelum mereka menghafal kesemua isi Al-Quran. Ini cadangan sahaja. Jadi, saya minta pandangan sahabat sekalian."



"Ana setuju dengan cadangan Shuib. Ana cadangkan kita galakkan sahabat batch kita hafal surah Al-Muzzamil."  Bahar tiba-tiba mencelah.



“Kenapa pilih surah tu bukan surah lain? ” Getus Afnan jujur.


"Surah Al-Muzzamil tak panjang sangat. Satu muka surat lebih sahaja. Ada 20 ayat. Kalau kita hafal dalam dua minggu kempen ni, insyallah sempat. Ana tolong jawab untuk Bahar. Betul tak Bahar?" Syed Firdaus berkongsi pandangannya soal surah Al-muzzamil.






Bersambung…

0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.