Forum : Supermen vs. Superwomen
2:44 PM
Berita, Program dan Aktiviti Batch 2011/2017, Unit Pembangunan Insan, Unit Penerbitan dan Penerangan
No comments
Sezostrees,
19 Mac 2012 - Bertempat di Tingkat 3 Bangunan MARA telah berlangsungnya
forum perdana yang bertajuk XX vs. XY. Melihat
situasi remaja zaman sekarang yang sangat membimbangkan pihak unit Pembangunan Insan
Batch dibantu PERUBATAN Cawangan Iskandariah telah mengambil keputusan untuk membincangkan
perihal aurat dan ikhtilat pada program LIFE kali ke-4. Alhamdulillah, berkat
usaha yang berterusan AJKT program dan yang paling penting redha daripada Allah,
program ini mendapat sambutan hangat daripada ahli batch tahun 1 11/12.
Sekitar jam
6.00 p.m Asrama MARA sudah mula dibanjiri peserta program yang tidak sabar
menanti program bermula. Tepat pada pukul
7.00 malam, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Omar Nuruddin bin
Zakaria. Majlis ini telah dipengerusikan oleh saudara Mohammad Syafiq bin Ramli. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan ketua Batch Tahun 1 11/12 , Amar Sofwan bin Mohamad Shiham. Saudara Amar sempat berpesan kepada para peserta dengan
menyertakan dua buah hadis.
Majlis diteruskan
dengan acara yang dinanti-nantikan oleh semua peserta iaitu forum perdana. Forum
ini membentangkan kertas kerja yang bertajuk aurat dan ikhtilat yang telah
disediakan oleh Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohd Fadzil. Antara ahli panel yang
terlibat dalam forum ini ialah Dr. Farhan bin Mahmud, Ustazah Nurul Bazilah
binti Hussin dan Dr. Nor Saadah binti Zaini manakala moderatornya pula adalah saudara Shawal
Izwan Danial bin Syawaluddin. Pelbagai perkara yang dibincangkan oleh ahli
panel antaranya tuntutan menutup aurat, batasan aurat lelaki dan perempuan, pemakaian dalam Islam dan pergaulan.
Selesai forum,
majlis disambung dengan sesi soal jawab antara peserta dengan ahli panel. Majlis
kali ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada ahli panel dan jamuan
ringan. Semoga program ini bermanfaat kepada semua peserta dan ilmu yang diperoleh daripada program ini dapat dipraktikkan
serta disebarkan. Diharapkan juga program ini berjaya mencapai tujuan
pelaksanaannya.
Emergency First Aid Course for Malaysians
This is regarding the "Emergency 1st aid course specialized for Malysians" which is gonna be held in Alexandria University.
Organizer : International Center for Cultural Services
Address : 8 el ghorfaa el togareyah street ,org morad el togary ,giza (floor 12,office 11)
At the end of the course the student will be able to :
1. Make CPR
2. Deal with most common emergencies like ( poisonong - health hazards like snakestings and scrpion stings,sun stroke,burning,bleeding,electric shock )
3. Give all types of injections and make cannulation and measure vital signs
4. Do stitches
5. Make afracture cast and bandage
The topics included in the course:
1) CPR : ( 2 and half hours lecture ) details :
-Illustration about how to deal with emergency case
-Personal characters of first aider
-Illustration to hoe to do CPR
** practical : each student will practice CPR indvidually on a human model
2) Selective emergencies : ( 2 and half hours lecture ) details :
-include diffrent types of the most common emergencies that may face us in life like ( poisonong - health hazards like snake stings and scrpion stings - sun stroke - burning - bleeding -electric shock )
** no practical in this lecture
3) Injections,cannulation and vital signs ( 2 and half hours lecture ) details :
-Illustration to all types of injections ( intra musclar -intra venous - intra dermal )
-Illustration on how to measure vital signs
* doctor will explain on volunteers who to make acannula
* practical : students will be divided in very small groups and doctor will make cannula in front of each group
all students will practice other types of injections on models
4) Stitches : ( 3 hours lecture ) details :
-Illustration to types of stitches - threads - and how to do stitches on data show
*practical : students will be divided in very small groups then the doctor will explain practically on models
types of stitches then every group will have amodel to practice on it
5) Fracture : ( 2 and half hour lecture ) details :
*Illustration on how to deal with fracture emergency
*Practical doctor will show all students who to make bands and casts on a volunteer
Course is fully supplied with equipments the students will need for practical like :
1- For CPR a human model to practice CPR on it.
