Cinta Kekasih Allah:Rahmat Sekalian Alam

"yeah,i know"



Keimanan baginda kepada Allah SWT. Itulah yang memulakan cinta seorang Rasulullah SAW. Allah SWT mendidik baginda untuk menjadi seorang yang ‘caring’ dan bertanggungjawab.


Daripada seorang manusia yang hanya beruzlah menyelamatkan diri sendiri daripada kerosakan masyarakat, selepas mendapat wahyu, baginda menjadi seorang yang terjun ke tengah masyarakat untuk menyelamatkan mereka. Apakah yang mengubah baginda?



Keimanan baginda kepada Allah SWT,Rahmat Sekalian Ummat


“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)”
Surah Al-Muddathir ayat 1 dan 2.

Jika tidak kerana iman baginda kepada Allah SWT, maka baginda tidak akan berani bersusah payah menerima risiko diperangi.Baginda tidak akan mengambil risiko untuk dipulau dan dihalau.


Tetapi keimanan baginda kepada Allah SWT, mengasuh cinta baginda menjadi kebal dan tebal,tegap dan mantap menyebabkan baginda menerima semua risiko, untuk menyelamatkan ummatnya.


Baginda tidak mengharapkan yang lain, selain kebahagiaan umatnya. Baginda tidak mengharapkan balasan harta, selain ketaatan ummatnya kepada Allah SWT. Baginda tidak mengharapkan puja-pujaan, selain ketundukan umatnya kepada Allah SWT. Baginda tidak mengharapkan pangkat dan takhta, selain kepatuhan umatnya kepada Allah SWT. Kerana ketaatan umatnya kepada Allah SWT, menjamin keselamatan setiap diri umatnya.

Bukti Cinta

Tidakkah kita melihat?

Cinta baginda yang teramat utuh

Lihat sebentar dalam satu peristiwa baginda yang menyayat hati kita;

Ketika baginda dalam usaha menyampaikan dakwah di satu tempat bernama Taif, baginda dibaling batu hingga cedera dan berdarah-darah.

Apabila Allah menghantar malaikat untuk menawarkan diri menghapuskan kaum Taif itu, Rasulullah melarang.

“Harapnya nanti, muncul dari tulang belakang mereka, orang yang beriman kepada Allah.”

Hingga begitu sekali. Bahkan, tidak cukup dengan kata-kata itu, baginda berdoa pula mengadu kepada Allah SWT. Bukan mengadu akan sikap kaum Taif yang kurang ajar, tetapi mengadu akan kemungkinan bahawa kelemahan dirinya yang menyebabkan Kaum Taif tidak menerima hidayah Allah SWT.


“Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau”
T_T



Cinta baginda tidak langsung terpadam dengan hinaan, makian, cacian. Sedikit pun cinta baginda tidak bertukar menjadi benci hanya dengan seksaan. Ini jelas membuktikan betapa kukuhnya cinta baginda, yang terbina atas keimanan kepada Allah SWT tadi. Memang bukan harta yang diminta baginda, memang bukan pujaan yang dicari, tetapi baginda hanya mahukan umatnya kembali kepada Ilahi, menjamin keselamatan mereka sendiri.



Maka,tanyakan pada diri kita sendiri,
andai cinta baginda kepada umatnya adalah kerana imannya yang sekian hebat,
lalu IMAN bagaimanakah yang kita punyai untuk mengaku diri ini cinta kepada baginda?


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Ali Imran,31)

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya.”  


Wallahua'lam.

Artikel ini ditulis oleh Muhammad Naim bin Mohd Shariffuddin,Tahun 1 Perubatan Iskandariah.
disunting dan diterbitkan oleh StanzaMahabbah.

0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.