Keimanan Didahulukan,Kejayaan Diutamakan :)



Dalam perkongsian “#1 Kunci Kejayaan:Keimanan” dapatlah kita membuat kesimpulan awal, bahawa sesungguhnya kejayaan itu adalah buat hamba-hambaNya yang beriman.Dengan kata lain,syarat pertama dan syarat paling penting untuk mencapai sesuatu kejayaan,yakni kejayaan di dunia dan juga kejayaan di akhirat sana adalah dengan menjadi orang yang beriman.
What is the Relationship between Faith and Success?

Sebenarnya,apakah sebab utama keimanan diutamakan dalam menggapai kejayaan?
Apakah dengan menjadi hamba Allah yang beriman,kejayaan itu terus berada dalam genggaman?
Begitu?

“Huish,mana boleh.Nak berjaya kena usaha.Ingat bola ke boleh golek-golek datang ke kaki.Bola pon kena kejar kalau nak sepak masuk gol.Nak kena gelecek defend dengan goalkeeper lagi”

Apabila berbicara mengenai kejayaan di dunia,mungkin ada yang berfalsafah bahawa kalau nak berjaya kena ada usaha,mana cukup beriman je.Memang betul.Cuma apabila dilihat dari perspektif yang lain,kita akan mendapati sebenarnya keimanan itu bukanlah menjanjikan kejayaan,tetapi keimanan itulah yang mendorong kepada kejayaan.

Yang Beriman,ada padanya ciri-ciri manusia Berjaya,
Yang Berjaya,belum pasti ada padanya ciri manusia Beriman.

Dalam surah Al-Mu’minuun,ayat 1-11 Allah S.W.T ada mem’beritahu’ perihal kejayaan.

1.Khusyuk dalam Solat
2.Menjauhkan diri daripada perkara yang tidak berguna
3.Membayar zakat
4.Memelihara kemaluan
5.Memelihara amanah dan janji
6.Menjaga solat
(kalau kita duduk,berfikir dan tadabbur dengan lebih mendalam,pasti lebih banyak nilai yang di’korek’)

Cuma mari berfikir bersama sejenak:

Yang di atas ini,ciri-ciri siapa?
Ciri-ciri orang yang beriman atau ciri orang yang berjaya?
Kritirea sebegini,mesti ada pada orang yang beriman atau mesti ada pada orang yang ingin berjaya?

Jelas bukan.Allah gariskan ciri-ciri orang yang beriman yang inginkan kejayaan.Bukannya sifat-sifat manusia yang ingin berjaya membabi-buta.Bukannya sifat manusia yang hanya berjaya di dunia. Ini sifat yang ada pada manusia beriman yang memungkinkannya berjaya di dunia,dan juga akhirat sana.

Kerana Orang beriman itu punya kefahaman

Kerana orang yang beriman,mereka faham.Mereka faham konsep doa,mereka faham konsep usaha,dan mereka bertawakal setelah mencurahkan segala tenaga yang ada.Kerana mereka faham mengapa mereka perlu berjaya dan bagaimana mereka perlu berjaya.

“Andai pintu kejayaan sudah terbuka,tetapi mengapa masih tiada kejayaan disebaliknya?”

Kerana ada perkara yang masih belum kita faham sepenuhnya. 
InsyaAllah,akan sama-sama kita fahamkan ‘mengapa’ itu nanti bersama.Dan sama-sama kita amalkan bersama.Moga keimanan memimpin kita menggapai kejayaan.

Nota kaki : Perkongsian ini adalah di bawah slot “Tadabbur Al-Quran”.Suka diingatkan,perkongsian ini adalah berdasarkan pemahaman sendiri penulis.Penulis sekadar membayangkan:“Apa yang Allah cuba untuk memberitahu aku berdasarkan ayat ini?” selagi pembayangan tersebut tidak melepasi batas yg ditetapkan syara’.Kita mentadabbur bersama,bukan mentafsir Al-Quran.Rujukan tafsir dibuat sekadar yang termampu. Untuk ciri-ciri seterusnya,insyaAllah akan dikongsikan bersama.

0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.