2- Injections equipments for ( IM - IV - intradermal ) plastic ball models for ( IM and Intra dermal ) human arm model for cannulation and intravenous injection
3 - Stethoscope and Sphygmomanometer for measuring vital signs
4- All stitches equipments like : leather models to stitche on and needle holders and needles and stitching threads
5- For fractures we supply bandages and casts time lines suggested for the course
The course will be for 4 Fridays.So it will be going for four weeks:
Starting by first friday in April ( 6 / 4 / 2012 )- 2 lectures
Friday ( 13 / 4 / 2012 ) – 1 lecture
Friday ( 20 / 4 /2012 ) – 1 lecture
Friday ( 27 / 4 / 2012 ) – 1 lecture
For registeration we need these items from each student :
1 . full name of the student
2 . phone number
3. 150 L.E ( cost of the course )
4 . copy of the passport
5. copy of the carnet of the college
6. two personal photos ( small photos like those of the passport )
This is the link for the event of the course : http://www.facebook.com/events/406049916087677/?ref=ts
This course is specialized for malysians.No egyptians are allowed to it and all lectures will be in English.The same course has been held at Cairo University and it was agreat success
-Eman alashkar-4th year student of Kasr el einy medical school,Cairo University
Friday ( 13 / 4 / 2012 ) – 1 lecture
Friday ( 20 / 4 /2012 ) – 1 lecture
Friday ( 27 / 4 / 2012 ) – 1 lecture
For registeration we need these items from each student :
1 . full name of the student
2 . phone number
3. 150 L.E ( cost of the course )
4 . copy of the passport
5. copy of the carnet of the college
6. two personal photos ( small photos like those of the passport )
This is the link for the event of the course : http://www.facebook.com/events/406049916087677/?ref=ts
This course is specialized for malysians.No egyptians are allowed to it and all lectures will be in English.The same course has been held at Cairo University and it was agreat success
-Eman alashkar-4th year student of Kasr el einy medical school,Cairo University
Summer Holiday : Urusan Tiket Pulang ke Malaysia
Assalamualaikum wbt.
Post ini khas kepada sahabat2/sahabiah2 yang masih mencari dan tidak tahu bagaimana untuk menguruskan pembelian tiket kapal terbang.Di sini kami sertakan cara untuk menghubungi orang tengah dalam urusan pembelian tiket pulang ke Malaysia. Diharapkan antum boleh terus deal dgn individu2 berkenaan .
1. Ustaz Abdullah (Broker Gulf Air ) - boleh jugak tolong uruskan airline lain
no telefon : 01117402896
link FB : Thiqoh Dot My
Ini hanya beberapa cadangan nama.
Post ini khas kepada sahabat2/sahabiah2 yang masih mencari dan tidak tahu bagaimana untuk menguruskan pembelian tiket kapal terbang.Di sini kami sertakan cara untuk menghubungi orang tengah dalam urusan pembelian tiket pulang ke Malaysia. Diharapkan antum boleh terus deal dgn individu2 berkenaan .
1. Ustaz Abdullah (Broker Gulf Air ) - boleh jugak tolong uruskan airline lain
no telefon : 01117402896
link FB : Thiqoh Dot My
Antum boleh contact dia secara direct ataupun thru :
-Irfan Ismail - 01113044855
-nadia nabila - 01111592277
2. Mr Abeer ( Mena Tours )
no telefon : 01001900852
antum boleh deal directly ataupun thru :
2. Mr Abeer ( Mena Tours )
no telefon : 01001900852
antum boleh deal directly ataupun thru :
-aneesa - 01145923233
-hafiz samren - 01143653765
3. Abang Faiz Salleh - (hanya jika tempahan tiket secara ramai2 )
no tel : 01116071304
3. Abang Faiz Salleh - (hanya jika tempahan tiket secara ramai2 )
no tel : 01116071304
Ini hanya beberapa cadangan nama.
