Konsep Kegagalan Hamba Beriman


Semua manusia ingin berjaya dalam kehidupan ini, dan kerana itu juga kita terpilih untuk lahir ke dunia ini. Tiada manusia yang apabila ditanya apakah dia ingin gagal dalam kehidupannya, dia akan menjawab “tidak” meskipun perbuatannya tidak melambangkan dia seorang yang ingin berjaya. Itulah fitrah yang dijadikan dalam jiwa setiap manusia iaitu inginkan kejayaan dan kemenangan dalam apa jua bidang yang diceburinya hatta permainan sekalipun.



Kadang – kadang kita lupa kita sedang diuji.Ya, kita lupa mengenai hakikat itu, kadang kala, sampai satu tahap dimana kita telah curahkan dan korbankan segalanya iaitu harta, masa, tenaga, jiwa untuk mencapai satu – satu kejayaan, sehingga kita rasakan kita tidak akan menghadapi kegagalan, kita tidak akan diuji dengan kekalahan. Perasaan sebegitu yang timbul, menyebabkan kita ini berputus asa apabila diuji dengan kekalahan.

Dunia ini terlalu kecil untuk kita tangisi

Apakah perasaan anda apabila gagal dalam sesuatu bidang, cuba saudara bayangkan saudara sendiri yang gagal dalam peperiksaan module 2 dan module 3, apakah perasaan saudara? Sedih, kecewa, rasa ingin menangis. Tetapi cuba saudara bayangkan kita gagal dihadapan Allah nanti.
Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Rabbnya, (mereka berkata): "Ya Rabb kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin". (QS. 32:12)
Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya dan orang kafir berkata: "Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah". (QS. 78:40)
Titisan kemenangan dan kegagalan dalam dunia ini terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan kebesaran lautan akhirat sana. Jangan berasa bangga dan sedih akannya.

Tiada kegagalan dalam perjuangan seorang mukmin

Kita lihat zaman para nabi yang terdahulu, zaman nabi (S.A.W), zaman sahabat (R.A) sehingga ke hari ini, kita lihat pejuang – pejuang agama Allah, hidup mereka sentiasa diuji, dan kebanyakan mereka mati dalam keadaan yang mengerikan, ada yang dipenggal kepalanya, ada yang belah badannya, ada yang dibakar hidup – hidup, ada yang digergaji kepalanya, ada yang dicakar badannya dengan besi sehingga gugur daging – daging mereka, tetapi tidak langsung mengubah keimanan mereka, kita lihat seolah – olah mereka ini kalah dalam perjuangan mereka,tetapi mereka telah menang di sisi Allah, bandingkan dengan kita yang baru sedikit diuji dengan kegagalan, dimana kita letakkan keimanan kita kepada Allah? Dimana sangka baik kita kepada takdir Allah?



Apabila diuji dengan kekalahan dan kegagalan, janganlah kita terus bersedih di dalamnya. Muhasabah kembali, terimalah ia sebagai teguran halus dari tuhanmu, kerana bicara tuhanmu hanya akan kita fahami apabila bersangka baik dengan ketentuan-Nya. Tipulah kita, jika ditakdirkan gagal, kita tidak merasa sedih langsung atas kegagalan tersebut.Yang penting jadikan kegagalan itu adalah kejayaan pada masa hadapan.

Failure is the best teacher.Serously :)

0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.