The Running Woman


4 Mei 2012- Bangunan MARA dan sekitar Sezostress Street telah menjadi medan pertempuran bagi 7 pasukan untuk merebut gelaran The Best Running Woman.

  Acara yang julung-julung kalinya diadakan ini telah memilih sutuh Asrama MARA sebagai tempat bermulanya aktiviti. Tepat jam 2.00 petang, permainan dimulakan dengan deep whirls. Bagi team yang berjaya melepasi rintangan, mereka mendapat kelebihan untuk memulakan misi terlebih dahulu.

  Kemudian aktiviti disambung dengan burning true dan hidden card dimana kita dapat melihat kesungguhan semua peserta menyelesaikan misi masing-masing. Permainan tamat pada pukul 4.30 petang. Pasukan yang berjaya menjadi johan ialah pasukan Jae Suk. Manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh pasukan Haha dan Gwang Soo. 

  Semoga program ini dapat mendidik jiwa para akhawat untuk tidak putus asa dalam menegakkan agama Allah disamping sentiasa megharap dan berdoa kepada yang Maha Mengetahui.
mereka yang terlibat menjayakan program
Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa’ ayat 104  “dan janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka ketahuilah mereka pun menderita kesakitan (pula) sebagaimana kamu rasakan, sedang kamu masih dapat mengaharapkan dari Allah apa yang tidak dapat mereka harapkan. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana”.

0 Ideas:

Stanza Mahabbah. Powered by Blogger.