Jika sesiapa yang ada tambahan cadangan (yg mudah utk kita hubungi dan berurusan )
boleh inform kepada :
boleh inform kepada :
Fawwaz : 01111599332
hidayah : 01110074427
hidayah : 01110074427
![]() | |||||||||||||||||||||||
| Balik mesia nnt jangan lupa tonton kami tau! :) |
Cinta Kekasih Allah:Rahmat Sekalian Alam
![]() |
| "yeah,i know" |
Keimanan baginda kepada Allah SWT. Itulah yang memulakan cinta seorang Rasulullah SAW. Allah SWT mendidik baginda untuk menjadi seorang yang ‘caring’ dan bertanggungjawab.
Daripada seorang manusia yang hanya beruzlah menyelamatkan diri sendiri daripada kerosakan masyarakat, selepas mendapat wahyu, baginda menjadi seorang yang terjun ke tengah masyarakat untuk menyelamatkan mereka. Apakah yang mengubah baginda?
Keimanan baginda kepada Allah SWT,Rahmat Sekalian Ummat
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)”
Surah Al-Muddathir ayat 1 dan 2.
Jika tidak kerana iman baginda kepada Allah SWT, maka baginda tidak akan berani bersusah payah menerima risiko diperangi.Baginda tidak akan mengambil risiko untuk dipulau dan dihalau.
Tetapi keimanan baginda kepada Allah SWT, mengasuh cinta baginda menjadi kebal dan tebal,tegap dan mantap menyebabkan baginda menerima semua risiko, untuk menyelamatkan ummatnya.
Baginda tidak mengharapkan yang lain, selain kebahagiaan umatnya. Baginda tidak mengharapkan balasan harta, selain ketaatan ummatnya kepada Allah SWT. Baginda tidak mengharapkan puja-pujaan, selain ketundukan umatnya kepada Allah SWT. Baginda tidak mengharapkan pangkat dan takhta, selain kepatuhan umatnya kepada Allah SWT. Kerana ketaatan umatnya kepada Allah SWT, menjamin keselamatan setiap diri umatnya.
Bukti Cinta
Tidakkah kita melihat?
Cinta baginda yang teramat utuh
Lihat sebentar dalam satu peristiwa baginda yang menyayat hati kita;
Ketika baginda dalam usaha menyampaikan dakwah di satu tempat bernama Taif, baginda dibaling batu hingga cedera dan berdarah-darah.
Apabila Allah menghantar malaikat untuk menawarkan diri menghapuskan kaum Taif itu, Rasulullah melarang.
“Harapnya nanti, muncul dari tulang belakang mereka, orang yang beriman kepada Allah.”
Hingga begitu sekali. Bahkan, tidak cukup dengan kata-kata itu, baginda berdoa pula mengadu kepada Allah SWT. Bukan mengadu akan sikap kaum Taif yang kurang ajar, tetapi mengadu akan kemungkinan bahawa kelemahan dirinya yang menyebabkan Kaum Taif tidak menerima hidayah Allah SWT.
“Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau”
T_T
T_T
Cinta baginda tidak langsung terpadam dengan hinaan, makian, cacian. Sedikit pun cinta baginda tidak bertukar menjadi benci hanya dengan seksaan. Ini jelas membuktikan betapa kukuhnya cinta baginda, yang terbina atas keimanan kepada Allah SWT tadi. Memang bukan harta yang diminta baginda, memang bukan pujaan yang dicari, tetapi baginda hanya mahukan umatnya kembali kepada Ilahi, menjamin keselamatan mereka sendiri.
