Cerpen : Sang Penjaga Wahyu [Part 2]

III




 Hari pertama kempen SM Iqra bermula, Syed Firdaus sebagai ketua Lajnah Hafazan tampil ke hadapan dewan kuliah. Dia membuat hebahan umum tentang kempen SM Iqra sekaligus mengajak  rakan-rakannya menghafal surah Al-Muzzamil. Syed menceritakan kisah seorang pak cik yang berusia 52 tahun. Pak cik itu telah berjaya menamatkan hafazannya pada umur 45 tahun. Betapa, jika kita ingin menghafal AlQuran, sebenarnya kita mampu. Biar sedikit sedikit asalkan berterusan. Lama-lama habislah 30 juzuk itu.



"Saya mahu berkongsi kaedah yang mudah untuk sahabat menghafal surah ini. Surah ni ada 20 ayat sahaja. Jadi, cuba kita bahagikan kepada beberapa bahagian. Saya cadangkan kita hafal dalam 10 hari sahaja. Maknanya, dua ayat sehari. Betul?"



"Setiap hari kita hanya perlu mengulang-ulang dua ayat tu sahaja. Selepas sepuluh hari. Dapatlah kita kumpul 20 ayat insyallah. Kaedah ni kita panggil kaedah chunking."




IV






Fadhlullah sedang leka bermain games FIFA. Tiba-tiba Ahyad masuk ke bilik sambil membimbit mushaf Al-Quran.



“Amboi Fadh… main games FIFA sampai tak perasan dah aku masuk bilik hang. Tu dio hang eh.” Fadhlullah hanya tersenyum. Matanya masih tertancak pada skrin komputer.



“Eh Fadh, kau ingat lagi pengumuman Syed Firdaus dalam kelas malam semalam?”



“Yang pasal apa? Pasal Projek Dana Perubatan ke?”



“Eh bukanlah. Projek Dana Perubatan tu Zainuddin la yang bagitau. Pasal galakan menghafal surah Al-Muzammil. Sempena kempen SM Iqra ni kan.” Fadhlullah kelihatan cuba mengingati sesuatu.



“Oh yang tu ke? Ingat. Ingat. Kenapa? Kau nak hafal ke? Bagus la. Nanti boleh jadi imam Isyak aku. Hahaha. ” Sempat lagi Fadhlullah berseloroh dengan teman rumahnya.



“Haha. Jadi imam Isyak ya. Khairul lagi bagus la. Tapi bagus la kau ingat pengumuman tu. Aku nak ajak kau hafal surah Al-Muzammil dengan aku ni. Ada member hafal sekali, baru best sikit.”


“Ish, budak macam aku ni mana sesuai hafal Quran. Tak nak lah.” Fadhlullah membangkang pelawaan Ahyad. Kendur sedikit hati Ahyad dibuatnya. Pun begitu Ahyad tekad mahu mengajak Fadhlullah menghafal bersamanya. Bagi Ahyad, support system perlu dibina. Bukan tak boleh menghafal seorang diri tetapi sokongan dan dokongan kawan akan lebih membantu dia menghafal dan mengulang hafazan nanti. Itulah yang bermain difikirannya saat ini.



“Eh apa drug of choice for treatment of  Hydatid Cyst Disease?” Ahyad cuba memancing sesuatu.


“Praziquantel la. Ayyo… takkan tak ingat kot nama drug tu. Penting kot.”  Dua-dua keningnya digerakkan kepada Ahyad. Senang. Segaris senyuman terlukis di wajah Ahyad. Ada peluang menanti. Otaknya ligat mencari satu idea baru.


“Okay. Not bad. What types of adult tetanus that you know? Explain it in a brief way.”


“Amboi speaking English nampak. Takpa, aku jawab Melayu je.”



“Adult tetanus ada tiga jenis. Generalized tetanus, cephalic tetanus and localized tetanus. Nak kena explain secara ringkas ke?” Ahyad mengiakan pertanyaan Fadhlullah.



“Mudah je Yad. Kalau generalized tetanus ni patient will comes with generalized weakness la. Kalau cephalic tetanus pulak, associated with head injury or middle ear infection. Untuk localized tetanus ni sebenarnya the rarest form of tetanus. Cuma character dia local je lah dan dia boleh progress to generalized jugak.”



Belajar tentang penyakit sememangnya lebih senang jika kita mampu membayangkan kondisi setiap pesakit. Ahyad merasakan umpannya sedang dipagut perlahan. Dia hanya ingin menunggu saat umpannya ditarik kuat hingga mata kailnya terbenam ke dalam rongga mulut. Barulah ikan tak terlepas.


“Hebat! Kau ada potensi besar Fadh. Kalau kau hafal Quran sekali sambil ambil medic ni kan bagus. Dapat double degree sekali.” Berkerut dahi Fadhlullah mendengar kesimpulan celoteh Ahyad. Rupanya itu tujuan Ahyad bertanya tadi. Kali ini matanya tajam merenung Ahyad.



“Nak hafal, hafallah. Tak yah nak paksa aku!” Tiba-tiba suara Fadhlullah ditinggikan tanpa sengaja. Terdetik rasa bersalah. Tanpa sempat meminta maaf, hati Ahyad lebih dahulu diguris luka kecil. Harapan pecah bagai kaca dihempas ke batu. Hasrat dihati mahu mencari pendorong bersama namun cuka pula yang disimbah.


Langkah di atur perlahan. Tubuh sederhana kecil itu melepasi pintu bilik sambil menutup semula pintu bilik Fadhlullah. Mulutnya sudah terkunci. Bicaranya jadi mati. Dia berasa lemah longlai. Direbahkan saja tubuhnya ke tilam. Terasa panas di tubir mata. Takungan bagaikan akan pecah. Namun seorang lelaki tidak akan mudah menangis. Dikeraskan sahaja hati. Lupakanlah niat dihati. Akhirnya dia lelap di pembaringan bertemankan kekecewaan.


Fadhlullah mati akal. Tidak tahu apa yang perlu di lakukan. Dia hanya membiarkan sahaja  Ahyad  berlalu tadi. Takkanlah dia mahu memujuk temannya tadi, jatuhlah egonya nanti. Lagi pun orang lelaki memang tidak suka dipujuk. Mereka lebih suka menenangkan diri dengan bersendirian.


“Ah, biarlah. Lupakan saja.”
“tapi… peluang tak datang banyak kali.” Pintu hatinya mulai diketuk hidayah.







Bersambung… 

0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.