Maka,tanyakan pada diri kita sendiri,
andai cinta baginda kepada umatnya adalah kerana imannya yang sekian hebat,
andai cinta baginda kepada umatnya adalah kerana imannya yang sekian hebat,
lalu IMAN bagaimanakah yang kita punyai untuk mengaku diri ini cinta kepada baginda?
“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya.”
Wallahua'lam.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Ali Imran,31)
Artikel ini ditulis oleh Muhammad Naim bin Mohd Shariffuddin,Tahun 1 Perubatan Iskandariah.
disunting dan diterbitkan oleh StanzaMahabbah.
disunting dan diterbitkan oleh StanzaMahabbah.
Kejuruteraan Sebaik-Baik Kejadian
"لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ"
"Sungguh, Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"
[Surah At Tin ayat 4]
Terdetik di hati saya untuk berkongsikan serba sedikit tentang bidang ijazah yang saya ambil sekarang iaitu bidang perubatan. Sejak dari sekolah menengah lagi, sering terdengar di telinga saya bahawa bidang ini adalah antara yang tersusah untuk diambil dalam bidang pengajian. Buku-buku pembelajaran juga dikatakan terlalu tebal dengan tulisan yang sangat kecil. Ada juga yang berpendapat bahawa bidang ini sangat sukar untuk kaum lelaki yang kita serba maklum majoritinya kurang berminat untuk membaca.
Berdasarkan ayat di atas, antara pengajaran yang boleh saya ambil ialah apabila saya mengambil jurusan ini, saya perlu sedar bahawa saya sedang mengkaji salah satu ciptaan Allah yang sungguh hebat iaitu manusia. Segala syukur perlu dipanjatkan kerana Allah telah memberi saya peluang untuk terlibat dalam mengkaji dan mendalami ciptaan yang hebat ini. Bahkan, kelayakan dengan keputusan yang tinggi juga diperlukan di peringkat asasi dan juga matrikulasi bagi meneruskan pengajian dalam bidang perubatan.
Suka saya maklumkan bahawa jika bidang ini dipelajari dengan penuh tawadhuk dan teliti, manusia dapat mendekat diri kepada Allah. Bagaimana? jika diteliti sebaik-baiknya, kejadian manusia ini terjadi dengan bentuk yang sangat kompleks. Jadi tidak hairanlah jika jurusan ini adalah antara jurusan yang memakan masa lama bagi menamatkan pengajian di peringkat ijazah. Segala yang Allah jadikan di dalam badan kita mempunyai fungsi yang sangat unik dan hebat dari sekecil-kecil sel sehinggalah sebesar-besar organ. Malah, berapa banyak lagi misteri keajaiban ciptaan ini yang belum diterokai oleh manusia ataupun sudah hilang ditelan zaman.
"Macam mana nak hafal satu buku tebal dan perlu jawab dalam masa sehari je, boleh ke?'
Mungkin ramai yang bertanya soalan ini. Masih di semester 2, saya juga mengakui yang saya juga masih tercari-cari tentang cara pembelajaran yang betul dalam bidang pengajian ini. Belajarlah teruk macam mana pun hari ini kerana ia mungkin berlalu pergi dalam masa yang sangat singkat bergantung kepada bagaimana cara kita belajar. Pengamalan ilmu merupakan cara yang terbaik. Namun ia sangat terhad memandangkan kebanyakan ilmu-ilmu yang dipelajari mungkin hanya dapat diamalkan dengan tempoh masa yang masih jauh iaitu setelah kita layak bergelar seorang doktor. Tetapi, saya telah menjumpai dua buah hadis yang sangat menarik untuk dikongsi berkenaan dengan cara pembelajaran yang baik dalam bidang perubatan.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang Ansar telah datang mengadukan hal kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah! Aku sungguhnya telah mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya, tetapi aku tidak dapat menghafaznya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w:“Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu”. Sambil mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan”.
lagi,
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Tiada ada dari keseluruhan sahabat Rasulullah s.a.w orang yang paling banyak meriwayatkan hadis lebih daripada aku, kecuali Abdullah Bin Umar, maka dia lebih banyak daripada aku, kerana dia menulis dan aku tidak menulis .Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi
Berdasarkan dua hadis di atas, antara pengajaran yang saya dapat ambil ialah menulis ringkasan nota sangat membantu dalam menuntut ilmu perubatan. Hal ini demikian kerana ilmu hadis dan ilmu perubatan mempunyai sedikit persamaan terutamanya dari segi hafalan dan ingatan. Ia mungkin membantu serba sedikit dalam sejauh mana kita mampu mengusai ilmu ini.
Bidang perubatan merupakan antara bidang profesional yang banyak memerlukan pergaulan dengan masyarakat. Masyarakat mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap doktor. Misalnya, jika seorang doktor menyarankan ubat-ubat yang perlu diambil, berapa ramaikah yang meragui saranan doktor tersebut. Jika seorang doktor menyuruh seseorang pesakit untuk berhenti merokok kerana ia mungkin mampu menyebabkan kematiannya pada minggu yang berikut, mampukah pesakit tersebut memegang rokok pada keesokan harinya? Walaubagaimanapun ia hanyalah sebuah contoh, apa yang ingin saya sampaikan ialah bagi para dai'e yang ingin bergelar seorang doktor, medium perubatan ialah sebuah medium yang sangat baik dalam mengembangkan kerja-kerja dakwah. Hal ini demikian kerana anda mempunyai dua aspek yang sangat berguna iaitu anda mempunyai ilmu yang luas dan masyarakat percayakan anda.
Kesimpulannya, walau apa pun bidang ilmu yang kita pelajari, gunalah ilmu tersebut ke arah kebaikan dan kemajuan umat dan masyarakat. Sesungguhnya Allah tidak sia-sia dalam menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini, firmannya:
وَ إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّيْ جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيْفَةً قَالُوْا أَتَجْعَلُ فِيْهَا مَن يُفْسِدُ فِيْهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَ نَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَ نُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّيْ أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُوْن
Tafsiran Ar Rahman: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Majlis Ramah Mesra Bersama Kerajaan Negeri Kelantan
![]() |
| Dato Hj Ahmad bin Yaakob |
Lawatan ini juga disertai Exco Pembangunan
Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, YB Dato Hj Mohd Amar Nik Abdullah, Pengarah
Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN), Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), Pegawai
Kewangan negeri dan lain-lain. Anak-anak Kelantan yang terdiri daripada
Pelajar Sains Kesihatan dan Aliran Islam tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama
dalam majlis ini termasuklah
pelajar-pelajar tahun satu.
Lawatan kerja
ini antara lain untuk memantau keadaan penuntut Kelantan yang berada di Mesir
serta meninjau persiapan perasmian Wisma Sultan Muhammad Ke IV di Kaherah. Dalam
ucapan YAB Dato Timbalan Menteri, beliau menyeru agar anak-anak Kelantan dapat
menyesuaikan diri sebaik-baiknya di negara orang dan sentiasa cakna tentang
isu-isu yang timbul di tanah air. Beliau juga menyentuh hal-hal semasa yang
sedang berlaku di Malaysia.
Seusai ucapan
YAB Dato Ahmad Yaakob, majlis diteruskan dengan sesi soal jawab. Para
Pelajar mengambil peluang ini untuk bertanya kepada delegasi
tentang isu-isu yang berkaitan dengan mereka khususnya dan global amnya. Antara
isu-isu yang dibangkitkan ialah soal zakat dan bantuan pelajaran. Selain
itu, isu fail dan pemusatan pusat pengajian Universiti Al Azhar turut
dibangkitkan.
Setelah sesi soal jawab selesai ,maka majlis ramah mesra berakhir. Para hadirin dan delegasi bergambar sebagai tanda kenangan dan ingatan .
![]() |
| Delegasi bersama para mahasiswa dan mahasiswi. |
Oleh AND
Subscribe to:
Posts (Atom)
Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.

















